EISYA bertambah tak betah nak meneruskan kerja selagi Zarief masih ada bersamanya. Terasa setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh mata lelaki itu.
"Encik."
Eisya menarik nafas kasar sebelum menghembusnya kembali.
Zarief menaikkan keningnya. Sekali lagi anak matanya tunak memandang wajah Eisya yang sedang mengetap bibir. Zarief tahu gadis itu sedang bengang dengannya disebabkan tingkah lakunya tadi.
"Tolong jangan menyibuk kat sini, boleh tak? Saya nak buat kerja saya. Encik tolong pergi jauh-jauh!"
Eisya bersuara semula sebaik sahaja dia berpaling membelakangi Zarief.
"Kenapa saya kena pergi jauh-jauh? Apa salahnya kalau saya duduk dekat dengan awak?"
Zarief seakan-akan mencabar omelan Eisya tadi.
"Tak boleh." Pantas Eisya menjawab tanpa memandang wajah Zarief.
"Kenapa tak boleh?" Zarief terus bertanya.
"Sebab tak bolehlah."
Hati Eisya makin hangat. Dia masih cuba bersabar melayan kerenah Zarief.
"Tak kira. Saya tetap nak temankan awak dekat sini. Lagipun, saya suka tengok awak buat kerja. Macam yang awak buat dekat ruang tamu sebentar tadi," ujar Zarief dengan nada tegas, tapi masih juga sempat mengusik.
Eisya segera menoleh. Geram betul bila lelaki itu mula mengungkit pasal dia menari dan berjoget-joget tadi. Malunya. Rasa nak sorok saja muka dalam peti sejuk.
Zarief tayang senyum mautnya. Senyuman yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis seperti yang selalu dipamerkannya.
"Takkanlah awak tak suka tengok muka saya yang kacak dan maco ini?"
Zarief masih lagi mengusik. Memang seronok sangat tengok muka anak Mak Biah ini. Makin lama mukanya nampak makin merah, makin comel. Itu yang buat dia tak nak berganjak dari situ.
"Saya tak selesa dengan keadaan encik."
Eisya memberi alasan setelah dia berpaling semula daripada Zarief. Tak sanggup nak terus menghadap wajah lelaki itu. Segan yang amat.
"Awak tak selesa dengan keadaan saya? Kenapa? Apa yang tak kena dengan saya? Saya rasa macam biasa aje. Tak rasa ada yang pelik pun."
Zarief kebingungan. Entah apa yang buatkan gadis itu tidak selesa dengannya.
"Takkanlah encik tak tahu apa yang tak kena dengan encik? Encik sedar tak yang encik sekarang ini hanya berseluar pendek dan tidak berbaju? Seksi tahu tak! Segan saya nak pandang muka dan tubuh encik sekarang ini."
Eisya berterus terang dengan perasaan kalut. Hatinya masih lagi berdebar-debar.
Sejak dari tadi dia nak cakap benda ini. Baru sekarang dia dapat meluahkannya. Lega rasanya. Tapi, debaran tetap ada. Bilalah nak hilang debarannya ini?
Perasaan risau juga turut melanda hatinya saat ini. Manalah tahu kalau Zarief akan memarahinya dek tegurannya tadi.
"Oh, awak segan ya tengok bodi saya. Awak tahu tak yang awak ini dikira bertuah sebab saya tayang bodi free dekat awak? Kalau perempuan lain, saya tak tayang macam ini tau! And one more thing... saya suka awak puji saya dengan perkataan seksi. Tiba-tiba saya rasa bangga dengan pujian itu. Malah, awaklah gadis pertama yang tengok bodi saya yang tak berbaju macam ini. Bertuah kan?"
Zarief tergelak kecil. Masih cuba mencuri perhatian gadis itu.
Eisya mula melempar jelingan sambil mengetap bibir.
