“Hish kau ni, kemaslah jugak. Dari tadi belek–belek buku tu kenapa?” tegur aku. Bengang pula apabila aku yang beria–ria mengemas library ini.
“Membacakan amalan mulia.” panas telingaku bila mendengar jawapan yang sangat cerdik itu. Apa? Selama ni ada masa taknak baca. Sekarang tengah sibuk, baru dia nak baca?
“Muhammad Faris Asyrani, baik kau kemas sekarang.” aku memberi amaran. Dia hanya buat muka selamba dan masih membelek–belek buku itu.
“Chubby.. Kau mesti tak biasa buat kerja rumahkan?” Ceh, nak menyindir konon! Aku memang tak pernah buat kerja rumah. Tapi aku tahu macam mana nak buat!
“Faris.. tolonglah kemas. Dah pukul 6 lebih lah. Takkan nak mengharapkan aku sorang je?” dah seperti merayu aku dibuatnya.
“Rilekslah, lagipun bukan kau balik terus.” Hish, tak boleh ke kalau buat aje?
“Faris!” tiba–tiba suasana library menjadi gelap. Huh, kenapa pulak ni?kenapa time–time macam kau buat hal!
“Faris.. Kau dekat mana?” aku tercari–cari susuk tubuh lelaki itu. Library ini memang akan menjadi gelap seperti malam apabila tiada lampu.
“Faris..” tiba–tiba ada satu benda menyentuhku dari belakang.
“Arghh!!” aku terus kelam kabut mencari lelaki itu. Hish! Dahlah aku takut gelap!
Tiba–tiba aku terasa seperti sedang memeluk seseorang. Namun aku tidak melepaskan pelukan itu, aku terlalu takut.
“Kau okay tak?” soal Faris.
Aduh, kenapalah aku mesti peluk kau. Tapi badan aku seolah–olah sudah membeku. Tidak mampu melepaskan pelukan itu.
“Dah–dah, jom cari pintu keluar.” baru sahaja dia ingin berjalan, aku menarik tangannya.
“Jangan tinggalkan aku dekat belakang, aku takut..” terpaksa aku berkata seperti itu. Sebab terlalu takut!
“Yelah–yelah, jom..” aku terasa tanganku seperti ditarik seseorang. Aduh, siapa lagi kalau bukan Faris, biar ajelah.
Sedang kami sibuk mencari pintu, terdengar bunyi orang sedang mengunci pintu. Cepat–cepat kami berlari mencari pintu itu. Aduh, dah terlambat. Kami dah terkunci!
“Ayra.. Aku rasa kita dah terperangkap.” jelas Faris.
Aku mengeluh berat. Tambahan lagi aku terperangkap dengan Faris, musuh paling ketat sekali!
Tapi aku dapat rasa keikhlasan dirinya membantu aku di library ini. Tak adalah dingin manapun dia ni.
“Ayra, kau tunggu sini kejap. Biar aku cari kunci untuk buka pintu ni.” sebaik sahaja terasa tanganku dilepaskan. Terus aku menggelabah.
“Faris, aku nak ikut!” jeritku sekuat hati. Faris membuka lampu di telefon pintarnya, kemudian dia tersenyum nipis.
“Kau ni, penakut betulkan? Tunggulah kejap. Takkanlah asyik nak berkepit je?” ujar Faris.
Aku terus mendekatkan diriku padanya. “Aku nak ikut..” aku merayu. Faris mengeluh kecil kemudian menarik tanganku untuk jalan bersama.
Aku melihat saja Faris sedang menyelongkar almari itu satu persatu.
Kemudian wajahnya diraup kasar.“Arghh! Ini je bilik yang tak berkunci. Tapi kuncinya tak ada. Hish!” Faris melepaskan kemarahannya.
“Aduh, habis tu macam mana?” soalku pula.
“Nak buat macam mana, terpaksalah kita bermalam dekat sini.” balas Faris.
“Telefon kau, tak ada kredit ke?” soalku. Iyalah, melihat dia membawa telefonnya. Itu jalan yang mudah berhubung dengan orang luar.
“Sorry Chubby, tak ada kredit.” aku mengeluh berat.
“Habis tu, nak tidur dekat sini. Kita berdua?” soalku. Bahaya juga kalau kena tidur berdua dekat sini. Iyalah, macam–macam boleh berlaku, aku bukan bersangka buruk. Aku cuma cakap benda yang fakta.
