BAB 5

176 13 0
                                    

"Beb, kejaplah!" aduh Maya Maya, nak apa lagi kau ni?

"Apa dia?" soal aku.

"Ada orang kata, gambar dalam ni adalah kau. Betul ke beb?" aku melihat gambar itu untuk kepastian.

Aku agak terkejut, itu adalah gambar sewaktu aku gemuk. Aku adalah pelajar yang baru datang ke sekolah ini semasa tingkatan tiga. Begitu juga dengan Faris, ini kerana sekolah ditutup atas masalah tertentu.

Jadi, banyak rahsia yang aku simpan. Tiada siapapun yang dalam sekolah ni, tahu pasal kisah silam aku.

"Siapa yang hantar gambar ni?" soalku lagi. Siapa lagi yang hendak cari pasal dengan aku? Faris?

"Tak tahulah, tapi ada dekat meja budak kelas kita." balas Maya.

💋💋💋

"Hei, princess Highschool Bunga konon. Cantik sejak azali? Hei, Ayra, cuba berhenti kejap." suara yang tidak berhenti menyindir itu cukup membuatkan aku rasa hilang sabar.

"Kau kenapa?" soalku.

Sara hanya memandang sinis ke arahku. "Kau gemukkan dulu?" soal Sara sambil berpeluk tubuh.

Aku mengeluh berat. Kemudian aku bersuara, "Kau ada bukti?" aku cuba memberanikan diri.

"Hah, satu sekolah dah dapat gambar tu. And dia ada iras-iras kau. Tak cukup lagi ke bukti tu?" balas Sara.

"Its not me. Faham?" balasku, malas mahu gaduh dengan perempuan seperti Sara itu.

"Aku tak faham, dan takkan pernah faham. Hei perempuan, mengaku jelah!" dia menolak kuat bahuku.

Huh, kau terlalu mencabar aku Sara. Tanganku laju saja menyinggah pipinya yang mulus itu.

"Kau memang nak kena!" baru sahaja tangannya laju untuk menamparku, ada seseorang yang menahan.

"Kau kenapa Sara? Bergaduh macam budak-budak!" lelaki itu bersuara.

Aku toleh ke belakang, aduh, apa kau buat dekat sini Faris!

"Perempuan gemuk ni tak sedar diri tau, masuk-masuk je sekolah ni. Terus dapat gelaran princess lah konon."

Kata-kata itu terlalu menusuk hatiku, terus aku berlalu pergi dari situ. Siapalah punya angkara semua ni?!

💋💋💋

Air mata yang mengalir aku kesat. Aku terasa terlalu hina apabila dipanggil perempuan gemuk. Iya, dulu aku gemuk. Tapi sekarang aku dah kurus, siapa lagi yang tak puas hati ni?

"Ayra.." aku terdengar suara yang meleret memanggil namaku. Aku toleh ke belakang, terlihat Faris sedang menuju ke arahku.

"Kau okay tak?" soal Faris.

Aku tidak memandang wajahnya, aku dapat rasakan dia juga ada kena mengena dengan hal ini.

"Ayra.. Bukan aku angkara semua ni. Walaupun aku kenal kau dah lama, aku tak sekejam tu. Lagipun aku tak pernah anggap kau sebagai musuh." jelas Faris.

"Hah, kau ejek aku hari-hari. And kau je yang tahu pasal kisah hidup aku. Dari gemuk jadi kurus. Kau je yang tahu Faris!" apabila aku ingin melangkah pergi, Faris menarik tanganku.

"Can't you tell? What feeling I had for you all this time?" soal Faris.

Hah, perasaan apa pulak dah! Kau ni Faris, banyak main helah!

"You hate me. I'm a chubby to you. I'm a trash to you!" balasku, entah kenapa air mataku mula mengalir apabila terimbas kenangan lalu.

"Aku tak pernah bencikan kau Ayra.. Tak pernah langsung!" suaranya ditinggikan.

