Taehyung akhirnya tiba dirumah. Dia membuka pagar dan pelik melihat motor jimin tiada dihalaman rumah itu. Dia menapak memasuki rumahnya. Pintu rumah berkunci. Taehyung mendekati pasu bunga dan mengambil kunci pendua yang disembunyikan didalam pasu bunga itu.
Klik! Pintu terbuka. Taehyung masuk dengan segera. Tanpa menutup pintu. Dibiarkan sahaja pintu itu terbuka luas.
" Jimin ! " Taehyung menyeru memanggil nama sahabatnya
" Kau kat mana? Aku dah sampai ni " Ujarnya lagi. Sepi. Tiada sahutan.
" Hmm takkan dia keluar " tebaknya. Keluhan berat dilepaskan kemudian dia menghempaskan badannya disofa.
Kedengaran bunyi motor yang baru sahaja memasuki perkarangan rumah itu. Taehyung dah agak yang orang itu jimin. So dia hiraukan sahaja dan berpura pura tidur.
" Penyamun mana yang masuk rumah aku ni? " Kedengaran suara jimin. Taehyung menahan tawa dari meletus.
Jimin menutup pintu rumah lalu dengan selamba menghampiri taehyung.
" Tak payah nak pura pura tidur lah. Aku tahu kau baru je sampai " Jimin meletakkan beg plastik berisikan tiga botol soju diatas meja.
Lalu menghempaskan badannya diatas taehyung yang sedang baring bertiarap itu.
" Aduh sakit!! Chim ! Turun. berat lah hanat " Taehyung mengadu kesakitan. Jimin ketawa lalu duduk diatas lantai.
" Wah banyaknya soju. " Taehyung bangun dari pembaringan.
" Ha ah, aku ingat nak mabuk sorang sorang tadi yelah aku kecewa dengan perangai kau "
" Alah aku minta maaf lah. Aku tak ada niat pun nak lupakan kau. Aku just busy selama ni "
" Busy lah sangat " Jimin membuka sebotol soju lalu meneguknya. Taehyung menahan liur.
" Kau nak tak? " Soal jimin. Taehyung mengangguk. Jimin menyerahkan sebotol soju kepada taehyung.
" Kau nak cakap apa sebenarnya chim sampaikan nak jumpa aku " Tanya taehyung. Jimin hanya diam. Menghiraukan pertanyaan taehyung itu.
" Ohh chimchim. Cakap lah. Apa dia ? " Taehyung menguis belakang jimin guna lututnya.
" Irene akan balik korea esok " Ujar jimin senada membuatkan taehyung tergamam
" Irene?? " Ucap taehyung nada sedih. Botol soju diletakkan diatas meja. Jimin tersenyum sinis. Dia tahu taehyung masih belum melupakan irene.
" Yaa. Joy dengan wendy bagitahu aku tadi. "
" Chim! Biar betul kau jangan main main lah! " taehyung menggoncang bahu jimin meminta kepastian
" Betul. Tak percaya kau tunggu je esok irene pasti akan datang sini dan cari kau " Mata taehyung berkaca. Setelah berbulan bulan dia menunggu gadis itu akhirnya esok mereka bakal bertemu semula.
Yaa dia masih belum melupakan irene. Gadis itu masih bertakhta dihatinya walaupun dia sudah memiliki eunbi.
" Kau tak payah pergi mana mana. Kau tidur sini. Bukan senang nak cari kau tae kalau kau dah keluar dari rumah ni. Mana aku nak cari kau kalau irene datang sini cari kau nanti "
" Okay. Aku stay sini malam ni. Wehh chim aku tak sabar lah nak jumpaa dia. Aku excited gile " Taehyung memeluk jimin dengan kuat. Tangannya melilit dileher jimin membuaatkan jimin sukar bernafas.
Jimin meronta ronta minta dilepaskan. Lengan taehyung ditepuk kuat berkali kali. Taehyung tersengih lalu melepaskan tangannya dari leher jimin
" Kau nak bunuh aku ke apa?! " Tajam mata jimin memcerlung ke arah taehyung.
" Mian. Aku terlampau happy sampaikan hampir terbunuh kau tadi " Taehyung tersengih sambil mengusap tengkuknya. Jimin hanya mampu menggeleng.