“Iyalah, ada cara lain ke? Pintu library ni bukan pintu biasa, pintu kebal punya. Aku tak boleh nak tendang.”
“Nak tidur dengan kau!” aduh Ayra, kawallah sikit perasaan takut. Dia lelakilah, lelaki!
“Nak tidur dengan aku?” soal Faris sambil mengangkat sebelah keningnya.
“Bukan, maksud aku. Jangan hilang dari pandangan aku.” balasku.
“Maksudnya kena tidur sebelah kaulah?” soal Faris lagi. Aduh, semua kau punya pasal Ayra!
“Aduh, tak kesahlah tidur mana–manapun.” aku terus membaringkan diriku di sebelah meja.
“Aku pergi salin baju dulu.”
“Faris, jangan tinggalkan aku sorang–sorang!” jeritku supaya dia berhenti.
“Hish kau ni, nak tukar baju tak? Kalau tak ada baju lebih, aku ada.” ujarnya selamba.
Aku ni perempuan tau, suka–suka je suruh orang tukar baju?
“Tak apalah, aku boleh tidur macam ni.” balasku.
“Dengan baju busuk tu? Seharian kita pakai baju sekolah. Kau sanggup ke tidur dengan bau peluh semua tu?”
Aku menghidu sedikit bajuku, iya, memang bau peluh. And aku memang takkan dapat tidur!
“Kau nak tukar, tukar jelah. Aku bukannya gatal sangat nak usha. Tu, pergi tukar dekat bilik sana.” dia menunjuk bilik yang diselongkar tadi.
Aku memandang lelaki itu seketika, selepas itu pandangan aku tertangkap oleh Faris. Cepat–cepat aku beralih pandangan.
“Kenapa, nak aku..”
“Tak payahlah. Aku bukan penakut sangatpun!” aku terus berjalan menuju ke bilik itu.
Tanganku yang memegang baju lebih itu terus aku letakkan di atas kerusi. Nasiblah ada langsir, kalau tak dia boleh tengok semuanya. Tak lupa juga lampu telefon yang aku pinjam dari Faris.
“Ayra ayra.. Kenapalah kau malang sangat harini?” selepas habis menukar baju, aku terus keluar dari bilik itu.
Aku menyuluh lampu untuk mencari kelibat Faris. Terlihat dia sedang berpakaian seluar sahaja, baju entah kemana! Aku terus toleh ke tempat lain.
“Bagi lampu tu. Karang aku pakai baju terbalik pulak.” aku memberi lampu itu sambil mataku tidak berhenti cuba beralih pandangan.
“Ceh, macam tak pernah tengok body aku?” soal Faris selamba.
Iya, memang dah berjuta kali aku tengok dia tak berbaju. Itupun masa perlawanan bola sepak. Habis je perlawanan, perkara pertama yang dia buat, buka baju lepas tu lemparkan ke atas. Boleh tahanlah, ada sixpack. Eh, dah jauh bercerita ni Ayra, stop it Ayra!
“Kau tahu kau tengok body aku time bila?” soal Faris. Aduh, macam tak ada soalan lain pula nak ditanya.
“Lepas habis perlawanan bola sepaklah.” balasku.
Faris pantas menggeleng. Lalu dia mendekatkan dirinya padaku. Dan dia mula berbisik.
“Waktu kau tersalah masuk tandas..”
Aku terus menjauhkan semula diriku. Pipiku sudah berona merah mengenangkan hal yang terjadi hari itu.
Faris tergelak kecil, lalu dia membaringkan dirinya di sebelahku, tapi jauh sedikit.
“Night Chubby..” dia terus memejamkan mata.
Aku membaringkan diriku semula. Tetapi mata ni langsung tak boleh pejam. Aduh, siapa boleh tidur dalam keadaan macam ni, dengan tidur berlainan jantinanya lagi. Aduh!

ANDA SEDANG MEMBACA
CHUBBY.. I LOVE YOU!
RomanceKisah percintaan seorang gadis yang dulunya gemuk, tapi sekarang sudah mempunyai berat badan yang ideal, dan yang paling tidak disangkakan, wajahnya bertukar 100 peratus menjadi seorang yang sangat cantik. Faris, seorang lelaki yang sudah sejak aza...