Eric X Chaewon
Dipendekkan cerita, Yuri, Hyewon, dan Juyeon berjaya keluar dari situ dengan selamat. Mereka segera kembali ke kelas untuk mengambil beg masing-masing. Malangnya, mereka tidak dapat masuk kerana pintu kelas mereka tiba-tiba sahaja terkunci. "Aduhhh siapa pulak yang pandai-pandai kunci pintu ni" Hyewon mula naik rimas. "Lebih baik kita pergi sekarang. Nyawa kita lebih penting daripada harta benda kita" tegas Juyeon. Sebelum pulang, mereka bertiga singgah sebentar ke tandas kerana Hyewon mahu buang air kecil. Sementara Hyewon sibuk dengan 'urusannya', Juyeon dan Yuri tunggu sahaja di luar tandas. Tiba-tiba, pintu tandas tertutup dengan sendiri. "Jangan buat lawak wehhh. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau" kata Hyewon sambil cuba membuka pintu tandas dari dalam. "Bukan kitorang berdualah yang tutup pintu ni" maklum Yuri. Dia dan Juyeon cuba membuka pintu tersebut dari luar.
Tiba-tiba, bunyi yang menakutkan itu kembali lagi. Juyeon dan Yuri mula panik. "Mari kita pergi dari sini cepat" gesa Juyeon. Sebelum beredar, Yuri sempat pesan sesuatu pada Hyewon. "Walau apapun yang berlaku, kau stay je dalam tandas tu. Jangan pergi ke mana-mana. Bila keadaan dah selamat, kami berdua akan kembali pada kau" "Okay aku faham" balas Hyewon ringkas. Dia faham benar apa maksud Yuri. Yuri dan Juyeon terpaksa meninggalkan Hyewon kerana mereka berdua perlu selamatkan diri mereka. Hyewon pula terpaksa bersembunyi di dalam tandas bersendirian kerana dia tidak dapat keluar. Dia juga hanya mampu berdoa dan berharap agar gadis pembunuh itu tidak datang ke tandas. Yuri dan Juyeon kini bersembunyi di satu tempat. Yuri hendak menghubungi Hyewon untuk bertanyakan keadaan semasa tetapi Juyeon melarangnya. Tindakan Yuri mungkin akan mendatangkan masalah kepada Hyewon.
10 minit kemudian; Yuri terpaksa abaikan larangan Juyeon dan terus menghubungi Hyewon. Malangnya, Hyewon gagal dihubungi. Yuri dan Juyeon mengambil keputusan untuk berpatah balik kerana mereka berdua yakin keadaan sudah benar-benar selamat sekarang. Beberapa meter sebelum tiba di tandas perempuan, mereka berdua terhidu bau yang sama mereka terhidu di perpustakaan. Yuri dan Juyeon mula rasa tidak sedap hati. Namun, mereka berdua tetap perlu masuk ke dalam tandas perempuan untuk mencari Hyewon. Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam, mereka terkejut melihat seorang perempuan yang kepalanya sudah terbenam ke dalam siling. Perempuan itu tidak lain tidak bukan, Hyewon. Yuri undur ke belakang kerana terlalu terkejut. Dia juga dihimpit rasa bersalah kerana gagal membuka pintu tandas yang tertutup dengan sendiri sebentar tadi. Kalau tidak, pasti semua ini tidak akan berlaku.
Sementara Yuri cuba menenangkan dirinya, Juyeon ternampak telefon bimbit Hyewon di atas lantai. Dia mengambil telefon bimbit tersebut setelah perasan perakam video telefon bimbit Hyewon sedang merakam sesuatu. Sehingga sekarang, perakam video itu masih merakam. Juyeon mematikan perakam video dan memeriksa video yang mungkin sempat dirakam oleh Hyewon sebelum dia menemui ajal. Semasa Juyeon sedang menonton video yang sempat dirakam oleh Hyewon, dia amat terkejut sehingga tangannya menggeletar teruk. "T-Tak mungkin.." kata Juyeon sambil memandang Yuri yang berada di luar tandas. Yuri tiba-tiba beredar begitu sahaja. Dia mahu pergi ke satu tempat. "Yuri tunggu!" jerit Juyeon. Dia pantas mengejar Yuri. "Awak nak ke mana Yuri?" "Saya nak pergi ke bilik CCTV. Saya nak periksa siapa perempuan yang dah bunuh Hyewon, Younghoon, dan lain-lain" jawab Yuri. Wajahnya kelihatan amat serius ketika itu.
YOU ARE READING
[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]
FanficSelepas seharian terlantar di atas katil kerana sakit kepala dan demam panas, Yuri kembali semula ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Setibanya di sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang sunyi dan sepi. Apabila tiba d...