Old title : The riders fall in love to the wrong person
Taehyung dan irene adalah pasangan kekasih paling terkenal di daegu, disebabkan mereka berdua adalah pelumba motor yang hebat.
Satu hari irene telah dipaksa oleh orang tua nya untuk berpindah k...
Jari jemari kwon eunbi menari diatas permukaan telefon pintarnya. Diberikan sepenuhnya perhatian terhadap telefon itu. Dia bersandar pada kepala katil dengan kaki ditutupi selimut tebalnya yang berwarna merah jambu itu.
Tiba tiba dia terdengar bunyi. Bunyi yang agak sedikit kuat. Matanya berkerut memandang ke arah jendela biliknya yang ditutupi langsir. kerana bunyi itu datang dari arah jendela tersebut.
Agak lama dia memandang langsir itu. Dengan dadanya yang turun naik kerana perasaan gementar. Atau lebih kepada takut.
Klik
Kedengaran seperti slidingwindow nya dibuka. Eunbi bersedia untuk melompat dari atas katil ke arah pintu.
Dadanya semakin berombak saat langsir tersebut seakan diselak dari luar. Tiba tiba satu kepala dijengulkan masuk melepasi langsir tersebut.
" arrrghh!! " Eunbi menjerit ketakutan.
" Hei ni aku lah " Eunbi berhenti menjerit saat mendengar satu suara yang sangat dikenalinya. Lantas kepala ditolehkan memandang jendelanya
" Kim taehyung ! " Taehyung tayangkan senyuman lalu melompat masuk kedalam bilik eunbi.
" Apa kau buat deka-- "
Tok tok tok
" Noona buka pintu ni, Noona kenapa ni ? " cemas sahaja suara hoshi diluar bertanya. Eunbi menelan liur perit manakala taehyung dengan selamba baring diatas katil eunbi
" Tak ada apa apa. Lipas. Ha ye ada lipas tadi takpe noona dah bunuh " Kata eunbi sambil matanya tajam mencerlung kearah taehyung yang pura pura tidur itu.
" Ish ingatkan apa lah tadi " Ujar hoshi dari luar. Setelah itu kedengaran pintu bilik sebelah tertutup. Bermakna hoshi sudah pun masuk kedalam biliknya
" Yah! Kau buat apa dekat sini " Tanya eunbi geram. Suaranya perlahan namun kedengaran kasar.
" Aku rindu kau jadi aku datang lah " spontan dia mengiring dan menongkat kepalanya menggunakan sebelah tangan. Sebelah keningnya dijungkit berkali kali berserta senyuman nakal dibibir
Eunbi berasa menyampah. Dipandang taehyung dengan pandangan menjengkelkan.
" Takkan sampai nak masuk melalui tingkap aku "
" Habis tu kau nak aku masuk melalui pintu depan dan tekan loceng. Kau nak budak harimau sebelah bilik ni tahu ke ? " Terdiam eunbi sejenak. Taehyung kembali merehatkan kepalanya diatas tilam empuk itu
Eunbi yang sedang duduk diatas katil itu lantas berdiri.
" Kau nak kemana? Sinilah teman aku tidur dekat sini " Ujar taehyung nada manja. Eunbi menjeling taehyung sekilas
" Aku nak kau balik sekarang " Kata eunbi sambil berpeluk tubuh dihadapan katil itu
" Taknak aku nak tidur sini " Membulat mata eunbi, giginya diketap menahan amarah. Lagi bertambah marahnya saat taehyung masuk kedalam selimutnya dan acah acah sudah nyenyak dibuai mimpi siap berdengkur
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gadis itu tahu bahawa taehyung sedang berpura pura.
" Bangun. Atau kau nak aku jerit dan tuduh kau nak perkosa aku "
" Tsk! Takde istilah boyfriend perkosa girlfriend dia sendiri. Paling pun si girlfriend suka kena perkosa " kata taehyung dengan mata masih terpejam. Merah padam muka eunbi mendengar taehyung berkata sedemikian. Lantas bantal diambil dan dihempasnya berkali kali kearah taehyung.
Mengadu kesakitan taehyung dibuatnya
" Aduh stop eunbi atau aku betul betul rogol kau dekat sini " Spontan tangan eunbi berhenti dari terus memukul taehyung. Bantal itu dipeluk dan berlalu ke jendela.
Ugut sikit dah takut siap merajuk lagi tu.
Taehyung tersenyum sinis. Dari berbaring dia lantas bertiarap. Kedua sikunya dilekapkan pada permukaan tilam itu. Dagunya direhatkan dikedua telapak tangannya.
" Sayangg.. look at me " Lantas eunbi menoleh. Terbit senyuman dibibir eunbi membuatkan taehyung terkedu.
Itulah kali pertama dia lihat eunbi tersenyum kepadanya.
Eunbi seakan sedar, senyumannya terus mati. Dia berdehem seketika menghilangkan rasa gelisahnya. Dia kembali memandang keluar jendela, bintang bintang berkelipan dilangit. Serta bulan yang menerangi malam hari.
Taehyung tersenyum nipis lalu bangun dari atas katil. Langkah perlahan diatur menghampiri gadis itu.
" Tengok apa ? " Soal taehyung saat berdiri dibelakang eunbi, terjungkit bahu gadis itu dek kerana terkejut.
Taehyung menyelak langsir itu dan berdiri disamping eunbi. Kedua duanya fokus memandang ke arah langit.
" Kau pasti nak tahu macam mana aku naik sini kan? " Soal taehyung tanpa memandang eunbi. Anggukan laju dari eunbi buat dia tersenyum nipis
" Pandang bawah " Seraya itu eunbi memandang kebawah. Dia terkejut melihat tangga yang panjang itu.
" Mana awak curi tangga tu? " Soal eunbi buatkan taehyung julingkan matanya ke atas
" Bukan curi, tapi pinjam dekat jiran aku. Awalnya dia taknak bagi aku, tapi aku acah je nak baiki atap rumah aku. Kononnya atap dekat bilik aku tu berlubang. Rasanya dia kesian dekat aku so dia pinjamkan lah " Eunbi menggeleng tanda tidak percaya. Tersengih taehyung seperti kerang busuk
" Youknow eunbi? Aku tak boleh tahan perasaan rindu aku dekat kau. Padahal baru je aku balik dari sini kan, terus rindu kau. Firstly aku hiraukan sahaja dan mandi, tapi lama lama sampai lah aku tak tahan aku datang sini juga. Sampaikan buat kerja yang tak masuk akal. Seludup masuk bilik orang " Kedengaran tawa dihujung bicara taehyung. Eunbi baru tersedar yang taehyung lengkap berpakaian baju tidur. Siap dengan penutup matanya yang dilekapkan didahi
" Ada ada je lah kau ni taehyung "
" Aku tahu kau still tak ada perasaan cinta mahupun sayang dekat aku. Tapi aku janji aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku sampaikan kau takkan mampu hidup tanpa aku " Kata taehyung lalu tersenyum manis memandang eunbi. Eunbi meneguk air liurnya payah
Kata kata taehyung menyentuh hatinya sedikit demi sedikit
Taehyung memegang kedua bahu eunbi membuatkan gadis itu menghadapnya. Taehyung lantas mendaratkan bibirnya didahi gadis itu. Tergaman eunbi dengan perlakuan taehyung.
" Selamat malam. Mimpi yang indah. Tak pun mimpikan aku" kata taenyung lalu tersenyum manis, dipandang sedalam dalamnya anak mata eunbi.