*Ketika berlaku pemberontakan di Istana Astandia*
Booom!!!!
Thummm!!!Pertarungan diantara 2 General Perang iaitu Mikael dan Ino menyebabkan sebahagian Istana Astandia itu musnah.
"Sanggup engkau mengkhianati raja dan bersekutu bersama dengan Sven!!Engkau lupa jasa yang telah raja beri kepada engkau huh Mikael?!!",Jerit Ino cuba menyakinkan Mikael sambil menyerang Mikael.
"huuhh?Aku selama ini tidak pernah menganggap Argustus sebagai seorang raja bahkan untuk melayaninya.Dia hanya memberi sedikit hadiah sedangkan kekuatan aku ini cukup untuk menguasai seluruh kerajaan Astandia!!!",Balas Mikael sambil melawan balik serangan Ino.
"Aku sudah muak mendengar perintah2 yang diberikan oleh raja dan aku dah muak dengar kau yang asyik berceramah kepada aku setiap hari untuk benda yang sama!!!Sudah tiba masanya aku mengakhiri perlawanan ini!!!Teknik Mutlak:Serangan satu libasan!",Balas lagi Mikael sambil menuju ke arah Ino dengan kelajuan yang sangat pantas.
Lalu...
Seeennnnggg!
Teng!Teng!Teng!Teng!(cebisan pedang jatuh ketanah)
Pak!!(Ino jatuh melutut)Setengah pedang Ino pantas lalu jatuh ke tanah manakala Ino melutut apabila libasan yang teramat pantas itu mengenainya bahagian perutnya.
Dalam kecederaan yang parah itu,Ino terkejut apabila askar-askarnya melindungi.
"Cik Ino!!(pempuan ehh,jngan disangka laki lak)mundur la dahulu!Kami akan cuba melambatkan General Mikael.",Kata askar-askar Ino sambil terdapat beberapa askar yang sedang melawan dengan Mikael.
"Jangan jadi bodoh!!!Kalian semua akan mati kalau terus melawan Mikael!!Lari dari sini cepatt!!",Bentak Ino sambil memegang pedangnya walaupun telah patah dua.
"Jangan risau Cik Muda...kami mungkin akan terkorban disini,namun sekurang-kurangnya inilah yang dapat kami lakukan untuk Cik muda.Moga kami dapat bertemu dengan cik muda lagi",kata Ali,ketua skuad milik Ino yang dekat dengan Ino sendiri.
Tanpa mempunyai pilihan,Ino terus melarikan diri meninggalkan skuad miliknya melawan Mikael sambil menangis akan mengetahui akan nasib skuadnya.
........................................................................
Puteri Mahkota
"Tuan puteri patut larikan diri secepat mungkin!Beberapa askar pemberontak sedang cuba mencari lokasi tuan puteri!Tuan puteri patut segera bergegas meninggalkan istana ini!!",Arah Ketua Pengawal istana sambil memegang tangan puteri menuju ke laluan rahsia keluar istana.
"Tidaaakkk!!Puteri tidak mau meninggalkan istana tanpa ayahanda!!",Jerit puteri meronta-ronta ketika di paksa dibawa ke laluan rahsia keluar istana itu.
"Tidak boleh puteri!!Yang mulia mengarahkan patik untuk membawa Tuan puteri ke tempat yang selamat.Yang Mulia akan berjumpa dengan tuan puteri apabila keadaan sudah selamat nanti.",Jelas Ketua pengawal istana bagi menenangkan tuan puteri yang makin kuat meronta itu.
........................................................................
Sementara itu...
Askar-askar milik Perdana Menteri mengepung disekeliling Raja Argustus.
"Tak sangka kamu berdua tega untuk melakukan pemberontakan,Perdana Menteri Sven dan General Perang,Mikael.",Kata Raja Argustus sambil duduk disinggah sananya.
"Berani juga duduk tenang sambil berkata begitu ketika senjata2 sedang terhunus ke arah kau?",Balas yakin oleh Perdana Menteri Sven sambil berjalan bersama Mikael.
"Humh!Sepertinya akulah juga yang akan menamatkan riwayat orang tua yang tidak sedar diri ni,slurpp!",Mikael menjilat darah yang ada dipedangnya sambil berjalan mendekati Raja Argustus.
Mikael yang berada betul2 dihadapan lalu menghayun pedangnya tepat ke arah Raja Argustus namun secara tak diduga...
Shrenhkk!!(bunyi tikaman)
Mikael terkejut akan pedang belati yang tepat menikam perutnya.Mikael tersenyum sambil menarik pisau belati dari badannya.Kesan tikaman diperutnya berasap dan seakan akan pulih dengan sendirinya.
Raja Argustus yang melihat akan pulihnya kecederaan tikaman itu cuba menikam Mikael menggunakan pisau belati yang berada di belakangnya namun tangannya telah dipegang oleh Mikael.Dengan perlahan lahan,pisau belati yang dipegang oleh Raja argustus berpusing ke arah Raja Argustus lalu Mikael menekan kearah Raja Argustus perlahan lahan.
Raja Argustus cuba melawan dan menolak tangan Mikael yang memegang tangannya namun tidak berdaya.Lalu...
Shreenkkhh!cakk!
Tikaman yang tepat kearah dada Raja Argustus.Raja Argustus berbisik kepada mikael buat kali terakhir.
"Satu hari nanti...uhhkkhh uhkk..kau akan terima balasan dengan apa yang telah engkau lakukan...",Bisik Raja Argustus dengan perlahan ke telinga Mikael sambil menerima tikaman yang dalam.
ahhhh....(suara menghela nafas yang terakhir)
Raja Argustus menghela nafas yang terakhir selepas sahaja membisik kepada Mikael.
"hump!Mati dengan tenang orang tua!Era kau telah berakhir!Dengan ini era baru bermula!",Jerit Mikael sambil bangun lalu menghunuskan senjatanya ke udara diiringi sorakan askar2 yang ada disitu.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/184799198-288-k452943.jpg)
YOU ARE READING
Astandia: Dunia Magik Dan Keabadian
ФэнтезиBerkisah seorang pemuda(21thun) yang asalnya seorang otaku dan chunibyo(orang yg berangan ada kuasa) dan akhirnya mati dilanggar kereta dalam satu kemalangan. Apa yang terjadi setelah itu?....sebuah pengembaraan pun bermula!