April
Sebelum Bermula Pertarungan antara Glaive dan Shiro.
Setelah menanam mayat2 askar yang telah mati itu,April terkejut lantas ketakutan apabila melihat sesosok bayang yang memunculkan diri itu.
Glaive yang bertanyakan soalan itu lalu melihat April.Shiro sedar akan April yang berada disisinya lalu berkata:"April,kau muka macam ketakutan je.Kalau camtu baik kau lari atau nyorok kat mane2 rumah dulu,nanti aku panggil kau.",kata Shiro sambil mengusap kepala April yang mengalamun akibat ketakutan melihat Glaive The Magician.
April yang tersedar apabila merasakan usapan di kepala oleh Shiro dengan pantas menyorok di antara rumah yang berada di desa Erangel.April dapat melihat dengan jelas akan Shiro yang berbual2 dengan Glaive.
"Tak sangka keluarga kerajaan sanggup menghantar salah satu dari General Perang semata-mata untuk membasmi kami yang berada disini!",Bentak kata hati April sambil melihat dan memerhatikan Glaive dan askar2 yang berada dibelakangnya.
*5 minit setelah itu*
April terkejut apabila Shiro hanya menggunakan penyodok tanah untuk melawan 20 orang askar itu.
April melihat Shiro dengan mudah mengelak setiap serangan yang dilakukan oleh 20 orang askar yang dikatakan sasa dan terkenal dengan julukan askar elite Glaive.Namun April begitu kagum akan kepantasan dan ketangkasan Shiro mengelak disetiap serangan askar itu yang diibaratkan sebuah tarian.
April melihat pergerakan Shiro terhenti seketika di tengah-tengah askar-askar lalu sekelip mata.
T
ing!!!!
Cak! 20x
April bagai tak percaya akan apa yang dilihatnya.Tidak sampai beberapa detik,kesemua pedang askar2 itu patah terbelah dua dan hanya menggunakan penyodok tanah sahaja untuk membelah pedang2 askar itu!
Lalu Glaive mengarahkan askar2 untuk berundur dan membiarkannya untuk melawan Shiro seorang diri.
April yang melihat Shiro dengan keadaan kagum dan terkejut apabila melihat Shiro mengambil sebilah pisau belati.Lalu Shiro mengajukan pisau itu ke arah Glaive sebagai tanda mencabar Glaive untuk melawannya.
April yang tengah kagum melihat perlawanan antara Glaive dan Shiro itu dikejutkan oleh PakCiknya,Ralf yang menyentuh bahunya lalu menutup mulutnya.April hampir terjerit akan perbuatannya pakciknya yang mengejutkannya.
"Terkejut setengah mati dibuatnyer!Apa yang pakcik buat kat sini?April ingat pakcik bersama penduduk desa yang lain dan mengetuai mereka.",Bisik April kepada pakciknya,Ralf.
"Asalnye pakcik nak saja lari dan membina sebuah perkampungan baru,tapi terdapat beberapa orang desa yang tersisa seramai 15-20 orang mahu membantu Shiro.Pakcik tidak mampu melihat orang asing yang berjuang untuk mempertahankan desa ini,itu yang ramai orang desa yang sanggup berkorban dan datang kesini untuk menolong Shiro.Sekarang mereka tengah menyorok di antara rumah2 di tepi desa.",Terang pakcik Ralf sambil melihat perlawanan Shiro dan Glaive The Magician.
"Nampaknyer Shiro seperti tidak memerlukan bantuan kita.Kekuatan Shiro betul2 di tahap yang berbeza di bandingkan dengan Glaive.",Terang lagi Pakcik Ralf sambil menunjukkan perlawanan Shiro dan Glaive.
April hanya mengenggam tangan sambil berharapkan kejayaan Shiro menumpaskan Glaive
........................................................................
Setelah Shiro berjaya mengalahkan Glaive...
Kesemua penduduk desa serta April dan Pakciknya, Ralf terkejut melihat Shiro yang berjaya menumpaskan Glaive dengan sekelip mata saje.
"Hoiii April!!!keluarrr!!!!Semua selamat sekarang!",Jerit Shiro yang memanggil April untuk meminta pertolongan.
"yaaa!!",Balas April sambil keluar dari tempat persembunyiannya serta beberapa penduduk yang lain.
April berlari ke arah Shiro lalu memeluk Shiro erat sambil menitikkan air mata.
"Err April?Aduii kan aku dah kate tadi jangan risau.Aku mesti menang punyer.Sediakan ubat-ubatan serta tempat tidur.Ubatkan Glaive dan jangan biarkan dia mati.Ada sesuatu bende yang nak saya lakukan dengannya.",Minta Shiro sambil sambil tersenyum dan mengusap belakang kepala April serta mengendong Glaive yang pengsan akibat cedera di kepalanye.
"Baiklah.Mari sini ke rumah saya",Jawab April sambil menunjukkan jalan ke arah rumahnya.
Bersambung......
YOU ARE READING
Astandia: Dunia Magik Dan Keabadian
FantasíaBerkisah seorang pemuda(21thun) yang asalnya seorang otaku dan chunibyo(orang yg berangan ada kuasa) dan akhirnya mati dilanggar kereta dalam satu kemalangan. Apa yang terjadi setelah itu?....sebuah pengembaraan pun bermula!