BAB 7

168 10 1
                                    

“Welcome back Ayra!!”

Terdengar sahutan yang agak kuat sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas itu. Aku melihat mereka satu persatu, masing–masing memegang tepung di tangan. Kenapa tepung?

“My lovely Chubby, welcome back..” Faris tersenyum sinis. Gila apa diorang ni?

Tiba aku dicampak tepung tepat pada badanku. Oh, ini niat diorang sebenarnya?

“Woi, tak payahlah!” tengkingku.

Mereka bersuka ria mencampak tepung itu berkali–kali. Tiba–tiba aku ternampak satu plastik tepung di atas meja. Terus aku mencapainya dan menyerang mereka memggunakan tepung.

“Kau nak kena kan?” Faris pula menyerang aku dengan tepung, aku membalas serangan itu. Sambil itu semua tergelak ketawa. Aku pun, tak adalah marah sebenarnya.

“Alamak, tepung habis!” kata Afif. Eh, tepung habis pun nak kecoh?

“Well–well, sesi mengotorkan baju. Ambil tepung warna pulak!” Maya berkomplot sekali. Dia mengambil tepung warna itu lalu dicampak kena pada wajahku.

Eh–eh, nasib baik sekolah orang kaya. Kalau warna tak hilang, aku beli baju barulah nampaknya.

“Dahlah tu korang, mata aku!” aku menjerit sebaik sahaja tepung itu termasuk dalam mataku. Faris datang kepadaku.

“Mana? Sini tengok.” dia memegang wajahku, dan bersedia untuk meniup. Eh kau ni Faris, lebih lebih pula!

“Aku boleh buat sendiri..” aku masih menggosok mataku yang terasa pedih.

“Janganlah digosok lagi, sini aku tengok.” dihentikan tanganku dan membuka sedikit kelopak mataku.

Aku hanya mampu mendiamkan diri, makin lama wajah Faris makin menghampiri wajahku. Aduh, do something lah Ayra!

Lambat laun dia meniup juga ke dalam mataku. Terasa lega sedikit, tetapi saat ini ada yang mengetuk pintu.

“Ayra.. Faris!” jerit seseorang. Aduh, masak kau Ayra!

Aku dan Faris cepat–cepat toleh ke arah suara tersebut. Terlihat cikgu Zainul sedang berdiri sambil bercekak pinggang di luar kelas.

“Pergi ke bilik kaunseling, sekarang!”

Kami berdua mengangguk perlahan, kenapa mulut ni berat sangat nak bersuara?

💋💋💋

“Ayra Faris.. Kesalahan, Kiss? Kamu ingat ni drama korea ke?!” Tengking Cikgu Azman pada kami. Aduh, boleh tercabut telinga!

“Bila masa kami kiss, kami tak kiss lah!” aku pula meninggikan suara.

“Habis tu? Kamu nak cakap cikgu Zainul tu tipu?”

“Cikgu Zainul salah pandanglah cikgu. Saya tengah tiup habuk dekat mata dia time tu.” sampuk Faris. Cikgu Azman menepuk dahinya.

“Kamu tak tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan?” soal cikgu Azman. Kami mengangguk tanda tahu.

“Habis tu?”

“Habis tu three lah. Cikgu, kalau jadi apa–apa dekat mata dia, cikgu nak tanggung ke?” balas Faris.

“Kamu berdua dah melampaui batas.” cikgu Azman tetap tidak mahu mengalah.

“Cikgu just let it past. It just an accident. We're sorry okay?” pujuk aku. Iyalah, kalau nama kami ada dekat rekod disiplin. Hancur masa depan!

“Macam tu cara kamu minta maaf?”

Aku tayangkan senyuman kelat. Habis tu macam lagi nak minta maaf?

“Kamu diden..” belum sempatpun cikgu Azman menghabiskana ayatnya, Faris menyampuk.

