Three

429 20 0
                                    

Younghoon x Hyewon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Younghoon x Hyewon

  "Kalau Yuri tak nak teman kau, aku boleh temankan kau" Younghoon menawarkan dirinya. "Kenapa kau suka sangat ikut aku? Aku pergi kafeteria kau ikut. Aku nak pergi CC pun kau nak ikut" kata Hyewon sambil menggelengkan kepalanya. "Sebab dia suka kau. Takkanlah itu pun aku nak bagitahu" sampuk Juyeon. Semasa Hyewon, Younghoon, dan Juyeon sedang bergurau-senda, Yuri beredar sahaja dari situ tanpa berkata apa-apa. Juyeon perasan tentang itu lalu terus mengekori Yuri. "Awak nak ke mana?" tanyanya. "Perpustakaan" jawab Yuri pendek. "Dan kenapa awak nak ke sana?" tanya Juyeon lagi. "Saya tak tahu kenapa tapi hati saya rasa terpanggil untuk ke perpustakaan. Mungkin saya akan temui sesuatu di sana" jelas Yuri. Sementara itu, Hyewon dan Younghoon baru sahaja selesai makan dan dalam perjalanan kembali ke kelas.

  Hyewon membenarkan Younghoon menemaninya kerana dia benar-benar perlukan 'game partner' ketika itu. "Selain makanan dan game, apa lagi yang kau suka?" soal Younghoon tiba-tiba. "Anime. Dalam dunia ni aku paling suka tiga benda tu lah" jawab Hyewon. "Selain tu?" tanya Younghoon lagi. "Kau ni pekak ke tak faham bahasa? Kan aku cakap tadi dalam dunia ni aku paling suka tiga benda tu je" tegas Hyewon. Younghoon tidak bersuara lagi. Dia hanya mengangguk sahaja. Sementara itu, Yuri dan Juyeon baru sahaja tiba di perpustakaan. Belum sempat mereka masuk ke dalam, mereka terhidu bau yang kurang menyenangkan. Walaupun pintu perpustakaan tertutup rapat, bau tersebut tersangatlah kuat. Juyeon hendak membuka pintu perpustakaan tetapi Yuri tiba-tiba menghalangnya. "Tolong call Younghoon. Saya pulak akan call Hyewon" pinta Yuri. "Okay tapi kenapa?" Juyeon tidak mengerti.

  "Naluri saya kuat mengatakan kita akan temui sesuatu yang mengejutkan di dalam perpustakaan ni. Jadi Hyewon dan Younghoon pun perlu ada bersama kita" jawab Yuri. Juyeon kurang mengerti dengan apa yang Yuri cuba sampaikan tetapi dia tetap memenuhi permintaan Yuri. Ketika Hyewon dan Younghoon hendak melangkah masuk ke dalam kelas, telefon bimbit mereka berdering serentak. Mereka berdua diminta ke perpustakaan dengan kadar segera. Walaupun terasa malas, mereka berdua patah balik juga kerana dipaksa oleh Yuri dan Juyeon. Sementara menantikan ketibaan Hyewon dan Younghoon, Yuri dan Juyeon sempat berbincang mengenai bau misteri itu. "Saya pun tak tahulah ini bau apa. Yang pasti, bau ni kuat sangat dan buat saya tak selesa" kata Juyeon. Yuri mengangguk sahaja. "Oh ya, apa maksud awak 'kita akan temui sesuatu yang mengejutkan di dalam perpustakaan ni'?"

  Juyeon masih ingin tahu tentang hal tersebut. "Sebenarnya saya takut nak masuk perpustakaan ni bersendirian. Sebab itulah saya minta Hyewon dan Younghoon datang ke sini. Lagi ramai lagi bagus. Yang pasal sesuatu yang mengejutkan tu pulak, saya tak tahu nak jelaskan macam mana. Apa yang saya tahu, pasti ada something dalam perpustakaan ni" jelas Yuri. "Bau apa yang busuk gila ni?" tanya Hyewon yang baru sahaja tiba bersama Younghoon. "Bagus. Memandangkan semua dah ada, marilah kita masuk" kata Yuri sambil mencuit lengan Juyeon. Dia buat begitu kerana dia mahu Juyeon membuka pintu. "K-Kenapa saya yang kena bukak pintu ni?" tanya Juyeon. "Apa bendalah korang berdua ni. Pasal nak bukak pintu pun boleh jadi isu" kata Younghoon sambil menggelengkan kepalanya. "Pergilah bukak pintu tu. Tunggu apa lagi" Hyewon mengarahkan Younghoon membuka pintu perpustakaan.

[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now