▪ ▪ ▪
Eunbi termenung memandang langit diberanda biliknya. Telefon bimbit ditangannya digenggam erat. Dia masih ragu ragu untuk menghubungi taehyung. Bertanya dan meminta kepastian sendiri dari lelaki itu. Tapi kata kata jimin sebentar tadi membuatkan dia mengeluh panjang
Tambahan pulak telefon taehyung sudah hancur akibat dicampak oleh lelaki itu tadi.
" And one more thing, jangan bagitahu taehyung kalau aku yang bagitahu kau semua ni. Kau perempuan yang baik kan? Kau mesti taknak rosakkan persahabatan kami, keep it secret dear. Only you and me know about it "
Eunbi menggeleng. Tubuhnya rasa meremang bila terkena angin. Setapak dua dia melangkah ingin masuk kedalam bilik tiba tiba telefon nya berdering
Unknown number
Eunbi mengeluh. Dia berfikir sejenak samada menjawab atau pun tidak. Agak lama dia merenung ke arah telefon itu.
Dia nekad untuk tidak menjawab panggilan itu. Telefonnya di switch off kemudian dia masuk kedalam bilik.
Dibiarkan sahaja telefonnya diatas meja lampu. Eunbi menghempaskan tubuh diatas katil. Dia cuba memejamkan matanya. Dan akhirnya dia terlelap.
▪ ▪ ▪
Taehyung mendengus kasar. Baru sebentar tadi dia berjaya menghubungi eunbi. Namun selepas dia membuat panggilan kedua. Mailbox.
Dia berasa geram. Hampir sahaja telefon jimin dicampak ke atas lantai. Nasib baik dia cuba untuk bersabar.
" Kenapa susah sangat nak jawab call aku ni eunbi! " Gerutunya geram.
" Tae ada orang nak jumpa kau " Ujar jimin yang berdiri dipintu bilik taehyung itu
" Siapa? " Tanya taehyung pelik. Jimin tersenyum
" Tengok lah sendiri " Kata jimin lalu beredar dari situ. Taehyung mencebik lalu berdiri.
Dia menapak keluar dari bilik
" Siapa yang--" Taehyung terkedu, melihat seorang gadis yang amat dikenalinya sedang berdiri dihadapannya sambil tersenyum manis.
Gadis itu meluru ke arah taehyung lalu mendakap taehyung dengan erat
" I miss you taehyung " Ujar gadis itu. Taehyung masi terkejut. Langsung tidak membalas pelukan gadis itu
" Tae? You didn't miss me ? " Ujar gadis itu lagi selepas pelukan dileraikan. Pipi taehyung disentuh. Terkebil kebil mata taehyung memandang anak mata gadis itu
" Irene ? " Irene mengangguk dengan mata berkaca
" Yes tae this is me " Tangan taehyung naik memegang kedua pipi irene
" Irene sayang.. " Sekali lagi irene mengangguk. Taehyung lantas menarik tubuh irene kedalam dakapannya.
" Irene bogoshippeo. Jeongmal. " Ujar taehyung. Air matanya tidak dapat dibendung lagi, mengalir deras dipipi.
Jimin yang berdiri didapur senyap senyap menangkap gambar irene dengan taenyung yang sedang berpelukan itu. Dia tersenyum senget memandang camera nya.
Ada gambar yang berpelukan dan ada juga gambar taehyung mencium dahi dan pipi gadis itu. Dan yang membuatkan jimin tersenyum suka. Gambar taehyung mencium bibir irene.
Terbit satu idea di otak jimin. Dia mendekati kedua pasangan itu.
Jimin berdehem. Lantas kepala irene dan taehyung dikalihkan memandangnya.
" Aku nak phone aku boleh? " Soal jimin, sambil menghulurkan tangannya. Taehyung menyeluk poket seluarnya. Irene tersenyum memandang jimin. Jimin mengenyitkan matanya.
Taehyung menyerahkan telefon itu kepada jimin
" Okaylah aku taknak kacau korang berdua. Aku nak keluar kejap " Ujar jimin. Irene dan taehyung mengangguk
Jimin keluar dari rumah. Nombor seseorang didail.
" Hello. Jungkook! Aku nak jumpa kau kejap. Aku ada tugas baru nak bagi kau " Ucap jimin sebaik panggilan bersambung.
**
A/N : Konflik bakal bermula! apakah rancangan jimin? Nantikan di chapter yang seterusnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Same Face || kth
FanfictionOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...
![[OG] Same Face || kth](https://img.wattpad.com/cover/162613321-64-k468971.jpg)