BAB 6

167 11 0
                                    

"Chubby.. Time to eat your medicine!" Selepas sahaja balik sekolah, Faris terus menyerang Ayra yang masih ditahan di hospital.

Aku mengeluh kecil apabila mendengar suara yang melalak tak tentu pasal itu, semata-mata nak paksa aku makan ubat?

"Apa?" soalku sebaik sahaja dia mendekati aku.

"Kau dah makan ubat ke?" soal Faris, kepalanya digaru sedikit, pelik mungkin.

"Dahlah." balasku selamba.

"Are you sure Chubby?" Faris tersenyum sinis. Eh, ada je kau nak menyakitkan hati aku!

"Sure lah!" balasku geram.

"Give me your hand." dia menghulurkan tangannya. Aduh, susah betullah!

"Apa, bukan muhrimlah!" huh, biar aku berlakon alim kejap supaya selamat.

"Since when kau berubah Ayra? Just give me your hand." dia menarik tanganku dan cuba membuka genggamanku.

"Open it, or, I will kiss you." serta merta genggamanku terlepas apabila mendengar ugutan itu.

"Kau ni kenapa?!" aku mula menengking.

"Suruh makan ubatpun susah ke? Makan sekarang. I give 40 second, or, I will.." belum sempatpun dia menghabiskan kata-katanya, aku terus menelan ubat itu dan mencapai air untuk melancarkan aliran ubat itu melepasi tekak. Huh, pahit!

"Macam tu lah, takut kena kiss eh?" keningnya dijungkitkan berkali-kali.

"Mana ada! Eh!" Aduh, kenapa pulak aku cakap macam tu? Hah tu lah Ayra, berani sangat!

"Oooo cik Chubby kita nak kena kiss ke? Boleh je, mana tahu cepat sihat." jaraknya semakin dekat, kalau bukan kerana katil ni, dah lama aku menjauh.

"K.. Kau dekatlah, aku jerit nanti!" aku memberi amaran. Namun hampa, dia hanya menayangkan senyuman hambar. Aduh, apalah nasib kau!

"Ayra.. cepat-cepatlah sihat. Penat aku nak jaga kau." dia duduk di kerusi yang berada di sebelah katilku.

"Siapa suruh kau jaga aku? pergilah! Aku tak kesah pun!" balasku dalam keadaan marah. Dia yang menyusahkan diri datang sini buat apa?

"Kau ni, mama kau bagi tanggungjawab dekat aku untuk jaga kau. Bakal suamilah katakan?"

Terbuntang biji mataku apabila terdengar perkataan 'Bakal suami'.

"Apa kau merepek ni?"

"Mama kau kata, kau suka aku. So, kira aku ni bakal suami kau lah." lengan Faris ditampar kuat olehku. Geram sangat!

"Aduh, sakitlah!" dia mengusap-usap lengan yang ditampar tadi. Siapa suruh merepek tahap over?

"Kau tak suka aku?" soal Faris.

"Tak! Bukan ke aku dah kata, kita ni musuh!" balasku dengan suara lantang. Nasiblah bilik ni kalis bunyi.

"Aku tak pernah anggap kau macam musuh. Macam mana kau boleh anggap kita ni musuh?" soalnya, matanya penuh harapan, meminta jawapan dariku.

"Tak pernah ada perkara baik pun yang kau buat dekat aku." balasku.

"Itu je? Sekarang ni aku dah buat baik, still nak anggap aku macam musuh lagi?" soal Haris lagi. Bersungguh-sungguh betul!

"Yes." balasku selamba.

"Sebab gelaran chubby? Kau fikir aku pandang hina dekat kau?"

"Iyalah, dari dulu lagi!"

Wajahnya diraup kasar. Dia menatap wajahku dengan serius. Dah kenapa pulak ni? Aku salah cakap ke?

"Tak semestinya aku ejek kau, tanda aku benci kau, pandang hina dekat kau. Aku masa tu kecil lagi, budak lelaki memanglah suka kacau perempuan yang dia suka!"

What? Aku salah dengar ke?

"Perempuan apa?" soalku inginkan kepastian.

"Tak ada apalah. Lambat sangatlah kau ni!" suaranya ditinggikan. Eh aku pula yang ditengking.

"Apa yang kau cakap tadi? Ulanglah balik." pinta ku.

"Buat apa nak ulang balik? Lain kali telinga tu bersihkan. Kau tahu kan aku tak suka ulang benda yang aku dah cakap?" marah Faris.

Eh, dia pula naik angin. Keadaan terus menjadi sunyi. Itulah, bila dah bergaduh, mulalah segan!


CHUBBY.. I LOVE YOU! Where stories live. Discover now