New x Chaeyeon
Yuri, Juyeon, Hyewon, dan Younghoon tiba di Makmal Komputer 2 tanpa sebarang kesulitan. Malangnya, pintu Makmal Komputer 2 terkunci. Juyeon dan Younghoon cuba merempuh pintu tersebut tetapi ianya masih tidak dapat dibuka. Younghoon menendang kerusi yang ada untuk melepaskan geram. Dia menyangka dia dapat menyelamatkan dirinya serta rakan-rakan yang lain dengan membawa mereka keluar melalui pintu Makmal Komputer 2 tetapi dia gagal berbuat demikian. "Kita dah masuk jauh ke dalam ni. Patutkah kita patah balik?" tanya Hyewon. "Terlalu bahaya kalau kita patah balik. Kita tak tahu siapa atau apa yang menanti kita kalau kita kembali semula ke perpustakaan" balas Juyeon. Yuri pula hanya mendiamkan diri. Dia masih terkejut dan sedih mengenai hal tadi. Sedang leka Juyeon, Younghoon, dan Hyewon berbincang sesuatu, kedengaran bunyi benda berat diheret pada lantai sekali lagi.
Semakin lama semakin kuat bunyinya. "Menyorok cepat!" gesa Juyeon. Mereka semua kecuali Younghoon menyorok di bawah meja komputer. Younghoon cuba menyorok di dalam almari berhampiran komputer utama yang guru selalu gunakan. Malangnya dia gagal menyorok di situ kerana tidak muat. Younghoon cuba bersembunyi di tempat lain tetapi tidak sempat kerana 'mimpi ngeri' nya sudah tiba. Dari jauh, Younghoon dapat melihat seorang gadis yang berambut perang dan berpakaian serba putih. Terdapat banyak kesan tompokan darah pada pakaiannya. Kaki kanannya pula dirantai dengan bola besi seperti banduan dalam penjara. Bunyi bola besi yang diheret pada lantai itulah membuatkan mereka kecut perut. Walaupun pergerakan gadis misteri itu agak perlahan, Younghoon tetap berasa panik. Juyeon, Yuri, dan Hyewon pula kekal di posisi masing-masing. Mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku ketika itu.
Sementara itu; Younghoon yang semakin panik cuba merempuh pintu beberapa kali untuk larikan diri. Malangnya, tindakannya hanyalah sia-sia. Younghoon juga tidak dapat pergi ke arah lain kerana dia terasa dirinya seolah-olah dikepung ketika itu. Di saat Younghoon terpandang wajah gadis tersebut, dia terkejut. Tiba-tiba, kedengaran suara jeritan Younghoon memenuhi segenap ruang makmal komputer tersebut. Juyeon, Yuri, dan Hyewon keluar dari bawah meja kerana mereka ingin tahu apa yang sedang berlaku ketika itu. Malangnya, semasa mereka bertiga baru sahaja keluar dari tempat persembunyian masing-masing, Younghoon sudah mati ditangan gadis pembunuh tersebut. Juyeon dan Hyewon sudah mahu berpatah balik kerana terlalu takut. Yuri pula masih tercenggang di situ. Walaupun Yuri tidak dapat melihat wajah gadis pembunuh tersebut, dia seolah-olah kenal siapa gadis itu dengan hanya melihat dari belakang.
Hyewon segera mendapatkan Yuri dan terus membawanya pergi. Setibanya di pertengahan jalan, Yuri mematikan langkahnya. "Kenapa kau berhenti?" tanya Hyewon. "Pembunuh tu... aku rasa aku tahu siapa pembunuh tu" kenyataan Yuri mengejutkan Hyewon dan Juyeon. "Maksud awak?" tanya Juyeon. "Dalam kelas kita, gaya rambut saya, Yena, dan Chaewon hampir sama sampai yang lain gelar kami kembar tiga. Saya perasaan gaya rambut gadis tu seolah-olah sama dengan Yena dan Chaewon jadi..." "Maksud kau... pembunuh tu mungkin Yena atau Chaewon? Mustahil. Diorang berdua pun dah mati" Hyewon terperanjat. "Aku tak nampak wajah pembunuh tu tapi dari belakang dia memang nampak macam Yena takpun Chaewon. Aku tahu diorang dah takde tapi..." Yuri sengaja tidak menghabiskan ayatnya. "Mari kita lupakan tentang tu sekejap. Kita kena keluar dari sini secepat mungkin sementara 'dia' ada kat sana" gesa Juyeon.
YOU ARE READING
[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]
FanfictionSelepas seharian terlantar di atas katil kerana sakit kepala dan demam panas, Yuri kembali semula ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Setibanya di sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang sunyi dan sepi. Apabila tiba d...