ZARIEF masuk ke dalam biliknya selepas selesai menghadiri mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Rata-ratanya bersetuju dengan pembentangan yang dibuat oleh Zarief tentang rancangan baru TZA Holdings.
Namun, ada beberapa orang sahaja yang membangkang. Tak lain tak bukan, Datuk Tengku Rashidi dan TJ serta dua orang lagi sekutu mereka.
Zarief melabuhkan punggungnya di sofa bersama keluhan. Bingung dia memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah yang selalu ditimbulkan oleh dua beranak itu. Itu baru satu hal. Kalau hari-hari macam ini, gila dia dibuatnya.
Ada saja bangkangan dan cadangan tidak masuk akal yang ditimbulkan oleh mereka. Yang pastinya ia akan menimbulkan masalah dari segi kewangan. Nampak sangat mereka mahu mengaut keuntungan secara peribadi di samping merebut kedudukan di TZA Holdings.
Datuk Tengku Ramzani pun sudah pening kepala memikirkan kerenah mereka berdua. Namun, dia tidak pula bersuara secara tegas kerana tidak mahu menimbulkan perbalahan antara mereka.
Kepala yang mula berdenyut dipicit perlahan. Kemudian dia menyandarkan badannya di kerusi. Mata dipejam seketika. Belum pun beberapa minit matanya dipejam, pintu biliknya diketuk. Segera matanya dibuka sekali gus dia membetulkan kedudukan tubuhnya agar lebih selesa.
"Masuk."
Seorang gadis yang memakai mini skirt pendek mengukir senyum sebaik sahaja matanya bertatapan dengan mata Zarief. Dengan penuh gaya, dia melangkah masuk. Bibirnya tetap terukir senyuman manis.
"Sibuk ke? Sorry kalau Rania ganggu Abang Rief."
Tengku Rania berdiri tegak di depan meja yang bertentangan dengan Zarief.
"Not really. Abang Rief baru sahaja selesai mesyuarat. Kenapa ni? Tiba-tiba muncul dekat sini?"
Mata Zarief memaku ke wajah Rania. Rania melabuhkan punggungnya di hadapan Zarief.
"Sebenarnya, Rania baru balik daripada jumpa kawan. Terlanjur lalu dekat sini, teringin pula nak jumpa Abang Rief. Rindulah."
Rania melepas gelak perlahan melihat perubahan pada wajah Zarief. Wajah Zarief nampak berubah bila dia menyebut perkataan rindu.
Zarief kembali membetulkan kedudukannya.
"Hmm... Abang Rief mesti tak rindu dekat Rania ni."
Rania mengambil peluang mengusik sepupunya.
"Rindu. Hari-hari Abang Rief rindukan Rania," balas Zarief, membuatkan Rania pula yang tergamam.
"Betul ni?" Mata Rania membulat dan nampak bercahaya.
"Dah, tak payah nak cakap pasal rindu."
Cepat sahaja Zarief mengubah topik. Dia tidak suka topik itu dipanjangkan.
"Abang Rief dah lunch?" Mata Rania tepat memandang wajah Zarief.
"Belum. Kan baru saja masuk waktu lunch," tutur Zarief selepas melihat jam tangannya.
"Jom, temankan Rania keluar lunch," ajak Rania.
"Hah? Tadi cakap baru balik jumpa kawan. Takkan nak makan lagi?"
"Hei, kita orang bukan jumpa kat restoran. Kita orang jumpa kat butik. Bincang pasal kerja kita orang. Mana ada makan lagi."
Mencerlung mata Rania memandang wajah Zarief.
"Ya ke? Macam tak percaya saja." Sengaja Zarief mengusik Rania.
"Dahlah, tak payah nak banyak cakap. Jom, temankan Rania makan. Lapar dah ni."
YOU ARE READING
PALING AKU CINTA
RomanceTajuk: PALING AKU CINTA Penulis: AZIEANA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-59-2 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 WWW.DEARNOVELS.MY