One

671 29 0
                                    

Haknyeon x Eunbi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haknyeon x Eunbi

Khamis 25/4/2019: Usai bersarapan, Yuri terus keluar dari rumah dan berjalan kaki ke sekolah. Langkah kaki Yuri terasa ringan kerana dia sudah tidak sabar-sabar untuk pergi ke sekolah bertemu rakan rapatnya Yena. Semalam Yuri tidak hadir ke sekolah kerana sakit kepala dan demam panas. Sehari suntuk dia terlantar di atas katil. Mujurlah keesokan harinya, Yuri kembali sihat seperti sediakala. Bagi seseorang seperti Yuri, dia lebih gemar berada di sekolah sehari suntuk daripada terbaring sahaja di atas katil di rumah. Setibanya di kawasan sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang terlalu sunyi dan sepi, seolah-olah hari ini hari cuti. Selain dirinya sendiri, Yuri tidak nampak orang lain. Ianya seolah-olah Yuri sahaja berada di sekolah ketika itu. Yuri mempercepatkan langkahnya dan terus naik ke tingkat atas di mana kelasnya terletak.

  Pintu kelas dibuka dan Yuri dapat melihat rakan sekelasnya, Juyeon sedang termenung jauh. Semasa Yuri tiba di kelasnya, hanya Juyeon sahaja yang ada. Juyeon terpandang Yuri lantas tersenyum. Yuri membalas senyuman Juyeon dengan senyuman dan terus pergi ke tempat duduknya. Walaupun Yuri tidak rapat dengan mana-mana pelajar lelaki di dalam kelasnya, dia tidak pernah bermasam muka atau sombong dengan mereka. Yuri termenung jauh sambil menantikan kehadiran sahabat karibnya, Yena. 5 minit kemudian, pintu kelas dibuka dan Yuri mula rasa teruja. Namun, perasaan teruja Yuri hilang begitu sahaja kerana yang baru masuk ke dalam kelas bukanlah Yena tetapi Hyewon dan Younghoon. Mereka berdua tiba serentak. Namun, Yuri tetap rasa gembira kerana selain dirinya dan Juyeon, ada lagi dua orang pelajar. Setidak-tidaknya dia tidak lagi rasa kekok tinggal berdua-duaan dengan Juyeon.

  Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7:40 AM tetapi tiada seorang pun yang muncul selepas Hyewon dan Younghoon. Guru untuk subjek pertama juga masih tidak kunjung tiba sedangkan kelas pertama sudah bermula 10 minit lepas. Sementara Younghoon dan Juyeon rancak berbual dan Hyewon pula leka makan roti, Yuri mula tidak senang duduk. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Oleh itu, dia bangun daripada tempat duduknya dan terus menghampiri Hyewon. "Kau tak rasa pelik ke?" soal Yuri. "Maksud kau?" tanya Hyewon yang mulutnya masih penuh dengan roti. "Mana yang lain? Takkanlah kita berempat je yang datang harini?" tanya Yuri. Hyewon mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yuri terpandang meja guru dan ternampak buku kehadiran. Yuri bergegas ke sana dan terus mendapatkan buku kehadiran tersebut. "Itu buku kehadiran ke?" tanya Juyeon yang muncul tiba-tiba.

  "Y-Ya" jawab Yuri sambil mengusap dadanya kerana dia sedikit terkejut dengan kemunculan Juyeon. Sementara Yuri dan Juyeon sibuk membelek buku kehadiran tersebut, Younghoon dan Hyewon berebut makanan. Younghoon tahu Hyewon seorang yang kuat makan dan selalu membawa makanan ringan ke sekolah. Sebab itulah Younghoon gemar meminta makanan daripada Hyewon. Dia juga sering berebut makanan dengan Hyewon sekiranya Hyewon enggan memberinya makanan. Usai menyemak rekod kehadiran semalam, Yuri sedikit terkejut. "Semalam diorang hadir tapi saya, awak, Hyewon, dan Younghoon tak hadir" "Harini pulak kita berempat hadir dan diorang tak hadir. Okay ini agak pelik" kata Yuri dan Juyeon. "Younghoon!" panggil Juyeon. "Cuba kau call Sunwoo" sambungnya. Younghoon mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi Sunwoo. Mereka semua berumur 18 tahun dan merupakan pelajar sekolah tinggi. Mereka dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah asalkan tidak salah guna. 

[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now