Q x Yena
Younghoon juga enggan membuka pintu tersebut kerana dia tiba-tiba rasa takut. Entah mengapa perpustakaan ketika itu seolah-olah mengeluarkan aura yang seram walaupun hari masih pagi. "Kau pun sama je macam Yuri dan Juyeon haih" Hyewon mula mengeluh. Dia mencapai gagang pintu perpustakaan lalu terus membukanya. Bau tersebut ternyata lebih kuat apabila mereka berempat berada di dalam. "Gelap betul dalam ni padahal hari masih siang kot" kata Hyewon. Dia kemudiannya meminta Younghoon menghidupkan suis lampu. Sebaik sahaja Yonghoon menghidupkan suis lampu, mereka berempat dapat menyaksikan satu pemandangan yang sangat mengerikan. Younghoon tersandar pada dinding. Mulut Hyewon dan Juyeon pula ternganga luas kerana terlalu terkejut. "A-Apa yang berlaku? K-Kenapa diorang semua...." Younghoon tidak dapat menghabiskan soalannya kerana dia masih lagi terkejut. Rakan-rakan sekelas mereka berempat telah mati dibunuh oleh seseorang atau sesuatu.
Mayat mereka semua bergelimpangan di merata tempat. Ada mayat yang berada di atas meja, bawah meja, di atas rak perpustakaan, dan juga di celah-celah rak tersebut. Ada yang mati terduduk dan ada juga yang mati dalam keadaan kepalanya terbenam dalam siling. Pemandangan itu amat mengerikan. Apa yang lebih mengerikan, mayat mereka semua tidak berwajah. Yuri terduduk. Dia tidak terasa takut lagi. Dia kini lebih terkejut dengan apa yang berlaku. Baru sehari dia tidak ke sekolah sudah berlaku kejadian ngeri seperti ini. "Aku tak tahu apa yang dah berlaku. Aku tak tahu siapa atau benda apa yang dah bunuh diorang. Apa yang aku tahu, aku nak blah sekarang jugak" kata Younghoon yang jelas sekali sudah panik. Ketika Younghoon hendak menghampiri pintu perpustakaan, mereka terdengar bunyi sesuatu yang berat diheret pada lantai.
Yuri, Hyewon, dan Juyeon terkejut. Hati mereka juga mula tidak tenteram. Namun tidak bagi Younghoon. Dia masih hendak keluar dari situ tidak kira apa. "Jangan jadi bodohlah Younghoon. Kau dengar kan apa yang kami bertiga dengar tadi?" kata Juyeon dengan nada perlahan. "Aku tak peduli semua tu! Kalau kita nak selamat, kita kena keluar dari perpustakaan ni, dari sekolah ni secepat mungkin" tegas Younghoon yang masih lagi berdegil ingin keluar dari perpustakaan tersebut walaupun keadaan di luar mungkin berbahaya. Hyewon menghampiri Younghoon lalu mencekak leher baju Younghoon. "Aku faham perasaan kau Younghoon. Kalau boleh aku pun nak blah dari sini secepat mungkin. Aku yakin Yuri dan Juyeon pun macam tu tapi kalau kita keluar sekarang, kita akan mati katak. Lebih baik kita cari jalan keluar lain" tegas Hyewon.
Younghoon menepis tangan Hyewon dan berkata "Satu-satunya jalan keluar yang ada adalah dengan keluar melalui pintu Makmal Komputer 2. Memandangkan library dan makmal komputer tu bersambung, kita mungkin dapat keluar dari sini tanpa masalah" "Mari kita gerak sekarang. Pasal rakan sekelas kita, kita uruskan kemudian. Nyawa kita lebih penting sekarang sebab kalau kita turut terbunuh, kita tak dapat laporkan kes ni pada pihak polis" ujar Juyeon. Tanpa melengahkan masa, Yuri, Juyeon, Hyewon, dan Younghoon bergerak menuju ke Makmal Komputer 2 yang bersambung dengan perpustakaan. Semasa berjalan ke sana, mereka berempat langsung tidak bersuara dan termenung jauh. Jasad mereka sahaja berada di situ tetapi fikiran mereka ada bersama rakan-rakan sekelas mereka yang mati secara tragis. Walaupun mereka tidak rapat dengan semua orang, pemergian 20 rakan sekelas mereka memberikan kesan yang mendalam kepada mereka.
YOU ARE READING
[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]
Fiksi PenggemarSelepas seharian terlantar di atas katil kerana sakit kepala dan demam panas, Yuri kembali semula ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Setibanya di sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang sunyi dan sepi. Apabila tiba d...