Ayra menyelak satu persatu nota ringkas Biologi yang baru dibelinya di meja kantin.
"Oi Ayra! kau nak makan Cha Kuey Tiaw ke nak makan buku tu?" soal Maya.
"Sabarlah. I need to study." balas Ayra. Buku terus diselak, cuba memahami kandungan buku itu.
Tiba–tiba Maya tergerak hati untuk menoleh ke belakang, terlihat seorang lelaki sedang memegang sebuah buku biologi sedang berjalan, sama seperti Ayra. Lelaki itu khusyuk membaca. Siapa lagi kalau bukan Faris?
Sebaik sahaja Maya beralih pandangan, terdengar sesuatu benda jatuh. Maya toleh semula, Faris telah melanggar seorang lelaki berbadan tegap, habis makanan lelaki itu tumpah dibuat Faris.
"Tak ada otak ke?!" tengking lelaki itu.
Aku yang sedang khusyuk membaca barulah sedar tentang apa yang berlaku di kantin ini. Apabila melihat wajah itu, aku menggeleng.
"Sorry ah bro, boleh beli baru kot." ujar Faris.
"Boleh beli baru? senangnya kau cakap. Baju aku yang kotor ni macam mana? ganti semuanya!" tengking lelaki itu lagi.
Tiba–tiba aku rasa bengang, iyalah, pembacaan aku diganggu oleh pergaduhan mereka. Hish, cari nahas betul!
Aku bangun, lalu menghampiri mereka berdua. Kelihatan semua pelajar sudah mengundurkan diri.
"Nak settle, settle dua orang sudahlah. Sampai satu kantin terlibat ni kenapa?" soalku.
"Tak ada otak ke baca buku sambil jalan?" soal lelaki itu. Sebenarnya semua yang popular dalam sekolah ni memang aku kenal. Nama dia Darwisyah. Seorang kaki pukul, kaki pau, kaki curi. Semua tu dialah!
"Habistu, kau yang dah lama duduk sekolah ni tau pukul orang je, tak ada life ke?" aku menduga.
Memang bab–bab cari pasal ni serahkan pada aku. Aku mudah terhibur dengan benda macam ni.
"Ayra..." tegur satu suara.
Aku tidak menoleh. Aku kenal suara tu, Faris.
"Eh–eh pompuan ni... kau salah sebab cari pasal dengan kami." ugut Darwisyah.
"Kau ingat hidup baca buku je boleh aman ke?" soal Darwisyah lagi.
"Dah nak exam buat cara nak exam!" pantas kaki aku naik ke wajahnya. Bengang pula rasa...
"Kau cari pasal eh!" Aku bersedia untuk mengelak tumbukan itu, namun dihalang oleh Faris.
Kini penumbuk Darwisyah berada di dalam genggaman Faris.
"Kau jangan cari pasal dengan perempuan aku." tangan itu terus dipulas dan badan Darwisyah berpusing 360° dan jatuh terjelopok.
Aku ternganga. Faris berlawan sebab aku?
"Ayra! kau okay tak?!" jerit Maya. Suasana begitu tegang. Darwisyah dengan riak bengis yang tak lekang di wajahnya.
Tanganku disambar oleh Faris lalu berlari meninggalkan kantin itu.
Aku dibawa jauh dari kawasan kantin, lalu langkah Faris terhenti yang membuatkan langkahku turut terhenti.
"Kau ni perempuan, tak boleh ke kalau tak masuk campur? kalau jadi apa–apa macam mana?" meluru saja kata–kata yang keluar dari mulut Faris.
"Salah ke aku masuk campur? lagipun aku bukan sebarang perempuan, aku ada blackbelt." balasku.
"Macam mana kuat kau sekalipun, kau tetap lemah sebab kau perempuan." ujar Faris.
Eh sedap hati je pandang rendah dekat aku?
"Kira bersyukurlah aku dah selamatkan kau. Kau pun dah selamatkan aku, fair enough." balasku malas melayan. Aku baru saja ingin mengangkat kaki, tanganku ditarik oleh Faris.

ANDA SEDANG MEMBACA
CHUBBY.. I LOVE YOU!
RomansaKisah percintaan seorang gadis yang dulunya gemuk, tapi sekarang sudah mempunyai berat badan yang ideal, dan yang paling tidak disangkakan, wajahnya bertukar 100 peratus menjadi seorang yang sangat cantik. Faris, seorang lelaki yang sudah sejak aza...