Ten

327 16 0
                                    

Juyeon x Yuri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Juyeon x Yuri

  Oleh itu, dia pantas mengejar Yuri. Yuri II tersenyum sinis dan berlalu pergi begitu sahaja. Atas sebab-sebab tertentu, dia tidak mengejar Juyeon mahupun cuba menghalang Yuri. Di atas bumbung sekolah; "Tolong jangan halang saya Juyeon! Inilah satu-satunya pilihan yang kita ada!" larang Yuri. "Saya ke sini bukan untuk halang awak. Saya ke sini sebab saya nak mati bersama awak" kata-kata yang keluar dari mulut Juyeon membuatkan Yuri terpinga-pinga. "Saya faham niat baik awak tapi kalau saya masih terus hidup, saya akan dibayangi rasa bersalah seumur hidup. Jadi lebih baik kalau mati kita bersama" ujar Juyeon. "Tapi..." "Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Kita lakukan semua ini demi rakan-rakan kita yang telah terkorban dan untuk tumpaskan syaitan tu. Untuk capai sesuatu, pengorbanan perlu dilakukan" tegas Juyeon.

  Yuri tidak berkata apa-apa lagi. Dia faham benar maksud Juyeon. Yuri dan Juyeon berpegangan tangan dan pergi ke tepi bumbung sekolah. Mereka berdua terasa pening berdiri di tempat yang tinggi. Namun, mereka perlu lakukan juga untuk tamatkan semua permasalahan ini. "Dalam kiraan 3 kita terjun" kata Juyeon. "1..2..3!" Juyeon mula mengira. "Tunggu kami, semua" kata Yuri buat kali terakhir. ----- Usai bersarapan, Yuri terus keluar dari rumah dan berjalan kaki ke sekolah. Langkah kaki Yuri terasa ringan kerana dia sudah tidak sabar-sabar untuk pergi ke sekolah bertemu rakan rapatnya Yena. Tiba-tiba Yuri berhenti melangkah. Dia terkenangkan mimpi ngeri yang dia baru alami beberapa jam lepas. Walaupun itu hanyalah mimpi, ianya tetap menakutkan. "Yuri" panggil seseorang. Seseorang itu adalah Juyeon. "Awak nak ke mana?" tanyanya "Sekolahlah" jawab Yuri ringkas.  

[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now