“Cikgu, berapa kali nak denda kitorang? Dan lagi satu, kenapa semua mata cikgu pandang kesalahan kami berdua je? Boleh tak sekali tu faham keadaan kami?” luah Faris.

Cikgu Azman terdiam buat seketika. Iyalah, ada betulnya juga apa yang dikatakan Faris itu.

“Baiklah, kali ni kamu berdua selamat. Tapi kalau perkara macam berulang lagi, cikgu akan buat tindakan. Faham?” pesan cikgu Azman.

Kami berdua mengangguk faham dan keluar dari bilik itu. “Aku kiss kau? Cikgu–cikgu ni memang peliklah.” ujar Faris.

“Aku dah kata boleh buat sendiri, kau nak juga tiup mata aku. Kan dah kena padahnya.” balasku.

“Orang dah tolong tu, cuba berterima kasih sikit. Susah sangat ke cik Ayra?” sindir Faris.

“Terima kasih encik Faris!” ucapku kasar dan terus pergi dari situ. Geram melihat wajah dihadapanku, minta penampar!

💋💋💋

“Ayra.. Ayra.. Kau tak sedar ke perasaan aku dekat kau.” ujarnya sambil tersengih sendirian.

“Kau suka Ayra kan?” sampuk Haikal. Sahabatnya yang boleh dikatakan rapat.

“Bi.. Bila masa?” balas Faris tergagap–gagap.

“Sepanjang kau menetap dekat sekolah menengah ni?” Haikal angkat kening, selepas itu bahunya ditolak kuat oleh Faris.

“Kau gila? Bila masa aku suka dia?” dia menengking sahabatnya.

“Sejak azali lagi. Luahkan jelah perasan kau tu dekat Ayra, karang menyesal tak sudah pulak?” balas Haikal.

“Aku tak suka dialah, faham tak?!”

Haikal mengusap telinganya yang menjadi mangsa suara lantang lelaki itu. Bingit!

“Kau ingat aku sorang je ke yang perasan? Kawan–kawan Ayra si Maya tu pun perasanlah.” kata Haikal lagi.

“Ayra dengan aku, kawan je. Tak lebih dari tu.” Balas Faris, dia masih cuba menafikan perasaannya.

“Oi, ada ke perempuan dengan lelaki kawan? Tak ada feeling apa–apa? Tak logiklah. Kau tengah menaruh harapan dekat dia sebab tu lah korang masih kekal kawan.” Ujar Haikal panjang lebar.

“Apa benda lah kau. Aku chaw dulu lah!” Faris terus meninggalkan sahabatnya sendirian di belakang. Haikal sudah menggelengkan kepala melihat tingkah laku sahabatnya.

💋💋💋

Sedang aku berjalan. Aku berselisih dengan Faris, cepat–cepat aku melajukan perjalanan. Tak sampai beberapa saat, ada sekelompok suara yang bersorak.

“Uuuu.. Ayra dengan Faris kiss!! Dulu musuh, sekarang bercinta.. Uuuu!!” aduh, apa lagi diorang ni? Siap buat lagu lagi?

“Hei, diorang dah lama couple lah. Cuma tak bagitahu kita je.” sampuk seorang perempuan.

“Ayra.. Ayra! Kau dengan Faris.. Ni?” dia menunjukkan dua jari telunjuk yang bercantum, aku terus tunjal dahi Maya akibat terlalu bendul!

“Sakitlah!” Maya mengaduh kesakitan.

“Tahupun, kau tak payah percayalah cakap diorang tu. Kalau tak buat gosip tak sah.” beritahu ku.

“Kau tu, untung tau dapat kawan se-handsome Faris tu. Tak reti bersyukur.” balas Maya sambil memusingkan bebola mata ke atas.

Wajahku diraup kasar. Tak reti bersyukur? Perlu ke aku bersyukur terhadap insan bernama Faris ni? Kau ni pun Maya!

CHUBBY.. I LOVE YOU! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang