Bab 13: Perjalanan

26 4 0
                                    

*Dirumah April*

"Bagaimana tuan puteri melarikan diri dari istana ketika kudeta berlaku?",Tanya Glaive sambil duduk dan meminum teh panas yg dihidangkan oleh April.

"Saya sempat melarikan diri dan ditemani oleh ketua pengawal diraja.Kami melewati terowong rahsia dan menetap sementara di kota Volius.Selepas itu kami bertolak ke istana hitam namun kami di serang hendap oleh askar upahan.Ketua pengawal diraja gagal diselamatkan dan saya diselamatkan oleh...pemuda ini...Shiro.",Jelas Puteri Erika sambil menundingkan jari ke arah Shiro.

"Tapi tuan puteri,kenapa perlu pergi ke istana hitam?Adakah tuan puteri cuba untuk merentas sempadan negara ini?",Tanya Glaive kehairanan.

"Sebenarnya.....ya saya cuba untuk keluar dari sempadan negara...untuk meminta bantuan dari negara jiran...",Jelas Puteri Erika lagi.

"Tapi Tuan puteri...patik tak rasa negara jiran akan membantu kita....mereka hanya berminat untuk memperluaskan kuasa mereka sahaja",Terang Glaive sambil memikirkan akan rancangan tuan puteri yang semestinya gagal.

"Kalau begitu tuan puteri...Siapakah dalang kudeta tempoh hari itu?",Tanya Glaive lagi dengan wajah ingin tahu.

"Ia adalah rancangan perdana menteri Sven serta Salah satu general perang yang paling kuat iaitu Mikael.",Jawab tuan puteri dengan nada sedih tapi marah.

Glaive tersentak akan apa yang disampaikan oleh tuan puteri akan dalang pemberontakan itu.Glaive tidak menyangka Mikael sanggup untuk mengkhianatinya.

Dengan rasa ketidak puas hatian,Glaive bersiap semula barang2 untuk kembali ke istana lalu cuba merampas kembali istana.Namun tindakan itu dihalang oleh Puteri Erika.

"Glaive,Jangan!!Saya tau dan faham akan perasaan kamu tapi kau kene ingat....kita sekarang kene melawan seluruh kerajaan.Saya tak ingin kehilangan kau,Glaive.Kau lah satu2 orang yang bisa aku percayai buat masa sekarang!",Puteri Erika memeluk  Glaive sambil cuba untuk menghalang Glaive.

"Kau takkan selamat untuk menentang Mikael.Kau hanya seorang  saje!",Balas lagi puteri Erika dalam keadaan sedih.

"Hmm...panjang lak drama ni dibuatnyer dorang",Bisik hati Shiro sambil bersiap-siap barang untuk mengikuti Glaive.

"Kalau begitu,aku akan temankan Glaive dan mengambil semula kerajaan kamu,Tuan puteri Erika.",Jawab Shiro yang menghentikan drama yang dilakukan tidak sengaja oleh Glaive dan puteri Erika.

Mendengar kata itu,Glaive terus membisik kepada Shiro.

"Shiro....kau tau kan kau takkan selamat kalau ikut bersama aku untuk ambil semula kerajaan ni?",Bisik Glaive menyedarkan Shiro akan bahaya yang akan dihadapinya.

"Nak tau rahsia tak Glaive?Aku takkan boleh mati",Balas Shiro sambil membisik kepada Glaive.

"huh?Aku tak main2 ni.Jangan kata aku tak kasi amaran pula.",Jerkah Glaive seperti ayah yang memarahi anaknya.

"Pakcik...betul saya mmng takkan mati.",Terang lagi Shiro sambil cuba menahan Glaive yg sedikit marah.

"Errr Ok kalau begitu",Balas ringkas Glaive lagi.

........................................................................

Shiro dan Glaive pun bersiap untuk pergi ke istana besar Astandia untuk merebut semula kuasa.

*waktu awal pagi semasa Shiro dan Glaive hendak bertolak ke istana besar Astandia*

"April.Tolong jaga Tuan puteri dengan baik.Jangan benarkan sesiapa mengetahui identiti tuan puteri.",Pesan Glaive kepada April.

"Ok Pakcik Glaive.",Balas ringkas April.

"Tuan puteri juga jaga diri.Kami akan merebut semula kerajaan.",Pesan Glaive kepada Puteri Erika.

"Ok.Moga kau kembali dalam keadaan selamat,Glaive. ",Angguk sedikit puteri Erika sambil membalas pesan Glaive.

Senyum Glaive sambil memeluk Puteri Erika sebelum bertolak ke Istana besar Astandia.

"April...Jaga diri baik2 dan ketuailah kampung ini dengan baik dan bijaksana.Aku akan kembali apabila selesai dengan "urusan" di istana.",Pesan Shiro kepada April sambil memeluk April rapat.

Lalu Shiro dan Glaive bertolak ke istana besar Astandia.

BERSAMBUNG......

Astandia: Dunia Magik Dan KeabadianWhere stories live. Discover now