BAB 7

1.5K 16 3
                                    

"DIA bodyguard you?"

Aku angguk. Aku kerling lelaki yang duduk selang sebuah meja di sebelah kanan aku. Nampak asyik dengan makanannya. Aku tak tahu pula dia belum makan lagi hari ini.

Bila aku tanya Aiman, dia cakap Syaz langsung tak berganjak ke mana-mana selain dalam ruang pejabat aku saja. Aku fikir mungkin dia akan mengular ke mana-mana tapi setia juga dia tunggu aku sampai habis kerja.

"Kenapa perlu sampai ada bodyguard bagai? Ada orang cuba buat benda tak elok dekat you ke atau you..."

Ayat Ridhuan termati dengan sendiri tatkala telefonnya berdering minta diangkat.

"Sorry, sekejap ya."

Aku cuma mengangguk, membenarkan Ridhuan menjawab panggilan. Pandang saja sebelah kanan, terus anak mata aku bertentangan dengan Syaz.

Terus melekat di situ sebelum aku sendiri yang mengalihkan pandangan. Tidak betah terus menatap anak mata dia. Terasa tembus sampai ke lubuk hati.

"Hani, I terpaksa pergi. Ada emergency case. Nanti kita jumpa lagi. I'm sorry."

"It's okay. I faham."

Aku menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan mata sebelum aku tersedar sesuatu. Hani? Kenapa dia panggil aku Hani? Mungkin dia tersasul kut. Aku membuat tebakan sendiri sebelum kembali menghadap makanan atas meja.

Angkat saja kepala, kerusi yang kosong di hadapan aku terisi dengan kemunculan seseorang. Aku terperanjat. Spontan tangan naik menyentuh dada.

"Terkejut tahu tak. Lain kali nak muncul itu cuba bagi bunyi sikit," marah aku.

Siapa tak terkejut tiba-tiba muncul macam itu. Nasib baik tak terbaling garpu di tangan. Kalau tak, aku juga yang susah nak menghantar dia ke hospital nanti.

"Maaf, ingatkan Cik Hana dah sedar. Kenapa tak makan? Tak sedap eh? Nak saya oderkan makanan lain?"

"Tak payah." Laju aku menghalang.

Bukan sebab makanan tapi sebab aku tak ada selera nak makan. Garpu aku letak atas pinggan semula. Gelas berisi air mineral aku angkat dan teguk perlahan.

"Jom, I banyak lagi kerja nak buat."

Telefon dan iPad atas meja aku capai. Angkat saja punggung dari kerusi, aku terkedu. Lengan kanan yang sudah terdedah aku pandang dengan riak tak percaya.

Baju ini mahal kut, baru saja beli dua minggu lepas, hari ini dah koyak. Aku rasa nak menangis masa ini juga.

"Kan saya dah cakap, baju Cik Hana ini nipis sangat. Lagi nipis daripada kulit bawang. Sekali tarik saja dah koyak. Inilah orang cakap fesyen yang membawa dosa."

Nak saja aku staplerkan mulut lelaki ini. Kalau bercakap tak menyakitkan hati memang tak sah. Bahagian yang terkoyak itu aku tarik, menutup lengan yang terdedah walaupun tidak sepenuhnya.

"Nah, pakai sweater saya."

"Tak payah."

Sweater yang dihulurkan lelaki itu aku pandang sepi.

"Cik Hana nak ke jalan sampai pejabat dalam keadaan macam itu? Tak malu ke orang sekeliling pandang? Kalau saya, malu."

Malas nak dengar dia membebel, terus aku angkat kaki dari situ. Ada baiknya aku terus masuk pejabat daripada buang masa melayan dia.

Tiba-tiba badan aku terasa hangat. Tengok-tengok saja sweater Syaz sudah membaluti tubuh aku. Syaz pula tenang berjalan di sebelah aku dengan T-shirt hitam berlengan pendek. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan dalam poket seluar.

PALING AKU CINTAWhere stories live. Discover now