Peluh didahi dikesat kasar, mukanya yang sedikit comot itu dibiarkan sahaja. Datang rajin eunbi nak kemas halaman rumahnya. Belum sembuh dah pepandai nak kemas rumah. Jatuh sakit nanti hoshi juga yang susah.
" fuh akhirnya bersih juga rumah ni, harap kan budak mata harimau tu memang bersarang rumah ni dibiarnya " bebelnya sendirian. Jam didinding dipandang sekilas lalu dia berjalan naik tangga menuju ke biliknya.
Dihempas kuat pintu biliknya membuatkan hoshi yang sedang tidur didalam bilik sebelah itu berdiri tegak. Seusai membersihkan diri dia menuju semula kedapur. Walaupun eunbi ni kasar dan garang terhadap hoshi, tapi dia takkan sesekali biar adik dia kebulur. Dia tetap akan masakkan.
Bahan bahan mentah yang berada didalam peti sejuk satu persatu dikeluarkan dan diletak diatas meja. Sempat dia menjenguk encik google. Mencari resepi yang harus dimasaknya harini.
Belum sempat tangannya mencapai bahan yang paling penting iaitu daging yang berada di atas meja itu dia dikejutkan dengan bunyi loceng rumah.
Perlahan dia mengorak langkah. Dan memulas tombol pintu rumah. Kosong. Dia memuncungkan bibir lalu meliarkan kepala mencari gerangan orang yang menekan loceng rumahnya. Dia menjungkit kedua bahu. Baru sahaja dia hendak menutup pintu itu, matanya tertancap pada sekuntum bunga ros yang diletakkan di atas meja bulat yang berada dihalaman rumahnya.
Dia dekati meja itu dan capai bunga ros tersebut sebelum bunga itu singgah dihidungnya untuk dihidu.
" Siapa yang letak bunga ni dekat sini ? " omelnya sendirian.
" Aku " hampir sahaja terloncat eunbi dengar suara itu betul betul menyapa digegendang telinganya.
" yahh ! Macam mana kau boleh masuk dalam ni. Wait ? Pagar aku dah kunci. Macam mana kau masuk ha penyamun! "
" arghh appo mianhae, dah laa tu aduh appo " bahunya dipukul berkali kali. taehyung mengadu kesakitan. Eunbi degil makin diteruskan memukul taehyung.
" okay aku akan jelaskan macam mana aku masuk sini. Berhenti lah aduh sakit bahu aku " terhenti perbuatan eunbi. Dia berpeluk tubuh sambil memandang taehyung atas bawah menunggu penjelasan keluar dari mulut lelaki itu
" senang je aku masuk sini. panjat pagar tu. Ohh ya lagi satu aku bukan penyamun lah! " Membesar mata eunbi dengar penjelasan taehyung.
" panjat ?! Asal tak tekan loceng je? "
" aku tekan loceng bukannya kau akan bagi aku masuk. Kau biarkan je aku duduk luar tu sampai malam. Habis badan aku kena gigit nyamuk " bibir taehyung dimuncungkan berharap agar gadis itu simpati padanya.
" jadi sebab tu kau nak masuk sini senyap senyap " eunbi jengketkan kening kirinya.
" bingo ! Alah aku bukannya nak apa apa kan kau pun. Aku just nak masuk rumah kau. Nak tengok rumah kau. Apa lah kau ni, dah jadi kawan aku konon tapi taknak ajak aku masuk rumah " taehyung mencebik
Eunbi julingkan mata ke atas. Dan melepaskan keluhan berat.
" masalahnya masa tu aku sorang sorang kat rumah. Aku mana boleh pelawa kau masuk. Apa jiran jiran aku kata nanti ? "
" mesti diorang akan kata wah ada lelaki handsome lah masuk rumah kwon eunbi- auch " taehyung mengusap kepalanya. Sakit akibat dipukul eunbi
" main main pulak dia. Kau keluar sekarang "
" ganas juga kau ni. Tak sangka. kau halau aku ? Alaa jangan lah jemput lah aku masuk dulu. Bagi minum air buatan kau. Mesti sedap " pintanya tanpa rasa malu. bibirnya dijilat. Membayangkan air yang bakal dihidangkan oleh eunbi nanti
" banyak cantik muka kau nak suruh aku buat air. Kalau haus pergilah beli sendiri, aku bukan wife kau nak arah arah aku "
" Takpela kalau kau tak sudi nak bagi aku air." Bahunya diturunkan berserta keluhan.
" Ohh ya kau silap. Suatu hari nanti aku akan jadikan kau wife aku dan kau akan buatkan aku air tiap hari hahahahahaha bye " katanya. Dengan segera dia berlari keluar dari rumah eunbi. Merah padam muka eunbi ketika itu. Kata kata taehyung tadi membuatkan dia geram terhadap lelaki itu
" Siap lah kau kalau aku jumpa lagi "
Kedua dua tangan digenggam erat. Tajam matanya mencerlung ke arah pagar yang bekas taehyung panjat tadi.
( nak aku tulis panjang panjang tak ? Rasa gantung lah kalau tulis pendek. Komen jap )
YOU ARE READING
[OG] Same Face || kth
Hayran KurguOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...