Sunwoo x Minju
"Tapi dalam tandas mana ada CCTV?" kata Juyeon. Yuri berhenti sebentar dan menghela nafas berat. "Betul tapi di luar tandas ada CCTV" kata Yuri dan terus sambung berjalan. Juyeon pula cuba menghalang Yuri daripada pergi ke bilik CCTV tetapi Yuri tetap mahu pergi ke sana. "Saya tahu sekarang bukan masa yang sesuai tapi dengan adanya rakaman CCTV, kita boleh kenalpasti wajah perempuan yang dah bunuh kawan-kawan kita. Sekarang ni hanya tinggal kita berdua Juyeon. Takde orang lain dah yang boleh selesaikan misteri ni" tegas Yuri. Diringkaskan cerita, Yuri dan Juyeon tiba di bilik CCTV tanpa sebarang masalah. Yuri pantas memeriksa rakaman CCTV di tandas perempuan. Memang benar gadis misteri tersebutlah yang membunuh Hyewon. Namun, Yuri tidak dapat melihat wajah gadis tersebut kerana CCTV itu hanya merakam dari sudut tepi.
Yuri pergi lebih jauh dengan mula mencari rakaman CCTV di perpustakaan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi Yuri. Dia gagal menemukan apa-apa bukti berkaitan kes pembunuhan beramai-ramai itu. Apa yang dia tahu setakat ini, gadis itu kelihatan seperti 'kembar-kembarnya' iaitu Yena dan Chaewon. Yuri terduduk kerana fikirannya sangat terganggu ketika itu. Yuri memandang Juyeon dan bertanya "Awak ada tengok sesuatu dalam handphone Hyewon tadi, kan? Jadi boleh saya tahu awak tengok apa tadi?" "T-Tak. Mana ada. Saya tak tengok apa-apalah" Juyeon cuba berdalih. "Jangan tipu sayalah Juyeon. Saya yakin ada sesuatu dalam handphone Hyewon. Lebih baik awak tunjukkan sahaja pada saya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berahsia sesama sendiri" kata Yuri serius. "Saya tahu tapi kalau awak tengok rakaman tu, awak akan lebih terkejut daripada orang lain" tegas Juyeon.
"Saya tak peduli semua tu! Saya hanya mahu tahu kebenarannya" Yuri meninggikan suaranya tanpa sengaja. Juyeon pula tiada pilihan selain menyerahkan telefon bimbit milik Hyewon kepada Yuri. Sebaik sahaja Yuri menonton rakaman video tersebut, matanya terbeliak. Di dalam rakaman video itu, Yuri dapat melihat gadis miripnya, tidak, Yuri dapat melihat dirinya sendiri sedang menghampiri Hyewon. Sebelum Hyewon dibunuh, Hyewon sempat merakam wajah pembunuh tersebut kerana dia mahu membantu Yuri dan Juyeon secara tak langsung. "T-Tak mungkin itu saya" Yuri masih lagi terkejut. "Saya tahu sebab awak berada dengan saya sepanjang hari ni. Tapi wajah pembunuh tu..." Juyeon sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Fikiran Yuri semakin bercelaru. Dia tidak menyangka gadis yang membunuh rakan-rakan sekelasnya adalah seorang gadis yang mirip wajahnya. Selama ini dia menyangka gadis itu adalah Yena atau Chaewon.
"Mari kita pergi sekarang dan fikirkan tentang ni kemudian. Keselamatan kita berdua lebih penting sekarang" "Tak Juyeon. Keselamatan awak sahaja yang penting. Saya tak rasa Yuri tu akan bunuh saya. Awak mungkin sasaran terakhirnya. Jadi lebih baik awak pergi sekarang. Biar saya sahaja yang berhadapan dengan dia" kata Yuri. Dia sudah nekad untuk berhadapan dengan Yuri tersebut bersendirian. "Tolong jangan bertindak sembarangan Yuri. Saya pun teringin nak tahu siapa Yuri tu dan kenapa segala tentang dia 100% sama dengan awak. Tapi saya terpaksa lupakan semua tu sebab keselamatan kita, nyawa kita lebih penting sekarang. Rakan sekelas kita semua dah takde jadi kita berdua sahaja yang boleh selesaikan masalah ni" "Sebab itulah saya mahu siasat tentang Yuri tu. Kalau saya dapat tahu siapa dirinya sebenar, pasti misteri ni dapat diselesaikan dengan pantas" tegas Yuri.
YOU ARE READING
[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]
FanficSelepas seharian terlantar di atas katil kerana sakit kepala dan demam panas, Yuri kembali semula ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Setibanya di sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang sunyi dan sepi. Apabila tiba d...