Chapter 3: Erangel

41 4 0
                                    

Shiro pada mulanya tidak tertarik akan kisah remaja tersebut namun apabila remaja tersebut menceritakan pasal magik dan naga sebagainyer,dengan perasaan ingin tahu Shiro terus memujuk remaja itu untuk membawa dia ke perkampungan remaja itu walaupun ditolak keras oleh remaja itu.

"April boleh tak tolong bawakkan aku ke perkampungan kau?",Tanya Shiro.

"Dah lama hidup?ke nak mati cepat?takdenyer nak gi sana,aku susah2 lari dari sana ko lak nak aku bawak ke sana lagi.Sorry to say lah",jawab April tanpa fikir dua kali.

"Tolong la bawak i ke sana,bukannya nak serah diri pun",jelas Shiro.

"Takkkk boooolehhh,kau nak aku mati ke??!takk nakkk!!!"balas April sambil menjeling tajam kat Shiro.

"April tolonglah plsssss bawak i ke kampung kau,April,bawak je,nanti tau2 lah aku survive kat sana",Pujuk Shiro lagi.

"ahhh yela aku tunjuk jalan je,nampak je kampung aku,kau jalan la ke sana sendiri",balas April sambil tertanya2 kenapa Shiro mau pergi ke kampungnya.

........................................................................

Selepas 4 Jam perjalanan melewati bukit dan hutan2,Shiro dan April melihat akan sebuah desa yang masih ada sisa terbakar akibat perang.

"Dengan ni kau seorang diri,aku nak lari dulu,cari tempat sembunyi.",terang April sambil tangan terketar melihat perkampungannya terbakar.

"Ehh takdenyer,ko ikut aku dulu.Kang pape aku tak dapat tolong kau lak,aku nampak ade anjing tentera yang melintas tadi.Baik kau ikut aku je.",jelas Shiro sambil berhati2 melihat sekeliling.

"Pulak aduiii ye la,klau kantoi memang aku bunuh kau dulu", -_- April buat muka bengis.

"Nak mati pun jngan la ajak aku sekali,bertuah punyer jantan",April berkata dlm hati.

Shiro melihat ada sepasukan askar yang masih mengeledah rumah2 penduduk dan membawa mereka keluar dan mengumpulkan mereka disatu tempat lapang di luar pintu perkampungan itu.Shiro tanpa berfikir panjang mengambil pedang yang digunakan oleh pengawal yang mati ketika mempertahankan desa itu lalu menikam dan menutup mulut askar yang lalai satu persatu.Shiro telah mengarahkan April untuk menyorok ditempat yang selamat.

Dengan ketangkasan dan kelajuan serta deria yang ada pada shiro,hampir satu pasukan berjaya dibunuh oleh Shiro.

Shiro berjaya membunuh sekitar 10 askar itu namun tertangkap apabila Shiro cuba menyorokkan mayat askar yang dibunuhnya.

Lalu Shiro cuba melarikan diri namun dikepung oleh askar dalam sekitar 45 orang.

"Huh klau setakat ni je ramai,easy peasy je.Teknik larangan:Tebasan 3 saat.",Jerit shiro.

AAAHHHH AHHHHHH AGHHH

MONSTERRR LARIIIIII!!!!!

Namun dengan kekuatan yang Shiro ada,dengan mudah Shiro membunuh askar2 yang mengepung nya dengan sebuah teknik pedang yang dasyat.

Bertempiaran lari askar yang masih hidup dan yang ada di desa itu.

Shiro mengambil pedang yang mirip katana itu lalu membersihkan dan meletakkan dibelakangnya.

"Menyedihkan sungguh askar2 ni,takkan ni je kekuatan dorang.April dah selamat dah,keluarlah",jerit shiro sambil membetulkan pedang dibelakangnya.

Astandia: Dunia Magik Dan KeabadianWhere stories live. Discover now