Chapter fifteen

75 15 7
                                    

Eunbi menghirup milo panasnya sedikit lalu gelas itu diletakkan bersebelahan dengan laptop nya yang terletak diatas meja belajarnya. Dia bersandar pada kerusi. Sesekali dia menguap.

Jam yang terletak didinding itu dipandang sekilas. Tepat pukul 10 malam. Selesai menjamah makan malam tadi, hoshi meminta izin keluar bersama sahabat sahabatnya. Eunbi pun malas nak bertekak. Dia lepaskan sahaja adik dia tu keluar, nak dihalang pun tiada guna hoshi akan keluar senyap-senyap ikut pintu belakang. Bukan dia tak kenal perangai hoshi macam mana.

Sedang ralit tangannya membalas chat whatsaap rakannya tiba tiba satu notification instagram masuk. Eunbi mengerutkan kening. Lantas aplikasi instagram itu dibuka.

Membulat besar mata gadis itu memandang laptop nya

ThemosthandsomeV just following you

" siapa pulak yang follow aku ni, eh jap ! Macam kenal je lelaki ni " eunbi kecil besar kan matanya. Lama dia berbuat begitu. Ingin mengenal pasti gambar profile pemilik akaun yang mengikutinya itu.

" Kim tae hyung ! Ah maja ! Lelaki tak guna tu " eunbi mengerutkan hidungnya berserta mulut dimuncungkan.

" Memandangkan kau dah buat aku geram tadi. Apa kata aku kenakan kau kim taehyung? Lets start the game ! " bibir nya mengukir senyuman nakal. Seakan ada niat jahat yang ingin dilakukannya.

Eunbi logout dari akaun instagramnya. Dan membuat akaun baru. Selesai membuat akaun baru. Dia hanya meletakkan gambar kucing sebagai gambar profile nya. Nama pun diletaknya sebagai taeyeon. Hanya nama itu yang terlintas di otaknya memandangkan nama itu hampir mirip dengan nama taehyung.

Akaun milik kim taehyung dicari. Kemudian dia follow. Sempat dia menghantar mesej melalui instagram kepada taehyung. Namun tiada balasan dari lelaki itu.

Eunbi cuba tunggu dan tunggu.

Dia berfikiran bahawa taehyung sedang sibuk.

Hampir sepuluh minit dia menunggu. Dan bunyi notification masuk membuatkan dia tersenyum. Dia yakin lelaki itu sudah pun membalas pesanannya. Dan sangkaannya tepat. Makin melebar senyumannya melihat pesanan yang dibalas taehyung.

Taeyeon

Hi dear. Saya nak bagitahu sesuatu ni, awak ni handsome sangat lah sampaikan saya tergila gilakan awak . Saya ni peminat awak tau.

ThemosthandsomeV

Hi. Ohh wow

Taeyeon

Who's your name? Can i know

ThemosthandsomeV

Awak peminat saya kan. Mesti awak tahu nama saya siapa.

Taeyeon

Kim taehyung right ?

ThemosthandsomeV

Wah macam mana awak tahu.

Taeyeon

Saya kan peminat awak. Oh ya bukan setakat nama , tempat tinggal awak pun saya tahu dekat mana.

ThemosthandsomeV

Seram sejuk saya. Macam mana awak tahu ni. Siapa juga awak ni sebenarnya? Asal gambar takde followers takde.

Taeyeon

Kan saya dah cakap saya ni peminat setia awak. Jadi mestilah saya tahu semua pasal awak

ThemosthandsomeV

Okay. Send gambar awak boleh? Nak tahu juga muka peminat saya ni. Manatau cantik.

" Hoho mulut manis. Lelaki memang macam ni kan. Takpe. Janji kau dah masuk perangkap aku hehe " monolognya seorang diri. Tangan laju membalas pesanan taehyung.

Taeyeon

Taknak lah. Saya bukannya cantik pon. Takpayah lah tengok muka saya.

ThemosthandsomeV

Alaa bukannya saya nak kutuk pun awak send je lah

Taeyeon

Taknaklah

" kau ingat senang senang aku nak tunjuk muka ? berangan lah kau. Hahahahaha aku tak dapat bayangkan muka dia sekarang ni macam mana. Mesti dia tengah rimas, and teringin sangat nak tahu aku ni siapa. Padan muka kau kim taehyung " bibirnya tersenyum senget.

Eunbi menguap. Tanpa membalas pesanan taehyung dia pun terus mematikan laptop nya. Dan berjalan ke arah katil. Lampu dimatikan lalu dia berselubung didalam selimut. Sehingga lah dia nyenyak dibuai mimpi.

▪▪▪

" Chim ! Sini jap ! Tolong aku dulu. " jerit taehyung didalam biliknya.

Serta merta pintu bilik taehyung terbuka luas. Jimin yang berdiri dihadapan pintu dengan muka pucatnya memandang taehyung yang sedang berbaring diatas katil sambil bermain handphone

" apa? Kau kenapa ni. " soal jimin sambil berjalan ke arah katil taehyung

" kau pandai jejak lokasi menggunakan instagram tak ? " mulut jimin terbuka luas dengan matanya yang membesar. Taehyung memandang dia pelik.

" kau ni, buat aku takut je lah. Aku ingatkan kau dah kenapa tadi. Ish ! " gerutu jimin, geram. Taehyung ketawa.

" aku minta maaf okay. Ha, kau pandai tak ? " Taehyung jengketkan sebelah kening. Jimin angguk laju

" senang aje sebenarnya. Kau nak aku detect location dia? Boleh.! Tapi ada upah tau. " taehyung julingkan kedua mata ke atas.

Jimin tak pernah sekali pun tolong dia tanpa minta balasan mahupun upah. Ada saja yang di mintanya.

" baiklah. Kau detect lah dulu. Baru aku belanja kau makan " taehyung menyerahkan telefon pintarnya kepada jimin. Dengan cermat jari jemari tembam jimin menyambut.

" wah macam tau-tau aje aku nak minta belanja makan " senyuman manis ditayangkan pada taehyung. Membuatkan taehyung turut tersenyum.

Manakala tangannya ralit membuat kerja yang dipinta taehyung kepadanya. Jimin ni bukan sahaja pandai berlumba motor. Tapi dia juga hackers yang berjaya. Itu sebabnya taehyung meminta tolong dia jejak lokasi orang yang sudah mengganggunya itu.

[OG] Same Face || kthWhere stories live. Discover now