Bab 10 - Sayang

3.3K 297 20
                                    

PAGI itu sebaik habis kelas Asian Politics, Nur keluar dari dewan kuliah. Tangan Nur penuh dengan fail dan buku. Pada masa yang sama, Nur seluk tangan dalam beg, mencari kunci lab komputer. Nur ada kerja yang Nur perlu siapkan dalam lab.

Tiba-tiba Nur nampak Hans berdiri depan Nur.

"Biar aku tolong." Hans hulur tangan cuba capai buku di tangan Nur. Tapi Nur tolak. Kawan-kawan tengah ramai ni. Nur tak nak ada cerita baru tersebar. Nur tahu Hans bukan boleh tahan dengan cerita-cerita macam tu. Hans selalu nak jaga air muka.

"Tak apa. Aku boleh buat sendiri." Nur menolak. Tangan masih menggagau kunci dalam beg. Hah, jumpa! Baru Nur nak keluarkan kunci dari beg, buku dan fail di tangan kiri sudah berterabur.

Hans tolong kutip.

"Kenapa kau tak nak aku tolong?"

"Sebab aku boleh buat sendiri."

Hans menggeleng.

Nur tak ada hati nak masuk lab komputer dah. Nur terus berjalan ke arah lif. Nur sakit kepala. Nur nak terus balik ke kolej.

PETANG itu selepas kuliah petang, Nur nampak kawan-kawan batch duduk melepak di foyer. Nur lihat ada bangku kosong di sebelah 'Bonda'. Gelaran untuk salah seorang rakan batch yang bersifat keibuan.

"Hai, Nur." Bonda menyapa.

Nur peluk lengan Bonda. "Bonda sihat?"

"Sihat. Jarang nampak Nur lepak macam hari ni."

"A'ah. Segan. Lagipun Nur tak tahu nak sembang apa."

Bonda ketawa.

Tiba-tiba Nur rasa ada orang duduk di sebelah Nur. Nur menoleh.

Hans!

"Hai, Bonda!" tegur Hans sebelum menghimpit Nur sebab dia nak buat fist-bump dengan Bonda. Nur mengecilkan badan. Takut bersentuhan dengan bahu Hans yang macam tak ada perasaan. Dia dengan selamba dia sahaja.

"Hans sayang Nur."

Ibarat angin lalu, bisikan itu menyinggah di telinga Nur. Nur berpaling. Memandang ke muka Hans. Gila apa tiba-tiba Hans berbisik pada dia.

Hans hanya tersenyum.

Nur dah rasa lain tetapi rasa itu hanya seketika sebelum Hans membunyikan dialog yang sama pada Bonda. Bonda pun membalas. "Bonda pun sayang Hans." Lalu kedua mereka ketawa.

Nur rasa dipermainkan. Dia bangun lalu beredar. Memang satu kesilapan dia yang tidak pernah melepak di situ, tiba-tiba duduk melepak. Sepatutnya Nur terus pulang ke kolej. Tidur lebih baik.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now