Hampir setiap hari eunbi berbalas pesanan dengan taehyung melalui instagram. Dan tiap hari jugalah eunbi akan gelak sorang sorang.
Dia terlalu rasa kelakar bila taehyung tak habis habis merayu minta gambar dia. Bukan setakat gambar. Nombor telefon jugak taehyung ada minta. Dan itu semakin membuatkan eunbi ingin meneruskan niatnya mempermainkan taehyung. Dia sengaja pancing kemarahan lelaki bernama kim taehyung itu. Dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu bertahan merayu dengan dia.
Taeyeon
Okay aku akan bagi kau gambar aku. Tapi aku harap kau takkan gelakkan aku tau. Sebab aku bukannya cantik
ThemosthandsomeV
Janji
Taeyeon
See ? Aku bukannya cantik macam kau sangkakan
ThemosthandsomeV
Eh ni macam jiwon noona je? Ni noona ke?
Taeyeon
Hahahahaha kau kenal perempuan tu ? Haha tuh bukan aku lah
ThemosthandsomeV
Habis tu, bagilah gambar kau yang betul-betul. Separuh pun jadilah. Kau edit sampaikan susah aku kenal kau.
Taeyeon
Lain kali lah. Saya busy ni. Bye my crush.
ThemosthandsomeV
Fine ! Kalau aku jumpa kau siapa. Aku takkan lepaskan kau!
Berkerut kening eunbi memandang laptop nya. namun dia endahkan sahaja.
" kau ingat kau akan dapat tau aku siapa ? Bermimpilah taehyung "
Lantas laptop nya dimatikan. Dan dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan duduk disofa dan menyandar disitu. Tv itu dihidupkan melalui butang dari alat kawalan jauh itu.
Eunbi bersendirian dirumah hari ini. Hoshi awal pagi lagi dah keluar. Nak jumpa kawan katanya. Tak habis habis nak jumpa kawan, dia ni.
Eunbi dah terbiasa tinggal dirumah seorang diri. Nak bekerja hoshi tak izinkan. Harta omma appa mereka dah banyak katanya untuk mereka sara hidup mereka setiap hari.
Ding! Dong!
Eunbi hiraukan sahaja loceng yang berbunyi. Matanya fokus terhadap drama yang ditayangkan dikaca tv itu. Entah apa yang menarik perhatiannya.
Ding! Dong!
Masih seperti tadi. Eunbi tetap menghiraukan..
Ding! Dong!
Dia mendengus geram. Kaki dengan langkah yang besar di atur ke arah pintu rumah. Tombol pintu dipulas dengan wajahnya tegang sahaja. Seakan akan menunjukkan bahawa dia sangat marah kerana sudah diganggu.
Matanya membulat besar. Belum sempat dia bersuara tubuhnya ditolak masuk kedalam. Pintu rumahnya ditolak menggunakan kaki oleh orang tersebut.
Eunbi ditolak kedinding dan tubuhnya dikunci menggunakan kedua tangan orang itu. Nafasnya turun naik akibat terlampau terkejut dengan tindakan drastik orang itu.
" Kau ingat aku tak tahu yang chat aku tu kau. Aku dapat detect lah kau punya location. Aku tau itu kau. Sebab tu aku beria suruh kau hantar gambar. Dan minta number telefon kau. Harini aku dah dapat aku takkan lepas, aku dah cakapkan aku takkan lepas kalau aku sendiri tahu kau siapa " tajam kedua mata taehyung memandang gadis itu. Eunbi meneguk liur, perit.
Taehyung mendekatkan wajah dengan wajah eunbi sehinggakan jarak mereka hanyalah seinci. Menggigil tubuh badan eunbi memandang anak mata taehyung. Seakan ada kepulan asap hitam dibelakang taehyung.
Pandangan mata taehyung membuatkan lutut eunbi lemah.
" aku minta maaf. Aku janji tak buat lagi. " bergetar suara eunbi melafazkan ayat itu. Taehyung hampir sahaja tersenyum. Namun dia tahan. Dia perlu kekalkan sisi garangnya terhadap gadis itu. Agar gadis itu berasa takut kepadanya.
Taehyung jarakkan sedikit mukanya dari eunbi. Tapi kedua tangannya masih mengunci pergerakan eunbi. Gadis itu menghelakan nafas perlahan. Taehyung sengetkan kepala ke kanan. Di amati wajah eunbi, wajah itu kelihatan sangat mirip dengan irene. Dan itu membuatkan hati taehyung sebak. Merindukan gadis yang sudah pun meninggalkan dirinya.
" aku akan maafkan kau. Tapi bersyarat ! " kata taehyung. Nadanya tegas sahaja. Terkebil kebil kedua mata eunbi. Mendengar perkataan syarat, dia tahu pasti syarat itu akan memusnahkan dirinya nanti.
" syarat ? " taehyung angguk
" Nae, syaratnya aku nak kau jadi girlfriend aku ! " membulat mata eunbi mendengar kata kata yang baru sahaja meniti dari bibir taehyung
" agak agak lah ! Kau saje ambil kesem-" belum sempat eunbi nak membebel, dia terdiam. Saat taehyung kembali mendekatkan wajahnya dengan eunbi.
" bebel lagi. Aku cium kau baru tahu " berderau darah eunbi menahan perasaan marah. Kalau sahaja dia ada keberanian untuk melawan balik. Memang dia akan buat.
Namun terpaksa ditanam sedalam-dalamnya niatnya. Hanya dia dan taehyung yang berada didalam rumah itu, Taehyung lelaki dan lelaki itu boleh berbuat apa sahaja kepadanya. Apatah lagi taehyung sekarang sangat marah kepadanya.
" setuju atau tidak ? " tanya taehyung
" okay. Tapi awak jangan buat apa apa dekat saya. Kiss ataupun sentuh saya tak boleh " membulat mata taehyung.
" mana boleh ! Kau girlfriend aku. Dan aku boleh sentuh kau sesuka hati aku, nak kiss kau depan umum pun aku boleh. Takde bantahan ! Kau bantah tahulah nasib kau nanti " tokoknya lagi, senyuman senget ditayangkan pada eunbi, untuk menakutkan lagi gadis itu.
Akibat takut, eunbi anggukkan kepalanya tanda dia bersetuju dengan syarat taehyung. Dalam hati dia sudah menyumpah serana lelaki itu. Kedua belah tangannya dikepal. Bila bila masa sahaja tangannya akan melayang ke muka lelaki durjana itu
YOU ARE READING
[OG] Same Face || kth
FanfictionOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...