BAB 8

172 7 1
                                    


"Guys, I think nak buat vacation untuk koranglah. Nak tak?" soal Cikgu Wafa, guru kelas kami yang mengajar bahasa inggeris.

"Setuju cikgu!" sambut semua murid 5 Mutiara.

Aku memandang mereka, semua tersengih sampai ketelinga kecuali aku dan Faris. Kami berdua langsung tidak memberi reaksi apa-apa.

"Eh Ayra dan Faris, taknak join ke?" soal Cikgu Wafa.

"Eh nak je, cikgu buatlah apa pun, saya tetap akan join." balasku. Sambil itu aku mengejutkan Faris dengan lenganku.

"Saya pun, tak ada hal lah. Boleh je join." balas Faris pula.

"Cikgu tak payah tanya diorang berdua, anak Dato tu, memang pergilah ceritanya." sampuk Diana.

💋💋💋

"Ayra!" jerit seseorang.

Aku toleh ke belakang, terlihat Faris sedang berdiri dengan riak wajah curiga.

"Apa dia?" soalku.

"Kau pergi vacation tu?" soal Faris pula.

"Dah kenapa, salah ke?" balasku tak puas hati.

"Tak salah, saja je tanya." kata Faris.

Tiba-tiba aku terasa bagai dikelilingi sesuatu. Aku memandang sekeliling, semua pelajar SMK Merpati Jaya sedang mengambil gambar sesuatu. Eh, kami berdualah! Semua target tempat ni!

"Korang nak buat apa dekat tandas tu?" aku melihat Faris sekali lagi, dia berada di dalam tandas, tandas perempuan!

"K.. Kau kenapa ada dekat sini?" soalku, akupun terkejut dengan apa yang berlaku. Sejak bila dia melangkah masuk ke dalam tandas?

"Aku.. Aku lupa Ayra. Aku lupa ni tandas perempuan." balas Faris tergagap-gagap.

"Hish, dahlah. Keluarlah cepat!"

"Iyalah, nak keluarlah ni.." balas Faris.

Aku juga tergesa-gesa keluar dari tandas, takut masuk viral lagi!

Tapi nasib tak menyebelahi, aku terpijak kain dan jatuh ke lantai. Tapi kenapa lantai ni tak keras?

"Faris!" jeritku sebaik sahaja membuka mata.

"Hish kau ni, bangunlah! Kau nak masuk tv ke?" aku bangun secepat mungkin.

"I have a hot news again!" jerit salah seorang dari mereka. Aku baru sahaja ingin mengejar, namun sempat dihalang oleh Faris.

"Dahlah, karang jadi masalah besar lagi." katanya.

"No way, dia ambil gambar kita. And dia akan post dekat mana-mana media. Ataupun dia akan tunjuk dekat cikgu, apa kau nak jawab?" soalku.

"Aku jawablah yang kau ni bakal isteri aku." Balas Faris selamba.

Hish geramnya dengar jawapan dia! Senang lenang je dia kata aku bakal isteri dia?

"Beb, cikgu Azman panggil korang berdua." Adu Maya.

"Panggil kitorang? Dah kenapa?" soalku. Baru je panggil haritu, lepas tu panggil lagi?

CHUBBY.. I LOVE YOU! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang