TAHUN berganti tahun. Komitmen terhadap keluarga dan kerja membuatkan hubungan persahabatan Nur dan Hans semakin jauh. Itu lebih baik bagi Nur. Dia pun tidak mahu terikat dengan Hans, walaupun hanya sebagai kawan baik. Biarlah mereka berkawan seperti kawan-kawan yang lain. Tak perlu nampak baik sangat. Tak perlu nampak berbeza.
Nur tak tahu sangat perkembangan Hans. Dan, Nur pun malas nak ambil tahu. Tetapi, siapa sangka, semakin cuba dielak, semakin rapat jadinya.
Isteri Hans – Maisara.
Minta Hans telefon Nur untuk dia buat internship di syarikat Nur. Isteri Hans sedang sambung belajar dan di semester akhir, memerlukan tempat untuk internship. Dan, dalam banyak-banyak syarikat, entah kenapa, tempat Nur bekerja pula, jadi pilihan isteri Hans.
"Maaflah, Nur. Aku pun tak faham. Aku dah cakap yang dia boleh je buat internship di tempat aku, tapi dia tak nak. Dia nak pergi ke syarikat kau juga."
Nur jadi serba salah.
"Apa cerita sebenarnya yang tiba-tiba nama aku naik ni? Wife kau kenal aku ke? Rasanya masa dulu, kau cuma kenalkan aku dengan nama panggilan, bukan nama penuh. Dan, mana pulak dia tahu yang syarikat aku buka untuk internship?"
"Dia nampak nama syarikat kau kat Communication Board fakulti dia. Dan, person in-charge untuk intern tu pulak, nama kau.
Entahlah ... tak tahu macam mana dia boleh pulak perasan yang nama kau ada dalam friend list Facebook aku.
Terkejut juga aku bila tiba-tiba dia bertanyakan kau. Lepas dah tahu kau coursemate aku, terus dia suruh aku call kau, minta arrange kan.
So, macam mana, Nur? Boleh ke kau tolong bawa dia masuk sebagai intern?"
"Emm ... in-sha-Allah. Kau minta dia emailkan resume dan surat internship dia pada aku. Kejap lagi aku mesej kau email address aku."
"Tak payah. Aku dah ada email address kau."
"Bukan gmail aku, tapi yang company punya. Kau ada, ke?" Nur bertanya, sinis.
"Ada." Hans menjawab, sinis juga.
Terdiam Nur.
Yang pastinya Hans tersenyum.
MAISARA. Isteri kepada Hans Zulkifli. Kawan baik Nur. Orangnya cantik dan nampak lembut wajahnya. Masuk sahaja ke syarikat Nur, ramai yang nak 'mencuba', tapi Maisara bukan jenis melayan. Lagilah, dia tu isteri orang.
Hari pertama Maisara lapor diri, Nur bercuti. Memang sepatutnya Nur yang handle kemasukan budak-budak internship, tapi Nur ada perkara lain yang menuntut dia untuk bercuti. Urusan sekolah anak-anak. Jadi, rakan satu pejabat Nur yang bantu.
Nur dah maklumkan awal-awal pada Hans yang dia tak ada. Tak tahulah Hans ada maklumkan pada isteri dia atau tidak. Tapi isteri Hans bukan kisah pun. Dia bukan kenal dengan Nur, pun.
Hari berikutnya, Nur masuk kerja. Nur pergi cari isteri Hans, Maisara.
Nur senyum dari jauh. Tapi, isteri Hans buat tak tahu. Nur gelak dalam hati. Tentulah dia bersikap begitu. Dia bukan kenal Nur pun.
"Maisara?" Nur menyapa. Nur hulur tangan. Bibir masih menguntum senyum.
"Err ... ya." Kalut dia berdiri. Huluran salam Nur, bersambut.
"Kak Nur."
"Oh, ya. Kawan Hans. Maaf, kak. Tak cam."
"Eh, tak apa. Akak pun minta maaf sebab semalam akak ada urusan. Tak dapat uruskan internship Maisara pada hari pertama. Macam mana? Okay, tak?" Nur bertanya. Dia memang mudah mesra. Bukan dengan isteri Hans sahaja tapi, dengan semua budak-budak internship.
"Alhamdulillah, semuanya okay. Terima kasih, kak Nur, tolong proses kemasukan Sara."
"Eh, tak ada apalah. Proses biasa je, pun. Hari ni, hari Jumaat, rehat panjang sikit. Sara ikut Kak Nur makan tengah hari kat luar, ya? Kak Nur drive."
"Boleh je, kak. Terima kasih."
"Okay, akak masuk ke pejabat akak dulu, nanti waktu rehat, Sara tunggu akak kat lobi."
TENGAH HARI itu dan tengah hari Jumaat yang lain juga, Nur akan makan dengan isteri Hans, Maisara. Macam-macam cerita yang terkeluar, yang Nur tak sangka Sara akan berkongsi dengan Nur.
Buat pertama kalinya Nur terkejut bila dapat tahu Hans merokok. Sangat-sangat Nur tak sangka. Selama berkawan dengan Hans, Nur tak pernah nampak walau sekalipun Hans sentuh rokok. Tapi, yalah. Manusia berubah. Tak terkecuali Hans. Cuma Nur je yang masih Nur yang dulu.
"Hans ada perempuan lain, kak."
Satu lagi berita yang buat jantung Nur bagai nak tercabut keluar. Hans ni dah kenapa?
"Mana Sara tahu?" Nur bertanya sambil menyedut air limau suam dan kemudian menyudu sesuap Nasi Ayam.
"Sara yang jawab panggilan perempuan tu. Sara dah bagi amaran bagai. Perempuan tu masih kacau suami Sara juga."
Nur rasa Nasi Ayam yang lalu ditekaknya tersekat. Cepat Nur sedut air limau suam.
"Hans cakap apa?"
"Dia nak cakap apa, kak? Dia salah juga. Pergi layan perempuan tu, kenapa. Jadi, dia diam je, lah.
Dia ada je depan Sara, masa Sara tengah bercakap dengan perempuan tu guna telefon dia."
Nur juga terdiam. Wah, hebat Sara ni rupanya. Nur mula membayangkan andai dia berada di tempat Sara. Nur menggeleng. Tak mahu dia ambil tempat Sara. Sara yang cantik tu pun Hans layan macam tu, kalau Nur ... hmmm tak tahulah. Kenapalah dengan Hans ni. Apa masalah Hans?
Nur pasti yang Hans ada masalah. Hans, yang Nur kenal seorang yang baik. Tapi sekarang ... dah macam-macam perangai tak elok melekat pada seorang Hans. Nak aje Nur berdepan dengan Hans. Tanya dari hati ke hati.
'Apa masalah kau, bro? Sampai hati kau buat isteri kau macam tu? Ini ke Hans yang pernah jadi kawan aku dulu? Aku pasti sangat yang kau ada masalah, Hans.'
Tapi, mana mungkin. Hans yang dulu pun tak pernah nak bercerita tentang perasaan dia pada Nur, apatah lagi Hans yang sekarang. Silap haribulan, isteri dia salah sangka dan suspect Nur ada skandal dengan Hans pula.
YOU ARE READING
Hans & Nur (Completed)
Genç KurguHans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.