"Nasib baik encik masih lagi pakai seluar. Kalau tak pakai apa-apa tadi, memang saya menjerit sambil lari keluar dari banglo ini." Eisya menambah.
Zarief terus melambak tawa mendengar kata-kata Eisya.
"Eh, awak nak tengok saya berbogel ke? Kalau nak, saya boleh tunjukkan. Tapi, sanggup ke awak nak tengok? Saya takut awak pengsan pula nanti."
Zarief semakin seronok menyakat. Siap gelak-gelak lagi.
Tak malunya dia.
"Encik ni dah tak betul agaknya. Encik ingat saya nak tengok sangat ke benda alah encik tu? Kalau encik ni suami saya, tak apa juga. Ini, kalau jadi apa-apa, tak ke naya saya nanti. Encik nak bertanggungjawab ke?"
Eisya mengetap bibir. Rasa nak ketuk saja kepala lelaki tak tahu malu itu.
"Jadi apa-apa? Maksud awak? Saya tak faham."
Dahi Zarief mula berkerut.
"Encik, sekarang ini kita hanya berdua saja kat dalam rumah banglo ini. Kalau kita kena tangkap basah macam mana? Dahlah keadaan encik macam ini. Malu saya kat semua orang kampung nanti. Mana mak saya nak letak muka kalau hal macam itu berlaku pada saya?"
Eisya melahirkan rasa gusar.
"Apa susah? Kalau kita kena tangkap basah dengan orang kampung, kita kahwin ajelah. Saya bersedia untuk bertanggungjawab terhadap awak."
Zarief memberi jawapan sempoi.
"Memang otak encik dah tak betul agaknya."
Hati Eisya benar-benar rasa hangat melayan kerenah lelaki itu. Takkan perkara penting macam ini pun dia nak ambil mudah?
Memang otaknya dah tak betul atau mungkin juga dia dah terbiasa dengan perkara macam ini. Maklumlah, dia kan orang bandar, anak orang kaya lagi. Benda macam ini tak jadi hal baginya. Bukan macam dia.
"Alah, saya cuma nak release tension saja. Tak payahlah awak nak serius sangat."
Nada suara Zarief mula berubah serius.
"Awak jangan bimbang. Kita bukan berdua dalam rumah ini."
Zarief nampak begitu tenang ketika menuturkan kata-kata itu membuatkan mata Eisya tepat tertumpu ke wajahnya.
"Maksud encik?"
"Saya datang ke sini dengan dua orang kawan saya. Mereka masih ada kat tingkat atas. Rasanya masih belum bangun tidur. Malas saya nak kejutkan mereka. Nanti mereka berdua akan ganggu kita berdating kat sini."
Kali ini Zarief kembali pamer senyum nakalnya.
Eisya menjegil matanya bila Zarief menyebut perkataan dating.
"Sementara nak tunggu mereka bangun, bolehlah awak jadi teman saya kat sini. Atau saya temankan awak kat sini," sambung Zarief lagi, sedikit pun tidak pedulikan wajah cemberut Eisya.
Eisya kembali membelakangi Zarief dan meneruskan kerjanya menyapu mentega pada roti.
"Saya tak nak temankan encik kat sini. Selepas kerja-kerja saya siap, saya nak balik." Eisya bersuara tegas.
Zarief menarik nafas perlahan. Belakang gadis itu dipandang sekilas.
Suasana menjadi sepi.
Eisya rasa pelik. Dia menoleh ke belakang. Ternyata, Zarief sudah tiada. Eisya mengangkat bahu tanda tak peduli. Dia kembali meneruskan kerjanya menyiapkan sarapan untuk lelaki itu.
Memang dia tak sabar hendakbalik rumah. Hatinya mula rasa tak enak. Macam ada sesuatu yang tak elok bakalberlaku nanti.
YOU ARE READING
PALING AKU CINTA
RomantikTajuk: PALING AKU CINTA Penulis: AZIEANA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-59-2 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 WWW.DEARNOVELS.MY