LEPAS Nur bersalin anak kedua, Nur dengar khabar, Hans nak kahwin. Tapi, Nur pelik sebab Nur tak terima sebarang undangan. Mungkin Hans sibuk menguruskan banyak perkara. Hal nikah kahwin ni boleh tahan peningnya. Lagipun, mungkin juga Hans hanya buat kecil-kecilan, jemputan pun hanya orang-orang tertentu.
Nur cuba positif. Tak nak berprasangka. Hans kawan dia.
Tapi, Nur tetap Nur. Curiosity Nur tak pernah terbiar tanpa Nur pastikan ada jawapan di sebalik setiap kepelikan yang berlaku. Nur telefon Hans walaupun memang dah lama gila mereka tidak berhubungan. Tak ada sebab pun untuk mereka berhubung.
"Sihat?" Nur memulakan perbualan. Masa tu, Nur berada di pejabat.
"Alhamdulillah, sihat."
"Aku dengar kau nak kahwin."
"Betullah, tu."
"Apa pasal aku tak dapat jemputan?" Nur cuba bertanya, selamba.
"Oh, maaf. Sibuk sangat. Nanti aku poskan. Nur, mesej alamat, ya."
"Tak payahlah, Hans. Aku tak kisah pun. Aku telefon ni cuma nak pastikan yang kawan aku betul dah nak kahwin. Kalau betul, aku nak ucap tahniah. Bukan pasal jemputan sangat. Lagipun, entah aku boleh datang ke, tidak. Dah ada dua anak ni macam-macam hal."
"Tak apa, Nur. Terima kasih sebab telefon. Nur, mesej alamat Nur. Hans akan poskan kad jemputan. Nak datang atau tidak, terserah."
"In-sha-Allah. Tahniah, Hans. Aku tumpang gembira kau dah jumpa jodoh kau. Semoga dipermudahkan segala urusan. Okaylah Hans. Maaf ganggu kau. Aku nak sambung kerja."
"Tak apa. Maaf Nur, aku tak bagi tahu pada kau. Jangan lupa mesejkan alamat, kau. Aku tunggu. Assalammualaikum." Hans matikan talian.
"Waalaikumsalam." Nur menghela nafas. Dia sebenarnya hanya nak tahu nama siapa yang tertera pada kad. Siapa wanita pilihan Hans. Itu sahaja. Nur pandang telefon. Serba salah pula nak menghantar alamat pada Hans. Orang tak jemput, pandai-pandai je bertanya. Nur rasa malu, tiba-tiba.
Nur putuskan untuk tidak menghantar alamatnya. Nur kembali memandang pada komputer. Baru dia nak mulakan kerja, satu mesej masuk ke inbox telefon Nur.
+Jangan lupa mesej alamat. – Hans.
Sekali lagi Nur menghela nafas. Pantas tangannya menaip alamat rumah. Lalu butang 'hantar' ditekan.
NUR hampir terlupa dengan tarikh kahwin, Hans. Dia sendiri sibuk dengan majlis aqiqah anak keduanya. Hanya bila dia teringat, semuanya sudah terlambat. Majlis aqiqah anaknya jatuh sama tarikh dengan hari perkahwinan Hans. Memang Nur tak dapat nak datang.
Selang seminggu, Nur hantar mesej dalam grup tapi ditujukan pada Hans. Nur minta maaf sebab tak dapat hadir dengan alasan tarikh tersebut adalah tarikh kenduri aqiqah anak kedua Nur.
Hans balas, 'Tak apa. Faham.'
Nur pandang mesej Hans, lama. 'Apa yang Hans faham?'
NUR tak nampak pun Hans hantar gambar kahwinnya dalam grup whatsapp. Dalam fb pun tak ada. Nur tertanya-tanya juga, kenapa. Biasanya orang yang baru lepas kahwin akan kongsi gambar-gambar bahagia mereka di laman sosial untuk tatapan rakan-rakan. Terutamanya rakan yang jauh dan tak dapat hadir.
Tapi ... Hans tak pula share.
Nur nak tengok pengantin perempuan Hans. Lama Nur tunggu. Takkan nak contact Hans dan berterus-terang yang Nur nak tengok gambar kahwin Hans. Memang taklah!
Tapi, tak lama selepas penantian Nur itu, ada seorang kawan Nur muatnaik gambar Hans dengan pasangan di grup Whatsapp. Macam terdengar-dengar pula permintaan hati Nur.
YOU ARE READING
Hans & Nur (Completed)
Novela JuvenilHans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.