bab 17.(18+)

273 20 6
                                    

Selama beberapa minggu ini hubungan mereka sudah mula membaik. Lebih mesra dari sebelumnya. Cuma mereka belum tidur sebilik.

Disebabkan pagi tadi Hyunjae sudah memesan kepadanya awal2 yang dia tidak balik untuk lunch hari ini kerana jadualnya padat,Iris memutuskan untuk masak dan bawa makanan kepada Hyunjae.Alang2 dia boleh jumpa bekas rakan sekerjanya dulu. Rindu rasanya setelah hampir sebulan tak jumpa.

Iris memandu keretanya menuju ke LF Empire. Sampai dihadapan bangunan LFE, dia memarkirkan keretanya dan menuju masuk ke LFE.

Masuk saja ke dalam lift, button 11 ditekannya.Sampai di atas, dia menuju ke bilik Hyunjae.Sebelum itu, dia ingin berjumpa dengan P.A nya dulu iaitu Hyewon. Walaupun Iris ialah isteri,tapi dia tetap menghormati privasi suaminya itu. Tak nak lah dia meluru masuk saja tanpa izin.

Tapi kelibat Hyewon pun tidak kelihatan. Baru saja Iris ingin memulas pintu bilik Hyunjae, pintu itu telah dibuka dari dalam. Dia melihat Hyewon yang baru keluar dari bilik suaminya.

"Ermm.. Hyunjae ada?"

"Dia tak ada. Ada apa kau datang ni?"

"Salah ke saya datang? Lagipun saya datang nak bagi dia makanan je.Kalau dia tak ada, tak apa lah.. Saya tunggu dekat luar je".

Hyewon duduk ditempatnya manakala Iris berdiri sambil menunggu Hyunjae.

Tiba2 dia ditegur oleh Juyeon.

"Iris? Bila sampai?"kata Juyeon dengan mesra.

"Eh.. Baru je. Oh ya Juyeon, Hyunjae kemana ya?"

"Dia meeting dengan klien dekat bilik meeting.Sekejap lagi selesai lah tu. Kenapa berdiri dekat luar? Masuk lah.Tunggu dia dekat dalam."

"Eh mana boleh. Encik Hyunjae tak ada dekat dalam. Mana boleh masuk bilik dia sesuka hati".Hyewon menyampuk.

"Kau siapa? Iris ni wife Hyunjae. Bukannya orang luar. Tak ada nya dia nak marah Iris masuk bilik dia. Kalau kau ye lah dia marah".Balas Juyeon. Hyewon menahan geram dan menyilangkan tangannya.

"Jangan hiraukan dia Iris. Masuk je".arah Juyeon. Iris pun masuk ke dalam ke dalam bilik Hyunjae.

Iris meletakkan plastik berisi bekas makanan di atas meja Hyunjae.Dia melihat sebuah plastik berisi seperti ubat2tan di atas meja.

"Ubat siapa ni?"Iris membelek2 isi dalamnya. Dia tertarik dengan sebuah krim penghilang parut. Krim itu disertakan dengan sebuah note kecil. Iris pun mengambil dan membacanya.

"Krim parut ni elok untuk hilangkan parut bekas luka dekat dada awak.Jangan lupa sapu setiap hari. Sehari sekali pun cukup".selesai membaca, Iris melipat semula kertas itu dan memasukkan krim tadi kedalam plastik.

"Siapa yang bagi ni? Macam mana dia tahu hal disebalik baju Hyunjae? Aku sendiri pun tak pernah tengok badan dia. Apatah lagi dada dia."pelbagai tanda tanya menyelubungi minda Iris.

Tiba2 pintu dibuka. Hyunjae tersenyum melihat Iris yang berada dibiliknya.

"Dah lama sampai ke? Sorry, saya ada meeting tadi. Wahh..awak bawakkan saya makanan eh?"

Iris hanya tersenyum nipis.

"Awak,ni awak punya ke?"Iris menunjukkan plastik ubat tadi.

"Apa tu?Siapa yang bagi?".eh dia pulak tanya orang balik.

'Hyunjae tak tahu pasal ubat ni. So betul lah Hyewon yang letak? Dia je berani masuk bilik Hyunjae kalau Hyunjae tiada'. Desis hati Iris.

"mungkin ada orang letak kut. Tapi pelik lah... Macam mana dia tahu yang awak ada parut dekat dada.Saya pun tak pernah tahu"

[C]AISHITERU {THE BOYZ HYUNJAE}✅Where stories live. Discover now