BAB 9

142 7 1
                                    

"Ayra.. bawa bakal suami kamu tu lepas habis sekolah. Ada benda mama nak bincang." - mama

Are you seriously mama? Dah terdesak sangat ke nak kahwinkan aku dengan Faris?

"Uit, Mama nak jumpa kita berdua ke?" tegur Faris di belakang.

Aku terkejut, cepat-cepat aku menyorokkan telefon itu disisiku.

"Tak payah sorok, aku dah nampak semuanya. Aku free je balik sekolah nanti."

"Mama? Don't call my mother like that. She's not even your mother." aku memberinya jelingan maut.

"Bakal.. bakal. Lagi sekali aku ulang, bakal ya Ayra." Ceh, ulang benda yang sama. Fikir aku pekak ke?

"Hei, tolong jangan perasan boleh tak? Salah faham ni kita boleh selesaikan. Kenapa nak jadikan benda ni real? Kau ada perasaan dengan aku? Tak kan?" balasku pula.

"Ayra..."

Panggilnya lembut. Aku fokus memandangnya, menunggu perkataan yang akan dikeluarkan oleh Faris.

"Kenapa?"

"Sini kejap."

Aku mendekatkan diriku. Apa yang mamat ni nak cakap?

"Nak apa?" soalku.

"Ayra..." sebutnya lagi.

"Apa dia?"

Dah kenapalah mamat ni. Cakap jelah. Aduh!

"Chubby.. I love you!" suaranya naik se-oktaf.

"Woi!" tengking aku.

"Itulah perasaan aku dekat kau selama ni. Dan aku memang ikhlas memperisterikan kau. Fuh, lega. Dapat jugak aku luahkan perasaan aku." balas Faris.

Aku terdiam. Aku memandang lelaki itu, dia tengah berlakon ke?

"Tak payah berguraulah Faris."

"Siapa kata aku bergurau? Aku serius. Kalau boleh aku nak kahwin dengan kau tahun ni jugak."

Lagi sekali aku terdiam, wajahku terasa panas. Demam balik ke?

"Kenapa pipi kau.." soal Faris bila ternampak perubahan warna pada pipi ku.

"Shit!" Haa, tak pernah-pernah pipi aku jadi macam ni!

"Woi kau mencarut? bagitau your mama!" ugut Faris.

"Fuck! I mean, Faris... Aku dah penat kena marah. Tak kesian ke?" aku cuba tonjolkan wajah comel azaliku. Huh!

"Tak sayang..." hidungku dicuit perlahan.

Huh, sudah cukup panas untuk bakarkan hati aku sekarang!

"You're not even love me!" tiba-tiba sahaja perkataan itu yang keluar dari mulut.

Faris mendekatkan dirinya. Haih, lagi sekali aku kena mengundur. Aku undur dan terus undur. Ya, akhirnya dinding jadi penghalang.

"Siapa kata?" soal Faris.

Kedua belah tangannya sudah mengepung aku di bahagian tengah.

"Kau yang kata. Kau lupa ke?" soalku bercampur sakit di hati. Masih ingat kata-katanya dahulu.

"Aku kata apa?" soal Faris, dari riak wajah, dia benar-benar ingin tahu. Inilah lelaki, bila dah sakitkan hati orang, senang-senang je dia lupakan.

"Ingat, aku takkan minat orang gemuk macam kau. Itu yang kau kata." balasku, walaupun terasa perit, aku harus mengingatkan lelaki itu.

"Aku..." kata-katanya terhenti.

CHUBBY.. I LOVE YOU! Where stories live. Discover now