BAB 15: Ino

31 2 0
                                    

"Tak sangka kau masih hidup lagi,Ino",Senyum Glaive melihat Ino sambil menghisap rokoknya.

"Glaive! Tak sangka kau masih hidup lagi. Aku dengar rumor bahawa kau telah mati melawan seorang pemuda berambut putih namun ternyata itu semua dongeng sahaja. Hahaha.",Ino ketawa sambil berjalan menuju ke Glaive lalu memeluk Glaive.

"Err sebenarnya,aku memang telah kalah melawan pemuda itu namun pemuda itu sendiri telah merawat aku semula.",Jelas Glaive.

"Yo pak cik, siapa perempuan seksi ni?Isteri muda pakcik ke?",senyum Shiro sambil memerli Glaive.

"Hahaha tak Shiro,dia Ino,salah satu dari General Perang Astandia.",Balas Glaive yang sedikit terbakar atas perli Shiro.

"Ekk kau!!!Apa niat kau sebenarnya dengan mengalahkan Glaive?",Ino dengan pantas mengeluarkan pedang katana miliknya lalu menghunusnya ke arah Shiro.

Shiro yang agak terkejut dengan Ino yang menghunus pedangnya kearah Shiro.

"Err sebenarnya aku tak berniat nak melawan pakcik Glaive namun askar2 Pakcik itu sendiri cuba untuk membunuh aku.Jadi tidak salah untuk aku mempertahankan diri bukan?",Jelas Shiro duduk lalu memakan roti selamba.

Mendengar penjelasan yang diberikan oleh Shiro,Ino menyimpan pedang katananya lalu tunduk ke arah Shiro.

"Maaf kerana menghunuskan pedang kearah kamu dan juga aku berterima kasih kerana tidak membunuh Glaive.",Jelas Ino sambil menunduk meminta maaf kepada Shiro.

Shiro yang merasa bersalah lalu meminta Ino berdiri dan melupakan kejadian itu.

"Umm jadi kalau kau berada disini,mesti ada sesuatu yang terjadi di istana?"Tanya Glaive merasa pelik akan kehadiran Ino di situ.

"Yup sememangnya bende buruk benar benar terjadi.Berlaku kudeta di istana dan pengkhianat disebalik tirai dan antara pengkhianat itu adalah salah satu general perang,Mikael.Aku telah melawan Mikael tapi gagal mengalahkannya dan telah tewas dengan kecederaan yang tak dapat dielakkan.",Jawab Ino sambil memegang kesan kecederaan didadanya dan menundukkan kepalanya.

PAK!!!(Bunyi tumbukan)

"Ughh Mikael!! Aku tak sangka kau sanggup mengkhianati raja  padahal engkaulah yang paling dihormati raja.Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!!",Balas Glaive dengan kemarahan.

"Bertenang,bertenang Glaive.Kematian raja tak dapat dielakkan namun kita akan dapat membalas dendam akan kematian raja.",Shiro cuba menenangkan Glaive yang dilanda kemarahan itu.

"Ino,bagaimana dengan ahli keluarga dan keturunan diraja?mereka selamat selain tuan puteri?bagaimana dengan baginda permaisuri?",Tanya Shiro kepada Ino.

"Saya takut...baginda permaisuri turut mangkat kerana beliau turut cuba melalui terowong rahsia namun di serang oleh askar askar milik perdana menteri. Satu satunya garis keturunan raja yang masih hidup adalah tuan puteri sahaja.",Jelas Ino akan yakin dengan penyelidikannya akan apa yang terjadi terhadap ahli keluarga diraja selepas kudeta.

Selepas mendengar penjelasan Ino,semua yang berada disitu senyap dan berduka akan kematian baginda raja dan permaisuri.

"Kita akan menolong puteri kerajaan ini,dan pewaris takhta yang sah akan mengambil semula takhtanya.Kita takkan sesekali membiarkan kematian baginda raja dan permaisuri sia sia.",Jerit Glaive dan cuba memberi semangat pada orang-orang yang berada disitu.

Setelah itu Glaive memulakan perancangan pengambilan semula istana Astandia namun Shiro tidak ikut akan perancangan itu kerana yakin perancangan Glaive lebih berkesan dari Shiro.

Shiro lantas berjumpa dan bersantai bersama puteri Erika.Puteri Erika pada mulanya sedih akan kematian ayahanda dan bondanya namun telatah dan cerita yang disampaikan oleh Shiro sangat memberansangkan kerana cerita yang diceritakan oleh Shiro lain dari yang lain dan tidak terdapat didalam mana-mana buku di dunia itu. Sifat ingin tahu akan dari mana dan bagaimana Shiro tahu akan cerita itu juga turut membuatkannya tertanya tanya darimana asal usul Shiro.

Puteri Erika telah bertanya beberapa kali akan dari mana asal usul Shiro namun yang didapatkannya adalah,Shiro berasal dari tempat yang sangat jauh.Hanya itu sahaja jawapan yang diberikan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Astandia: Dunia Magik Dan KeabadianWhere stories live. Discover now