Nine

322 15 0
                                    

Kevin x Hitomi 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kevin x Hitomi 

  "Kenapa kau bunuh kawan-kawan kami yang lain? Apa kena mengena diorang semua dengan kau?" tanya Juyeon. "Soalan yang bagus wahai Juyeon. Memandangkan aku 'lahir' pada 23/4/2019, aku perlu bunuh 23 orang remaja sebaya dengan Yuri supaya aku boleh capai bentuk sempurna aku. Aku hanya boleh capai bentuk sempurna aku selepas aku sedut 23 nyawa dan rantai dan bola besi pada kaki kanan aku ni musnah. Nasib aku baik bila aku dapat tahu dalam kelas Yuri ada 23 orang pelajar (tolak Yuri). Oh ya mesti korang berdua tertanya-tanya macam mana aku boleh tahu semua ni, kan? Jawapannya mudah. Aku adalah Yuri dan Yuri adalah aku. Jadi pemikiran kami sama" jawab Yuri II dengan panjang lebar dan terperinci. Sekarang barulah Yuri dan Juyeon tahu niat sebenar Yuri II membunuh rakan-rakan mereka yang lain.

  "Apa maksud kau dengan bentuk sempurna? Adakah kau akan berubah menjadi raksasa?" soalan Juyeon berjaya membuatkan Yuri II ketawa terbahak-bahak. "Aku teringin jadi manusia bukan raksasa Juyeon. Luaran aku sekarang memang nampak macam manusia tapi aku bukan manusia. Aku hanya akan jadi manusia selepas aku bunuh mangsa aku yang terakhir, iaitu kau" tegas Yuri II sambil memandang Juyeon dengan renungan matanya yang tajam. Yuri tiba-tiba berdiri di hadapan Juyeon dan mendepakan tangannya. "Kalau kau perlu seseorang untuk dibunuh, bunuh aku. Aku tak sanggup tengok rakan sekelas aku dibunuh lagi" katanya. "Jangan jadi bodoh Yuri. Aku tak boleh bunuh kau sebab kalau kau mati aku pun akan mati. Tapi kalau kau nak mati jugak, kau perlu benarkan aku bunuh Juyeon sebab bila aku dah capai bentuk sempurna aku, kau akan lenyap"

  "Bila kau lenyap, aku akan jadi Yuri yang sebenar sebab dunia ini hanya perlukan satu Yuri" tegas Yuri II. Sekali lagi, Yuri dan Juyeon terperanjat. Situasi tidak berpihak kepada mereka berdua kerana untuk bunuh Yuri II, Yuri perlu mengorbankan dirinya. Sekiranya Yuri II tidak dibunuh, dia akan membunuh Juyeon dan seterusnya mencapai bentuk sempurnanya. Yuri pula akan lenyap kerana Yuri II sudah mengantikan tempatnya. Yuri tiba-tiba menyerahkan besi yang dibawanya tadi kepada Juyeon. "Tolong bunuh saya. Itulah satu-satunya cara untuk halang dia daripada bunuh awak dan capai bentuk sempurna dia" pinta Yuri. "Jangan buat permintaan yang bukan-bukanlah Yuri. Saya tahu dia akan mati kalau awak pun mati tapi saya tak sanggup lakukan semua itu. Saya pun sama macam awak. Saya tak sanggup lihat rakan sekelas saya terbunuh lagi" tegas Juyeon.

  "Apa pilihan yang kita ada Juyeon? Kalau awak tak bunuh saya, awak akan mati ditangan dia. Lagipun pengakhiran saya tetap sama Juyeon. Saya tetap akan mati tapi saya lebih rela mati ditangan awak daripada lenyap dan digantikan oleh kembar jahat saya" tegas Yuri. "Kalau aku bunuh kau, apa akan berlaku pada Yuri?" tanya Juyeon kepada Yuri II. "Kau tak boleh bunuh aku Juyeon. Kau hanya boleh bunuh aku bila aku dah capai bentuk sempurna aku. Tapi itu tak mungkin berlaku sebab bila aku dah jadi 'Yuri' korang berdua dah takde" terang Yuri II sambil ketawa besar. Sekali lagi, situasi tidak memihak kepada Yuri dan Juyeon. Yuri meletakkan besi tadi dan terus melarikan diri. Dia naik ke bumbung sekolah untuk lakukan sesuatu di luar jangkaan. Juyeon tahu benar apa yang Yuri mahu lakukan. 

[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now