Berkisah seorang pemuda(21thun) yang asalnya seorang otaku dan chunibyo(orang yg berangan ada kuasa) dan akhirnya mati dilanggar kereta dalam satu kemalangan.
Apa yang terjadi setelah itu?....sebuah pengembaraan pun bermula!
Sang Puteri serta ketua pengawal diraja berjaya berlarikan diri ke sebuah bandar besar yang bernama Volius, yang diduduki oleh kebanyakan penduduk biasa serta terkenalnya sebagai sebuah bandar Emas kerana akan kekayaannya dengan hasil dagangan diantara para pedagang.
Keesokan harinya...
Penduduk di bandar Volius dikejutkan dengan berita pergulingan kerajaan dimana Perdana menteri serta General Perang,Mikael mengambil alih kerajaan.Kematian Raja Argustus juga antara berita sedih yang disampaikan oleh beberapa askar2 serta beberapa penduduk.
Puteri yang mendengar akan berita kematian ayahandanya,menyebabkan puteri Erika pengsan untuk seketika.
Apabila Puteri Erika sedar dari pengsannya...
"Tuan Puteri tak apa-apa?",Tanya ketua pengawal diraja sambil menyediakan sebuah beg barang keperluan.
"Uh saya ok.Kita dimana sekarang?",tanya Puteri Erika sambil bangun dari tempat tidurnya.
"Kita dihujung Bandar Volius sekarang.Kita akan cuba mendapatkan pertolongan dari negara jiran untuk merampas semula negara kita",Terang ketua pengawal diraja itu sambil memegang tangan Puteri Erika.
"Kita akan melalui desa Erangel lalu melepasi The Wall untuk melarikan diri ke negara jiran",Terang lagi Ketua pengawal diraja melihat kearah pintu takut ada yang mengecam identiti mereka.
"Kalau begitu,bila kita akan bertolak?",Tanya Puteri Erika lagi.
"Kita akan bertolak pada waktu subuh pada waktu subuh,dimana tidak banyak pengawal yang akan berjaga pada waktu itu",Balas Ketua pengawal itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pada waktu subuh itu,Ketua pengawal diraja serta puteri meneruskan perjalanannya ke desa Erangel dengan menaiki kuda.
Ketika dalam perjalanan menuju ke desa Erangel,ketua pengawal diraja serta Puteri Erika dikejutkan dengan serangan mengejut diantara semak2 berdekatan dengan desa Erangel.Sang Puteri dan ketua pengawal diraja diserang oleh sekumpulan tentera upahan yang dibayar untuk menangkap atau membunuh Puteri Astandia.
Tidak mampu melawan askar-askar upahan yang begitu ramai serta handal dalam bertarung,ketua pengawal diraja yang berada dalam kecederaan teruk untuk melindungi Puteri Erika mati akibat ditikam oleh Ketua askar upahan itu.
Dalam keputusasaan itu,puteri Erika menjerit sekuat hati sambil memegang ketua pengawal diraja yang telah mati itu.
Toloooooonggggg sesiaaapaaaa!!!!
"Hahahaha!Tiada siapa yang dapat menolong kau di tengah2 hutan ini!hahahaha",Gelak jahat oleh ketua askar upahan diikuti oleh beberapa askar upahan yang lain.
Ketua askar upahan itu mula mendekati Puteri Erika selangkah demi selangkah.Ketua askar upahan yang berdiri tepat dihadapan puteri Erika sambil mengangkat pedang untuk bunuh puteri Erika.
"Sudah tiba masa untuk engkau berjumpa dan bersama dengan ayah kesayangan kau hahaha!",Kata ketua askar upahan sambil mengangkat pedang ke udara.
Sebelum sempat ketua askar upahan itu melibas pedang ke arah puteri Erika...
Theennngg!!(bunyi pedang berlaga) Cakk!!(bunyi pedang jatuh ke tanah)
Ketua askar upahan terkejut apabilamuncul seorang pemuda berambut putih lalu menahan serangannya ke arah puteri Erika.
Puteri Erika yang memejam mata menunggu akan nasibnya membuka matanya dan melihat seorang pemuda putih berdiri di hadapannya.
"Kau tak apa-apa?",tanya pemuda itu sambil menghulurkan tangan ke arah puteri Erika.
"Tak..saya tak apa-apa",balas puteri Erika sambil memegang tangan pemuda itu dan berdiri.
"Huh kau cukup berani datang kesini bersendirian hanya dengan pisau belati itu sahaja.Kehadiran kau disini hanya menempah maut kau saja hahahaha",Gelak ketua askar upahan itu sambil mengambil pedang yang dihulur oleh pembantunya.
"Yakin sekali ehh?Yang akan mati disini adalah kau semua",Senyum pemuda itu sambil bersedia untuk menyerang.
"Kau tunggu dan diri saja disini.Aku akan habiskan ini secepat mungkin.",Kata pemuda itu kepada puteri Erika sambil tersenyum.
"Huh matilah kau disini!!Kalian serang!!!!!!",Arah ketua askar upahan kepada pengikut-pengikutnya.