BAB 13

198 9 4
                                    

"Mama kata tok Wan sakit?" soalku.

"Ooo bila tok Wan sakit baru nak jumpalah? kalau tak sakit, tak jumpa?" sindir tok Wan.

"Bukan macam tu lah tok Wan, Ayra ni sibuk dengan universiti, mana boleh balik saja–saja. Nanti kena buang tau?" jelasku.

Mungkin tok Wan tidak faham apa erti universiti. Disiplin ketat!

"Habis tu nak tunggu tok Wan mati baru kamu nak jenguk?" sindir tok Wan lagi. Aduh, bernanah telinga ni oi!

"Mak, kenapa cakap macam tu? biasalah budakkan? jom Ayra, bawak Faris pergi meja makan. Mama dah siapkan lauk special untuk korang semua." ujar Mama bahagia.

Bahagia semacam aja?

Sedang kami makan, mama mulakan bicara.

"Mama dah lama perhatikan Faris dan Ayra ni, dari sekolah rendah lagi..."

Faris tersenyum malu. Tangannya mula meramas lembut rambut pendeknya. Dah kenapa pulak macam pondan ni?

"Okay ma, so what's the point?" soalku. Walaupun sebenarnya, aku dah dapat agak.

"Okay first, mama ada hadiah untuk korang."

Aku buat muka pelik. Korang? Faris sekali? Aku melihat mama mengeluarkan satu kotak hitam bersaiz sederhana dan diletakkan di hadapanku.

"Bukalah..." arah mama.

Cepat–cepat aku membukanya, terbeliak mataku bila melihat cahaya yang bersinar di dalam kotak itu. Cincin?!

"Nak... nak buat apa dengan cincin ni ma?" tanyaku gagap.

Faris pula sudah terdiam sambil matanya lupa untuk dikecilkan semula. Terkejut woo!

"Korangkan nak kahwin? so ni cincin pertunangan korang dulu. Mama ingat, lagi sebulan korang dah boleh kahwin kot?"

Faris yang sedang menikmati air limau ais terus tersedak apabila mendengar bicara mama.

"Aunty... uhuk–uhuk!"

Alahai kesian pulak aku tengok kau ni. Aku terus menepuk bahagian belakang Faris.

"Ma, its too early la ma." ujarku.

"Apa yang early nya? korang pun dah nak dapat diploma, lepas tu rehatlah kejap. Kahwin dulu, and kalau rasa nak kerja, mama tak halang. Yang penting, habis diploma, korang kena kahwin." ujar mama sambil tersenyum lebar.

Aku pulak? rasa nak hantuk je kepala dekat dinding, terlajak kata–kata tak boleh diundur!

"Mama actually..."

Kata–kataku terhenti apabila Faris genggam tangan aku.

"Aunty, diploma lagi dua bulan, boleh tak kita tangguhkan dalam dua bulan? lepas tu kami kahwin."

Membulat mata aku mendengar bicara Faris. Kau seriuslah woi?!

"Eh boleh je, aunty tak kesah. Lagipun, hanya kamu je yang layak jadi menantu aunty." balas mama seraya tersenyum.

Ya ampun, selamatkanlah aku! dua–dua orang ni dah tak betul gayanya!

"Okay aunty... Ayra..." panggil Faris.

Aku berpaling memandang Faris. Nak apa lagi ni?

"Pakailah cincin ni. Sempena hari pertunangan kita." ujar Faris tenang.

Dah kata! Faris ni sah gila! Tunang? boleh sakit jiwa woi!

"Errrrr..."

Faris terus mengambil tanganku. Dan dia menyarungkan cincin itu di jari manisku. Lalu dia memberi senyuman palsu pada aku.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 09, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

CHUBBY.. I LOVE YOU! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang