Genap lima bulan hubungan eunbi dengan taehyung sebagai pasangan kekasih. Sejak kejadian taehyung menyelinap masuk kedalam bilik eunbi lima bulan lepas. Eunbi semakin hari semakin suka dengan taehyung. Apakan tidak lelaki itu setiap hari datang kerumahnya dan mengajak dia keluar. Siapa tak kenal taehyung lelaki paling handal bab memikat hati.
Walaupun eunbi akui dia sudah sukakan taehyung. Tapi dia masih merahsiakan hal itu. Dia tak ingin taehyung mengetahuinya. Eunbi berfikir seandainya dia memberitahu taehyung tentang perasaannya terhadap lelaki itu. Taehyung akan mula meninggalkan dia dan akan semakin menjauh dan tak lagi bersungguh sungguh memikatnya
Dia tak ingin itu terjadi. Jadi biarlah dia penyimpan perasaannya itu didalam hati. Biar dia seorang sahaja yang tahu.
Tok tok tok
ketukan pintu rumah menyentakkan eunbi yang sedang ralit berselubung didalam selimut diruang tamu itu. Petir sambung menyambung itu memang menakutkan dia. Eunbi malas nak melangkah ke arah pintu rumah. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu itu, siapa lagi kalau bukan taehyung.
Setiap kali hujan lebat taehyung akan datang kerumahnya untuk menemaninya. Taehyung sudah lama tahu yang gadis kesayangannya itu takut dengan petir dan juga guruh.
" Eunbi! Buka pintu ni ! " kedengaran suara taehyung diluar sana.
" Ish! Dah tahu aku takut tapi still nak suruh aku buka pintu, kang aku berdiri tiba tiba ada petir macam mana!" Eunbi membebel didalam selimut.
" Sayang.. buka lah. Tae tahu sayang ada dekat dalam. Buka cepat tae kesejukan ni " Jerit taehyung separa merayu. Suaranya kedengaran bergetar. Eunbi mula cuak. Walaupun takut segera dia berlari ke pintu rumah dan membukanya
Terpapar lah tubuh taehyung yang basah kuyup. Hampir sahaja taehyung jatuh disitu namun berjaya eunbi tahan.
" Hei taehyung kenapa ni? " Soal eunbi cemas.
" Sejuk " Menggigil taehyung dek kerana kesejukan.
" Okay jom masuk " Ujar eunbi. Taehyung perlahan memasuki rumah eunbi.
Pintu rumah dikatup rapat lalu dikunci, takut juga jikalau hoshi pulang tiba tiba. Tak ke terkejut nanti melihat mereka berduaan didalam rumah itu. Jadi dengan langkah berjaga jaga dia terpaksa mengunci rumah itu
" Kau pergi mandi dulu dan tukar baju. Baju kau basah ni. Kalau tak tukar nanti masuk angin " Ujar eunbi. Lalu menolak belakang taehyung untuk masuk ke naik ketingkat atas
" Kenapa saya kena masuk bilik si harimau ni pulak " Tanya taehyung sebaik tiba dihadapan bilik hoshi
" Kan aku dah cakap. Mandi dan tukar baju " Taehyung tersengih
" Aku ingatkan mandi dan tukar baju didalam bilik kau " Ujar taehyung lalu tersenyum nakal. Spontan tangan eunbi mencubit pinggang taehyung.
" auch auch sakit lah sayang "
" Ha mengada lagi. Dah pergi cepat! aku tunggu dekat bawah " Kata eunbi sebelum beredar dari situ. Taehyung pun masuk kedalam bilik hoshi
Eunbi berjalan ke arah dapur. Lalu membuatkan taehyung secawan teh panas.
▪ ▪ ▪
Jimin dari tadi mundar mandir diruang tamu. Sudah lima bulan dia tidak bersua muka dengan taehyung. Mereka berbual melalui telefon sahaja itu pun jarang sangat taehyung jawab panggilannya. Balik kerumah pun jarang sangat, dia sendiri tidak tahu dimana sahabatnya itu menetap selama tidak pulang kerumah. Dia risau, dia terlalu sayangkan taehyung. Taehyung itu sahabat baiknya. Susah senang mereka sentiasa bersama.
Perasaan ingin tahu semakin membuak buak.
Kepalanya silih ganti memandang telefon dan pintu cafe itu. Jimin sedang menunggu seseorang yang sangat penting untuk di temui sekarang.
Jimin tersentak saat ada satu susuk tubuh melabuhkan duduk dihadapannya. Orang dihadapannya itu lengkap berpakaian hitam serta topi hitam. Tak lupa juga mask nya.
" Mana benda tu? Tunjukkan dengan aku sekarang " Pinta jimin dengan segera, lelaki itu tersenyum sinis
" Relax lah hyung. Aku tak minum lagi kot " Jimin mencebik. Lalu memanggil waiters.
Selesai memesan waiters nya pun beredar.
Satu sampul surat tebal berwarna putih dicampak lembut ke atas meja. Sepantas kilat jimin mengambilnya.
" Sebelum hyung buka bagi lah dulu duit upahnya " Lelaki itu menahan tangan jimin dari membuka sampul tersebut
" Sabar lah. Aku takkan lari bangang. " Lelaki itu menganguk sambil tersenyum sinis.
Mata jimin membulat besar melihat satu persatu isi sampul itu. Dia menggenggam tangannya dengan kuat, geram marah kecewa sakit hati semua kini dia rasakan.
" Selama ni dia tinggal dengan 12 orang lelaki itu, tak silap aku semua lelaki itu sahabat kepada adik kwon eunbi " Spontan lelaki itu bercakap membuatkan mata jimin mengecil
" Kwon eunbi itu perempuan yang selalu keluar dengan Taehyung hyung selama ni. Dan dalam siasatan anak buah aku dia kekasih taehyung " Membulat mata jimin dek kerana terkejut dengan ayat lelaki itu
Jimin menatap geram gambar gambar yang berada di tangannya. Gambar taehyung bersama seventeen dihalaman sebuah rumah. Ada juga gambar taehyung bersama seorang gadis dan jimin syaki gadis itu lah yang dinamakan kwon eunbi
" Sanggup kau buat macam ni dekat aku tae selama ni aku yang tolong kau bila kau susah dan sekarang kau dah bahagia kau sisihkan aku pulak dan tinggal dengan kawan baru kau yang kau sendiri tak tahu dioarang baik atau tak " Gerutu jimin marah. Air mata jantan nya mengalir. Kecewa dengan perangai taehyung
Lelaki itu hanya mampu menatap jimin sayu. Dia pun turut merasakan kekecewaan taehyung.
" Jungkook aku nak kau terus pantau si taehyung ni dan inform dekat aku semua yang dia buat " Pinta jimin dan lelaki bernama jungkook pun mengangguk setuju.
A/N: nak aku sambung tak?
YOU ARE READING
[OG] Same Face || kth
FanfictionOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...