Chapter 9: Pemberontakan

30 5 3
                                        

Askar2 elite milik Glaive yang melihat akan kekalahan Glaive menganggap bahawa Glaive telah mati ditangan pemuda itu lantas melarikan diri kembali semula ke istana untuk melaporkan kekalahan Glaive.

........................................................................

"Uhh apa yang terjadi?aku kat mana?",sedar Glaive sambil melihat disekeliling dan menahan sakit dikepala yang masih terasa peritnya.

"Tuan sekarang berada di rumah saya.",Jawab April yang sedang menyediakan air panas untuk Glaive.

Glaive sedar akan gadis itu yang pernah berada disisi Shiro.

"Kenapa kau menyelamatkan aku?Aku patut mati berbanding menahan malu yang sebegini!",Glaive dengan nada suara tinggi berkata kepada April sambil cuba untuk berdiri.

"Ehh tuan jangan paksa diri.Rehat dulu,kecederaan di kepala tuan agak berat.Saya syorkan tuan untuk berehat untuk sehari dua.",Tahan April kepada Glaive yang cuba untuk berdiri dari katilnya.

"Tuan rehatlah dulu dan minumlah air ini.Moga tuan cepat sembuh.",Syor April sambil cuba melangkah keluar dari bilik rehat Glaive.

Namun sebelum sempat April untuk keluar dari bilik itu,tangan April ditahan oleh Glaive.

"Kemana pemuda bernama Shiro itu pergi?",Tanya Glaive kepada April.

"Shiro...dia sedang membantu penduduk desa membangunkan desa ini kembali kepada sedia kala.Dia memberi arahan untuk merawat tuan kerana ingin berbincang sesuatu kepada tuan.",Terang April kepada Glaive.

"Ahhh ok...",balas Glaive sambil kembali berehat semula.

Timbul kehairanan kenapa Shiro menyelamatkan dia namun Glaive merasakan Shiro merupakan seorang yang baik.Namun akan kesakitan dikepalanya,Glaive terus saje berehat dan memejamkan matenye.

........................................................................

Sementara itu...

April berlari mencari Shiro.April lantas memberitahu Shiro akan Glaive yang telah sedar dari pengsannya dan segera ke rumah April di mana Glaive tengah berehat.

Setelah tiba dirumah itu...

Shiro mengetuk daun pintu lalu memasuki bilik rehat Glaive.

Glaive yang sedar akan kehadiran Shiro lalu bangun dan duduk di atas katil sambil menghadap Shiro yang membetulkan kerusi menghadap Glaive lalu duduk.Namun kesunyian tercipta atas kejanggalan.

"Kau sihat pakcik?Masih sakit lagi?",Tanya Shiro bagi memecahkan kesunyian selama beberapa minit itu.

"Jangan tanya soalan bodoh!Apa yang kamu maukan dari orang tua seperti ku?!",Jerkah Glaive sambil cuba meneguk air yang ada di meja ditepi katil.

"Seperti yang pakcik ketahui,desa ini diserang oleh askar2 Astandia atas alasan ada gerakan pemberontak yang ada di desa ini.Akibat serangan itu,ramai penduduk desa yang terkorban terutama sekali ketua desa ini,Frodo,ayah kepada April.Seperti yang terjadi,tiada pemberontak yang berada disini malah penduduk di desa ini tidak pula menentang kepada Kerajaan Astandia malah setia kepada nya.",Terang Shiro sambil menunjukkan gadis yang merawat Glaive adalah April.

Seakan terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh Shiro,Glaive tersandar malah cuba untuk bangkit dari katilnya.Namun di tahan oleh Shiro.

"Jangan halang aku!...Aku harus segera melaporkan kejadian sebenar kepada yang mulia",Kata Glaive sambil cuba menolak Shiro.

"Saya tak rasa itu idea yang baik dengan kecederaan yang pakcik alami sekarang.Saya terlupa untuk memberitahu,saya mendapat maklumat pagi ini bahawa terjadi Kudeta (pemberontakan dan rampasan kuasa) yang diketuai oleh salah satu General dan perdana menteri di istana Astandia.Dan juga salah satu General cuba untuk melawan satu Genaral yang melancarkan kudeta itu namun gagal dan dikatakan dalam keadaan cedera parah",Terang Shiro memberitahu situasinya kepada Glaive.

"Sebentar!,Sudah berapa lama aku pengsan disini?",tanya Glaive sambil memegang tangan Shiro.

"Pakcik pengsan selama 2 hari",Jawab Shiro sambil bangkit dari tempat duduknya.

"Haa!uhh maafkan patik tuanku...aku harus bergegas ke sana dan menyelamatkan yang mulia!",Kata Glaive sambil bangun dan bersiap untuk kembali ke istana.

Bersambung......

Astandia: Dunia Magik Dan KeabadianCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang