NAIK ke semester tiga, Nur dah tekad nak tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Nur tak nak jadi macam semester dua.
Semester dua, banyak subjek yang Nur tak suka. Ditambah pula dengan kesihatan Nur yang tak menentu. Nur batuk, Nur demam berminggu-minggu sehingga menjejaskan keputusan peperiksaan Nur.
Itu belum ditambah lagi dengan penyisihan yang Hans buat sedangkan itu semua hanya salah faham dan gurauan kawan-kawan.
Tapi, tak apa. Sekurang-kurangnya Nur dah kenal watak Hans yang sebenar. Depan orang semuanya manis. Tetapi hakikatnya ... sekadar lakonan.
Nur malas nak fikir lagi. Siapa nak kawan dengan Nur, Nur akan kawan. Tak nak kawan pun tak apa. Nur tak kisah.
Pagi itu selepas habis kuliah, Nur jalan dengan kawan-kawan Nur menuju ke perpustakaan. Kawan-kawan satu batch walaupun lain-lain jurusan. Lelaki dan perempuan. Nur nampak Hans. Nur buat tak tahu.
Malas nak ramah sangat. Nanti orang tu salah sangka lagi. Nur menonong je ke depan. Jalan cepat-cepat ke perpustakaan. Tapi siapa sangka, Hans jalan lagi laju. Hans ada di sebelah kiri Nur. Nur perlahankan langkah. Biar Hans jalan dulu.
"Hai Nur!"
Nak tak nak, Nur terpaksa berpaling. Memaksa senyum palsu.
"Hai!
"Macam mana result semester dua, Nur?"
"Alhamdulillah. Okay je. Cuma merosot sikit."
Hans jalan sebelah Nur. Nur rasa kurang selesa. Dalam hati Nur dah berkata, 'Kau tak mahu orang gossipkan kita berdua, tapi kau cari pasal dengan jalan sebelah aku ni, kenapa?'
Senyap. Nur jadi makin tak selesa. Nur tak nak nampak macam mereka ada apa-apa. Nur nak kawan dengan Hans macam kawan-kawan Nur yang lain. Yang boleh bergurau gila-gila. Bukan berdepan dengan situasi Tak selesa macam yang sekarang ini.
"Kau punya result macam mana?" Nur cuba berbasa-basi.
Hans hulur slip peperiksaan dia. Nur hentikan langkah kaki. Nur capai slip dari tangan Hans. "Lebih kurang je result kita." Nur ketawa.
Hans pun ketawa.
"Eh, okaylah. Aku nak pergi tandas. Aku blah dulu, Hans." Nur melambai lalu terus berjalan laju. Alasan yang paling baik untuk mengelakkan diri dari terus bersama Hans.
YOU ARE READING
Hans & Nur (Completed)
Ficțiune adolescențiHans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.