"Habis tu apa? Kau suka aku? Dahlah, jangan nak merepek. Jangan ikut aku!" aku mengangkat kaki dan meninggalkan Faris keseorangan di situ.

💋💋💋

"Ayra.. bangun sayang. Dah lambat ni." kejut Datin Farhana.

Aduh, kenapa susah sangat nak bangun ni, kenapa hari ni panas sangat?

"Ayra.. kamu okay tak? Eh, panasnya badan kamu!" badan aku panas atau cuaca yang panas?

"Kamu demam ni, hari ni tak payah sekolah. Nanti mama panggil doktor datang rumah." aduh, aku demam rupanya. Haih.

Aku menarik tangan mama yang baru sahaja hendak bangun.

"I'm okay mama. Nanti eloklah." balasku. Malas betul nak makan ubat segala.

"Ayra.. Nanti menjadi-jadi demamnya."

Aku menggeleng lemah. Nampak yang Datin Farhana sedang mengeluh berat. Tapi, semua kata-kataku selalu ditunaikan.

Datin Farhana mengusap lembut kepalaku sebelum melangkah keluar dari bilik ini.

💋💋💋

Ini dah tengah hari ke apa? Kenapa panas sangat?!

Terdengar seseorang sedang mengetuk pintu. "Masuklah." kataku.

"Ayra kamu.. kenapa berpeluh-peluh ni?" Datin Farhana terus meletakkan belakang tapak tangannya di dahiku.

Tangannya ditarik kembali. "Kamu demam panas ni, dah jangan bagi alasan. Mama suruh uncle Roy sediakan kereta sekarang jugak!" Mama terus berlalu pergi tanpa mendengar jawapan dariku.

Aku dihantar oleh uncle Roy dan mama sehinggalah ke hospital. Tempat yang paling aku benci!

Selepas membuat pendaftaran dan sebagainya, aku terus dimasukkan ke dalam wad.

Lama aku duduk di dalam bilik itu, bosan! Sudahlah masuk air lagi dalam badanku. Seksanya!

"Eh.. Ni lelaki yang dalam gambar dengan Ayra tu kan?" soal Mama. Mataku beralih pada mama, terlihat susuk tubuh lelaki sedang berdiri di hadapan pintu. Siapa pulak tu?

Apabila badan mama beralih sedikit, aku terkejut melihat gerangan itu. Sampai bila kau nak ikut aku Faris!

"Hmm, aunty keluar kejap ya? Kamu jagalah Ayra sementara aunty tak
ada." pesan Datin Farhana.

Faris mengangguk lalu berjalan menuju ke arahku. Cepat-cepat aku beralih pandangan.

"Ayra Ayra.. macam mana boleh demam?" soal Faris. Aku mendiamkan diri sahaja, tidak menjawab soalan itu.

"Ayra.. Ni ada ubat doktor bagi tadi. Makan cepat." aduh, rimasnya dengan mamat ni!

Aku menggeleng laju. Terdengar Faris sedang mengeluh. Argh! Aku tak kesahlah. Janji aku tak makan ubat dahlah!

"Chubby.. Makanlah ubat ni. Susah sangat ke?" tangannya laju menarik badanku menghadapnya.

"Taknaklah, tak faham ke?!" tengking aku.

"Engkau tu ha, dah besar macam badak pun tak reti makan ubat lagi?" balas Faris sambil menunjuk wajah selambanya.

Hah! Kau samakan aku dengan badak? Hangatnya hati ni!

"Dah, cepatlah makan ubat ni wahai Chubby Ayra oi." aduhh, bingitnya telinga!

"Aku menjerit kang!" ugut aku.

"Jeritlah, buat malu kau je menjerit sebab apa? Sebab taknak makan ubat." balas Faris selamba.

Sampai bilalah aku kena menghadap dengan cicak kobeng ni! Suka memaksa!

CHUBBY.. I LOVE YOU! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang