Chapter twenty six

106 11 2
                                        

" Taehyung! " Panggil joshua. Taehyung memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah pintu.

" Ni phone kau kan. Aku jumpa dekat atas rak tv masa baru sampai sini tadi " Joshua menghulurkan telefon pintar milik taehyung

" Jangan risau. Hidup lagi. Aku dah baiki tadi " Ujar joshua.

" Thank you " Telefon itu dimasukkan dalam kocek seluarnya.

" kau nak pergi mana? " Soal joshua.

" Nak jumpa kawan kejap " Joshua mengangguk faham taehyung memakai helmet dan menaiki motor jimin

" Kau boleh tolong aku tak? " Tanya taehyung.

" Tolong apa? " Joshua bertanya. Taehyung memandang sekilas motornya yang berada disebelah motor jimin

" Tolong hantar motor aku. Tapi nanti. Bukan sekarang. Kalau aku call baru kau hantar " Pinta taehyung

" Boleh tak ada masalah. " Taehyung tersenyum. Lalu menyerahkan kunci motornya pada joshua.

Taehyung pun keluar dari situ dan memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu dengan segera.

▪ ▪ ▪

Sampai dihadapan rumah jimin. Taehyung melangkah masuk kedalam rumah itu.

Pintu rumah dibuka ruang tamu kelihatan kosong. Taehyung menapak ke dapur. Dan dapur pun kosong. Dicari kelibat jimin dipelosok rumah itu, mukanya merah padam menahan marah.

Kakinya diatur menghampiri pintu bilik jimin. Tanpa mengetuk dahulu pintu tersebut, dia terus memulas tombol itu dan menolak daun pintu dengan kasar.

Tersembul wajah jimin yang duduk di birai katil dengan wajah terkejut, jimin berdiri.

Taehyung pun berjalan cuba mendekati jimin. Jimin tersenyum manis. Membuatkan taehyung tersengih. Taehyung mencampak kan kepingan gambar itu tepat dimuka jimin.

Dahi jimin berkerut. Dikutip semula gambar gambar yang jatuh di atas lantai itu.

" Aku benci kau jimin aku benci kau! " Tangan dikepal penumbuk. Bila bila sahaja akan singgah dimuka jimin.

" Taehyung! Aku buat ni demi kebaikan kau dan irene!. " Jimin cuba menjelaskan.

" Kau kena ingat sesuatu. Kawan kau cuma aku dan bukannya diaorang! Dan yeojachinggu kau cuma irene bukannya perempuan tu." Ujar jimin nada marah.

" Ini hidup aku, aku berhak tentukan dengan siapa aku nak berkawan dan siapa aku pilih untuk jadi yeojachinggu aku! "

" Aku kecewa dengan kau jimin, aku ingat kau sebagai kawan baik aku akan sokong aku dan sentiasa ada disisi aku. Tapi aku silap. Kau cuma pentingkan diri sendiri " Taehyung berkali kali menggelengkan kepalanya

Dia begitu kecewa dengan perangai jimin. Orang yang dianggapnya sahabat telah menghianatinya.

" Aku tahu kau cemburu kalau aku ada kawan baru. Tapi aku tak pernah layan diaorang dengan baik. Kau sorang yang aku anggap kawan aku. Tapi sekarang kau dah buktikan dekat aku yang dioarang lebih berguna dari kau. " Membulat mata jimin dek kerana terkejut dengan ayat taehyung tadi

" Thanks jimin sebab kau dah hancurkan kebahagian aku. Thanks sebab selama ni kau dah bagi aku tumpang dekat sini " Taehyung segera keluar dari bilik itu dan menapak ke biliknya.

Jimin meraup wajahnya kasar dan duduk dibirai katil itu. Dia betul betul menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan. Niatnya cuma ingin membuat taehyung bahagia bersama irene dan ingin taehyung tetap berada disisinya. Sebagai seorang sahabat.

[OG] Same Face || kthTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang