Mata jimin sibuk melilau sekitar kawasan lorong terbiar itu. Takut juga dia sekiranya ada sesiapa yang mengenali dirinya nanti, lagi parah bila orang nampak dia berurusan dengan penjenayah.
Setelah memastikan line clear. Jimin menanggalkan helmetnya dan menapak ke arah kereta sport berwarna merah.
Jimin mengetuk cermin kereta itu dan memberi isyarat supaya cermin itu dibuka.
Jimin menyerahkan sampul surat yang berwarna coklat.
" Aku nak kau send gambar ni kerumah perempuan tu. Pastikan kau hantar hari ini! " Jungkook mengangguk setuju dengan perintah jimin.
" Lagi satu aku nak kau bakar rumah kawan kawan baru si tae. Pastikan tak ada bukti okay. Kalau ada siap kau " Ujar jimin. Jungkook mencebikkan bibir.
" Don't worry hyung. Aku tak pernah lagi gagal selama buat kerja kerja ni. Aku kalau buat rancangan semua perfect! " Jungkook tersenyum bangga.
" Hope so. Okay ni upah kau. Dah pergi blah sebelum ada yang nampak kita dekat sini "
Jungkook memeriksa isi sampul duit yang diberikan oleh jimin, sesekali dia mencium duit itu
" Fuh, duit baru. Thanks hyung aku pergi dulu " Jimin angguk. Sepantas kilat kereta jungkook meluncur membelah jalan raya.
▪ ▪ ▪
Eunbi terjaga dari lena saat mendengar ada orang mengetuk pintu biliknya. Dia menggeliat kecil lalu bangun.
Perlahan lahan kakinya diarah menuju ke pintu
" Noona tidur ke? Taehyung hyung mana? " Soal hoshi dimuka pintu. Terus segar mana eunbi mendengar nama itu.
Eunbi diam. Dihiraukan sahaja pertanyaan adik nya itu. Dia berjalan melalui hoshi. Dan menuju ke dapur.
" Wowowow hoshi kena palau. " Hoshi mengekori eunbi dibelakang. Mereka berdua turun ke ruang tamu.
" Noonaaa... " Panggil hoshi. Eunbi masih mendiamkan diri. Tiada mood untuk bercakap dengan adik nya. Dia menuju kedapur . Begitu juga hoshi.
" Rasanya kwon eunbi kena culik lah dan sekarang ni yang ada dekat sini kembar setan di-- aduhh " Hoshi mengusap kepalanya yang di baling oleh eunbi guna cawan plastik.
" Kau jangan nak tambahkan stress aku tau! Baik kau diam sebelum cawan kaca ni pulak yang terbang kena muka kau " Ujar eunbi nada marah. Hoshi membisu. Kedua bahunya diturunkan. Perlahan langkah diatur masuk kebilik.
Eunbi dihimpit rasa bersalah kerana sudah memarahi adik bongsunya itu. Taehyung yang bersalah hoshi yang kena tempias amarahnya. Eunbi mendengus lemah.
Lantas dia mengejar hoshi lalu menarik lengan lelaki berkulit putih itu.
" Mianhae. Noona tak ada niat nak tengking hoshi macam tu. " Ujar eunbi dengan mata berkaca. Hoshi berasa pelik.
" Tak apa. Noona tak salah. Hoshi yang tak faham kacau noona time noona tak ada mood " Air mata eunbi yang bertakung tadi terus berguguran dipipinya. Kepalanya lantas ditundukkan.
" Hei kenapa ni. " Soal hoshi cemas selepas melihat eunbi teresak esak menangis.
Eunbi tidak dapat menjawab. Hoshi lantas memeluk kakak kandungnya itu, dia mula berasa pelik. Baru hari ini dia melihat eunbi menangis. Kali terakhir pun masa omma dan appa mereka meninggal. Dan itu sudah pun bertahun tahun lamanya.
Hoshi mengusap belakang eunbi. Cuba menenangkan gadis itu. Semakin kuat eunbi menangis. Hoshi hanya mampu pasrah bila bajunya basah dengan air mata eunbi, kalau setakat air mata dia rela. Ini tak! Dengan hingus dia sekali.
