BAB 5

1.4K 21 3
                                    

LIAR mata Eisya melihat sekitar ruang tamu itu. Bimbang kalau terserempak dengan Zarief.

Syukur. Lelaki itu tak ada.

Eisya mengurut dada dan terus menuruni tangga. Kakinya terus menghala ke muka pintu dengan langkah berhati-hati. Bimbang disedari oleh Zarief. Pintu dibuka perlahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.

"Eisya, awak nak pergi mana?"

Tiba-tiba suara Zarief menerjah cuping telinganya. Eisya jadi kaku di muka pintu. Tambahan pula bila melihat keadaan Zarief. Masih seperti tadi. T-shirt tanpa kolar dan seluar paras lutut.

"Balik." Eisya menjawab sepatah tanpa memandang wajah Zarief.

Perasaan benci dan marahnya pada lelaki itu belum hilang.

"Eisya, we need to talk."

Zarief sudah berhadapan dengan Eisya. Wajah gadis itu direnungnya, meminta peluang. Peluang untuk mereka menyelesaikan hal ini secara baik.

"Tak ada gunanya kalau kita bercakap. Benda dah jadi. Semua itu takkan mengubah apa-apa," tempelak Eisya dengan wajah bengis.

Eisya tidak mahu bersikap lembut lagi dengan lelaki itu. Cukuplah dengan apa yang berlaku tadi.

"Awak kena dengar penjelasan saya dulu sebelum awak menuduh saya yang bukan-bukan."

Sedaya upaya Zarief cuba berkompromi.

"Penjelasan apa lagi? Tak ada gunanya saya dengar alasan atau penjelasan awak itu. Maruah dan kehormatan saya tetap tak ada. Mesti awak dah berpakat dengan kawan-kawan awak tu untuk kenakan saya. Betul kan?"

Eisya tetap dengan suara sinis. Hatinya cukup sakit dan pedih untuk menerima kenyataan dan hakikat yang hidup dan masa depannya sudah musnah. Dan pemusnahnya adalah lelaki ini.

"Eisya..." Zarief cuba meraih tangan Eisya.

"Don't touch me!" Eisya segera menjauh.

Zarief mengangkat kedua-dua tangannya separas bahu. Tanda mengalah dan akur.

Kesempatan itu diambil Eisya. Dia membuka pintu dan terus keluar.

"Eisya..."

Panggilan Zarief tidak dihiraukan. Eisya terus berlari keluar melalui pintu pagar kecil yang sememangnya tidak berkunci. Saat itu juga air matanya kembali merembes keluar dari kelopak mata.

"Mak!" Saat ini wajah Mak Biah mula terlayar di ruang matanya.

"Eisya!"

Serentak itu juga tangannya ditarik membuatkan gerakan Eisya terhenti.

"Tolong jangan ganggu aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau faham tak? Aku benci kau!"

Wajah Zarief dipandang dengan penuh rasa benci.

"I'm sorry, Eisya. Saya tak ada niat nak buat awak macam tu, tapi..."

Zarief tetap mempamerkan rasa bersalah dan kesal dengan apa yang berlaku.

"Maaf? Kau ingat dengan perkataan maaf, semuanya akan kembali macam biasa?"

Tercungap-cungap nafas Eisya memandang tajam wajah Zarief.

"Eisya... please, dengar penjelasan saya dulu."

Zarief masih cuba menagih perhatian Eisya.

"Tak. Aku tak nak dengar apa-apa penjelasan dari mulut kau. Aku takkan percaya walau satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kau! Kau memang lelaki jahat. Lelaki yang suka mengambil kesempatan. Jangan ingat kau kaya, kau boleh buat perempuan macam sampah."

PALING AKU CINTAWhere stories live. Discover now