BAB 4

1.5K 23 1
                                    

"TEMANLAH kami sarapan," pelawa Tajul dengan ramah bila Eisya dan Zarief muncul bersama.

Ketika itu Zarief membawa pinggan berisi roti bakar yang masih panas.

"Terima kasih. Saya dah sarapan tadi." Eisya menolak ajakan itu dengan alasan yang sama.

"Eisya, duduk." Zarief memberi arahan tegas sambil menarik kerusi untuk Eisya.

Nak tak nak, Eisya terpaksa akur.

"Makanlah, tak payahlah nak segan. Anggap saja kami ni macam kawan cik."

Tajul mengukir senyum. Begitu juga dengan Iskandar.

Eisya memandang wajah Zarief. Lelaki itu sedang mengukir senyum manis.

Mereka berempat terus menikmati sarapan tanpa banyak bicara.

Tiba-tiba Eisya rasa kepalanya pening. Pandangannya mula berpinar-pinar selepas beberapa kali menghirup air Milo.

"Eisya, awak okey tak?" Zarief kaget.

"Okey, cuma saya rasa pening sikit."

Eisya memicit kepala yang mula rasa berdenyut-denyut.

Zarief menarik nafas. Dia mula resah melihat keadaan Eisya. Dalam masa yang sama, kepalanya juga rasa pening. Badannya terasa hangat semacam. Matanya dikalih, memandang wajah Eisya. Gadis itu masih memicit kepalanya.

Peluh mula menitis di dahinya, begitu juga dengan Zarief. Ada sesuatu yang pelik dirasai mereka berdua. Pantas Zarief memandang wajah Tajul dan Iskandar. Saat itu, ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya. Tapi dia tak mampu nak luahkan kerana kepalanya rasa makin memberat.


EISYA berusaha membuka mata walaupun terasa sukar. Kepalanya juga masih lagi pening dan sakit. Dada Eisya mula berdebar-debar bila terasa ada sesuatu yang menindih tubuhnya.

Tangan siapa ni? Eisya menelan liur.

"Encik? Encik buat apa kat sini?"

Mata Eisya membulat dan mulutnya terlopong luas. Tangan Zarief yang melingkari tubuhnya segera ditolak kasar.

Zarief yang baru membuka mata turut terpinga-pinga seperti Eisya juga. Pantas dia melihat keadaan dirinya. Mulutnya juga melopong bulat sebelum memastikan keadaan sebenar.

"Apa yang dah berlaku?"

Zarief meraup mukanya dengan kasar. Jelas dia juga kebingungan.

"Ya Allah..." Mata Eisya terpejam rapat. Mukanya merah.

"Encik, apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Kenapa saya dan encik boleh ada berdua kat sini?" soal Eisya memandang wajah Zarief. Saat ini hatinya mendongkol marah dan kebingungan memikirkan setuasi sekarang.

"Saya, saya tak tahu. Betul saya tak tahu." ujar Zarief sanbil menggaru-garu kepalanya.

"Tak tahu? Tak tahu ke atau sengaja buat-buat tak tahu. Encik lihat keadaan encik dan keadaan saya."

"Oh, patutlah encik layan saya baik tadi sebab encik memang ada niat tak baik dengan saya." Eisya meluah rasa geram dan sakit hati mengenangkan apa yang dah berlaku. Teringatkan pula ayat yang diungkapkan oleh Zarief tadi. "Awak tahu tak yang awak ni comel sangat? Buat saya tak nak lepaskan awak."

"Eisya, saya ..."

"Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Encik memang berniat nak perangkap saya. Betul, kan? Dan Encik fikir perempuan kampung macam saya ni senang diperbodohkan?" Eisya betul-betul sakit hati. Tiba-tiba dia jadi benci melihat wajah lelaki itu.

PALING AKU CINTAWhere stories live. Discover now