" Noona sakit hati. Taehyung permainkan noona " Membulat mata hoshi.
" Noona kalau nak nangis nangis je lah. Jangan lah sampai keluarkan hingus noona, ni bukan sakit hati. Ni dah selesema namanya. " Hoshi cuba membuat loya buruk. Dia tak nak tengok eunbi menangis seperti itu. Dia nak buat eunbi ketawa. Dan ianya berhasil. Eunbi tergelak kecil.
" Kau ni. Tak boleh ke buat aku tenang dulu baru nak membebel " Ujar eunbi lalu mengesat air matanya. Dia tersenyum kecil. Hoshi mengusap rambut eunbi kasar.
" Yahh! Habis rosak rambut aku "
" Siapa suruh kotorkan baju hoshi dengan hingus noona. Tengok ni " Jari telunjuknya di halakan ke bahu. Eunbi tergelak kuat.
" Hahahahaha padan muka " Eunbi menjelirkan lidahnya lalu berlari ingin menaiki tangga. Hoshi geram baru sahaja dia ingin mengejar eunbi . Langkah nya mati selepas mendengar loceng rumah berbunyi
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
" Buka " Ujar eunbi, hoshi mengeluh dan turut dengan perintah eunbi.
Pintu rumah dibuka. Seorang lelaki lengkap berpakaian hitam terus menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada hoshi.
" Saya diarahkan bagi sampul ni dekat kwon eunbi. Ni wasiat untuk dia. " Ujar lelaki itu. Hoshi mengambil sampul itu. Lelaki itu pun beredar dengan cepat. Sambil tersenyum sinis. Kepala hoodienya dibetulkan.
" Hei tunggu! " Panggilan hoshi tidak dihiraukan. Lelaki itu tetap meneruskan langkahnya memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya diluar.
Hoshi mencebik melihat kereta itu pergi begitu sahaja. Sampul yang berada ditangannya dipandang lama.
" Siapa--"
" Ehh sengkwan makcikk bawang " Melatah hoshi terkejut dengan sergahan eunbi.
" Siapa yang bagi " Eunbi meneruskan ayatnya yang terpotong tadi. Hoshi jungkitkan kedua bahu.
" Entah. Ada seorang lelaki bagi tadi. dia cakap untuk noona. Wasiat katanya " Eunbi pelik. Dahinya berkerut. Dirampas sampul itu dari tangan hoshi
Isi sampul itu dikeluarkan. Menggigil tangan eunbi melihat satu persatu gambar itu.
Hoshi yang turut berada disamping eunbi pelik memandang eunbi berkelakuan begitu. terus dirampas kembali gambar gambar yang berada ditangan eunbi.
Terlopong tergamam terkedu terkesima hoshi memandang gambar itu. Eunbi segera berlari masuk kedalam rumah dan menuju ke dalam biliknya
Pintu dihempas kuat. Dia duduk memeluk lutut ditepi katil. Terasa bodoh dirinya kerana sudah percayakan taehyung. Cair dengan ayat ayat manis taehyung. Jatuh cinta dengan taehyung!
Ditahan sekuat mungkin air matanya. Ego menguasai dirinya, dia tidak ingin menangis. Baginya tidak ada guna dia tangisi lelaki yang sudah pun mempermainkan dia. Kedua tangannya digenggam erat. Dia nekad untuk melupakan taehyung! Satu satunya lelaki yang telah pun menghancurkan hatinya, dan juga cinta pertamanya.
Hoshi yang mengepalkan penumbuk. Gambar gambar itu dimasukkan semula kedalam sampulnya.
Dia harus ketemu dengan taehyung, meminta penjelasan dari lelaki itu. Hoshi tidak dapat menerima yang taehyung menipu kakak kesayangan nya.
A/N : Siapa sini rasa kesian dengan eunbi? Angkat tangan. Huhuhu. Okay done update for tonight. Maaf sebab lambat line slow sangat ! Jangan lupa vote dan komen. Terima kasih kepada yang suka dan support story ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/162613321-288-k468971.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Same Face || kth
FanfictionOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...