" Tae? Kau dekat mana ni, aku nak jumpa kau kejap boleh. Ada hal penting aku nak sampaikan " Ujar suara ditalian.
" Aku sakit lah chim. Lain kali je lah. Lagipun aku tahu bukannya penting sangat yang kau nak cakap tu " Lemah suara taehyung menjawab
" Apa hal dengan kau ni tae, asal aku nak ajak jumpa ada je alasan kau! Kau dah lupa ke aku ni siapa? Aku kawan baik kau tae ! Aku tahu kau sekarang dah ada kawan baru dan lupakan aku. Tapi tak boleh ke kau jumpa aku kejap je! " Naik seoktaf suara jimin ditalian. Bengang dengan sikap taehyung.
" Kau dah kenapa jimin! Aku cakap aku sakit kan?. Takkan kau tak faham "
" Alasan kau je tu. Sakit tapi kalau perempuan sial tu ajak keluar hilang terus sakit kau "
" Park jimin! Jaga sikit mulut kau. Dia awek aku kau takde hak kutuk dia macam tu "
" Dah lah! Kau betul betul dah berubah tae, sanggup kau buat macam ni dekat aku. Tak apa lah. Kau tunggu apa akan jadi nanti " Ujar jimin sebelum talian diputuskan oleh jimin
Taehyung geram lalu mencampak telefonnya ke atas lantai. Hancur berderai telefon tersebut. Eunbi hanya mampu ternganga dihadapannya tae mencampak telefon itu.
" Kenapa ni, ada masalah apa. Cuba cerita dengan aku " Ujar eunbi lembut cuba memujuk taehyung.
" Jimin. Kawan aku nak jumpa aku. Aku mana larat nak jumpa dia sekarang aku dah lah masih pening. Dia masih tak faham " Kata taehyung geram. Tangannya meraup kasar rambutnya kebelakang
" Sabarlah, jangan emosi "
" Macam mana aku tak emosi kalau dia kutuk kau " Tergamam eunbi mendengar
" Dia kutuk apa? "
" Tak payah nak tahu, buat sakit hati je "
" Dia rindukan kau kot sebab tu ajak jumpa. Lagipun kau dah lama tak balik sana kan? " Taehyung diam. Eunbi mengeluh kecil.
" Kau dengan dia kan kawan? Mana boleh gaduh macam ni. Cuba call balik minta maaf, cakap elok elok. Manatahu dia faham "
" Tak, dia tu degil. Sekali dia cakap dia nak ditunaikan. dia nak aku jumpa dia kan, mesti dengan cara jumpa je dia akan
maafkan aku "
" So balik je lah jumpa dia sekejap. Jangan gaduh pulak. "
" Taknak lah aku malas " Taehyung cuba untuk baring dipaha eunbi. Namun berjaya ditahan oleh gadis itu
" Kau nak aku sayangkan kau kan? baik kau pergi "
" Tsk ugut nampak? " Kata taehyung dengan sebelah kening dijengketkan
" Memang "
" Baiklah aku pergi, tapi awas kalau aku balik sini nanti aku tagih sesuatu dari kau "
" Ye kim taehyung "
" Tapi aku mana larat bawa motor, kang aku accident macam mana "
" Alaa sayang grab kan ada-opps" Eunbi menekup mulut saat sedar dia terlepas cakap
" Apa dia aku tak dengar, cuba ulang balik " kata taehyung sambil tersenyum suka plus nakal
" aku.. ah.. aku kata grab kan ada " taehyung mendekatkan wajahnya dengan eunbi.
" Kau ada sebut sayang kan tadi " Berderau darah eunbi serta nafasnya tersekat sekat mendengar suara garau taehyung yang menggoda berbisik ditelinga nya tadi.
" ish manaada dah lah pergi cepat! " Eunbi menarik tangan taehyung lalu menolak tubuh taehyung supaya keluar dari rumahnya itu
" yelah tapi aku balik sini nanti siap sedia lah kau "
" Yeye. Aku dah tempah kejap lagi grab sampai. Pergilah tunggu dekat luar sana " Halau eunbi sambil bercekak pinggang ditengah tengah pintu
" ish sejuk lah. Bagi lah aku tunggu dekat dalam "
" Alamak lupa, jap aku nak ambil jacket " Eunbi berlari anak menaiki tangga ke arah biliknya
" Sayang! Cepat sikit grab dah sampai ni " Jerit taehyung. Kemudian memberi isyarat kepada driver grab itu untuk menunggu sebentar. Dia berdiri membelakangkan pintu
" Nah pakai ni. " Taehyung tersentak dengan kemunculan eunbi secara tiba tiba dibelakangnya.
" Gumawo. Aku pergi dulu, bye "
" Nae, hati hat- " Eunbi terkedu saat taehyung mencium dahinya sekilas
Taehyung selamba berjalan ke arah pagar sambil memakai jacket warna hitam yang diberikan oleh eunbi tadi. Eunbi tersenyum lalu memegang dahinya.
Kepalanya digelengkan saat kereta yang dinaiki taehyung sudah pun hilang dari pandangannya. Dia kemudian masuk kedalam rumah.
Baru sahaja eunbi ingin menaiki anak tangga bunyi loceng mengerutkan dahinya
" Hmm mesti dia tertinggal sesuatu ni " Gumam eunbi perlahan dengan cepat dia berlari anak ke arah pintu.
Pintu utama dipulas dan dibuka luas
" Kau tertinggal- " eunbi tidak dapat meneruskan ucapannya saat melihat gerangan orang itu bukan taehyung
" Ya cari siapa? " Soal eunbi, lelaki itu seakan terpaku.
" Patutlah taehyung cakap haritu yang gadis ni irene, muka mirip sangat " Desis hati jimin.
" Taehyung mana ? Dia cakap dia sakit kan? Mana. " Soal jimin lalu masuk kedalam rumah tanpa dipinta
" Awak mesti jimin kan? Taehyung baru je pergi. Dia nak kerumah awak lah tu " Ujar eunbi lalu tersenyum manis kepada jimin. Jimin mencebik
" Kau mesti eunbi kan? " Soalnya. Eunbi angguk tanda iya
" Kau sedar tak kau sebenarnya cuma dipermainkan oleh taehyung? " Ujar jimin. Eunbi mengerutkan kening
" Maksud awak apa? "
" Kau sebenarnya cuma pengganti irene, disebabkan wajah kau serupa dengan irene taehyung cuba dekati kau. gadis yang taehyung paling cintai ialah irene dan bukan kau! "
" Kau semata mata pelepas rindunya sahaja pada irene. Dia bukannya betul betul cintakan kau! " Terkedu eunbi mendengar pengakuan dari jimin. Hatinya berasa sakit mengetahui hal yang sebenar.
" Lebih baik kau jauhkan diri dari taehyung. Aku bukan apa. Aku cuma taknak kau berharap sangat dan akan kecewa nanti "
" Irene akan balik seoul tak lama lagi dan taehyung pasti akan tinggalkan kau "
" And one more thing, jangan bagitahu taehyung kalau aku yang bagitahu kau semua ni. Kau perempuan yang baik kan? Kau mesti taknak rosakkan persahabatan kami, keep it secret dear. Only you and me know about it " Pesan jimin sebelum beredar.
Eunbi menutup pintu rumahnya perlahan. Lalu jatuh terduduk disitu, air matanya deras mengalir dipipi. Kata kata jimin tadi sungguh menusuk kedalam jantungnya.
" Aku ingat kau ikhlas cintakan aku rupanya ada sebab! Kau jahat! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau lepastu kau akan tinggalkan aku nanti. Kau jahat kim taehyung! " jerit eunbi lalu menangis sambil memeluk lututnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Same Face || kth
FanfictionOld title : The riders fall in love to the wrong person Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat. Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...
![[OG] Same Face || kth](https://img.wattpad.com/cover/162613321-64-k468971.jpg)