AL | AD

38.3K 263 50
                                    


AL - 4 tahun | AD - 8 tahun

"Uwaaaaa!!! Kena uyyii! Kena uyyyii!!"Raungan Alysha bergema kuat pada petang yang damai itu. Rakan-rakan tidak sebaya Alysha saling menolak sesama sendiri, mencari siapa pesalah hingga membuat Alysha menangis. Ramdan hanya bercekak pinggang melihat Alysha menangis tersedu-sedu.

"Woi.. Dah memang mainnya macamtue.. Yang kau tak dapat tangkap bola, tiba-tiba meraung pehal?"ujar Ramdan yang lebih tua dari segerombolan kanak-kanak ribena itu. Dilantik sebagai ketua geng tidak rasmi untuk mengatur game pada setiap petang.

"Yelah Sha.. Kau tue ketot lagi. Nak juga main tangkap bola, dah kenapa?"Mina menyampuk sambil mula memujuk Alysha. Mina sudah bersekolah tadika.

Alysha si anak manja. Berusia 4 tahun dan gemar bercampur dengan kanak-kanak lain yang lebih tua daripadanya.

"Nah.. Abang belikan eskrem yang aL suka.. "Tangisan Alysha terhenti tiba-tiba. Penyelamatnya sudah datang. Alysha menyambut aiskrim panjang berbalut plastik jernih yang diikat bunjut sambil mendongak.

"Abang Adi!!"terus dipeluk tubuh kanak-kanak lelaki sebaya Ramdan itu.

"Fuhh! Mujur kau datang Di..  Kalau tak... Sepasal pulak banjir kampung kita disebabkan air mata budak kecik nie.. Dahla melalak macam hapa jer,"Ngomel Ramdan sambil memberi isyarat pada budak-budak lain agar mengikutnya. Masing-masing berkaki ayam dan mula mengerumuni Ramdan.

"aL balik rumah dulu ya.. Abang nak sambung main jap.. "kepala Alysha diusap lembut. Alysha menarik muka masam. Matanya bersinar-sinar memandang Adi. Cuma Adi dan keluarganya sahaja memanggil Alysha dengan panggilan 'aL'.

"aL tatut.. Abang teman la.. "Ditarik-tarik hujung baju T kolar bulat si Adi dengan manja. Masih sedikit pelat. Mungkin juga sengaja kerana faktor manja terlampau.

"Aikk..  Rumah aL kan depan tue jer... Takut lagi?"Adi hanya menggelengkan kepala dan dipegang kemas tangan Alysha berjalan menuju ke rumahnya yang hanya beberapa belas meter dari tempat mereka bermain.

Alysha dan Adi merupakan sepupu rapat. Bapa Alysha adalah abang kepada ayah Adi. Alysha mempunyai seorang kakak yang sudah bersekolah menengah, tingkatan satu. Disebabkan perbezaan umur yang ketara, sememangnya dia anak yang sangat manja.

"Esok kita main lagi ya..  Byee..!"Adi melambai-lambai ke arah Alysha sambil berlari-lari anak ke arah kawan-kawannya. Mereka sedang bermain permainan tuju selipar.

Aiskrim yang sudah tinggal separuh itu digonggong Alysha sambil matanya tak lepas memandang bayang Adi. Sekali sekala disedut air berais yang masih bersisa. Aiskrim Kacang Hijau. Hingus dek kerana menangis masih bertakung di rongga hidung anak kecil itu.

"Anak mak makan apa nie?? Urmmm?"
Mak Siah mengusap-ngusap rambut anak bongsunya yang dipotong pendek macam anak Cina.

Alysha mendongak memandang ibunya. Dikeluarkan aiskrim dari dalam mulut dan disua kepada Mak Siah. Mata bundar itu terkelip-kelip memandang dengan penuh naif dan comel.

"Amboihh.. Baiknya anak mak nak kongsi ya.. "Disambut pelawaan anaknya dengan senyuman.

"Haa.. Uhhh... Haaaa.. Mak Lang.. Adi nak pinjam jamban jap!"terkocoh-kocoh Adi berlari pantas tercungap-cungap memasuki rumah Mak Siah melalui pintu dapur.

"Kau nie kan Adi!! Kasut takmau pakaiii bila main di tanah.. Masuk rumah gitu jaa... Kena cacing barutauu!"Mak Siah mula berleter sambil sengaja dikuatkan suara.

Alysha mula bosan. Matanya tertancap pada botol susu kesayangan.

"Mak.. Nak eloo.. "

"Aikkk.. Baru lepas melantak eksrem, nak milo pulakk.. Haishh... Cemanalahh tak makin bulattt perut tue... "Ujar Mak Siah sambil tangannya mencapai botol susu anaknya. Anak bongsu kesayangan. Apa yang diminta pasti ditunaikan.

"Nak air skettt!"botol air masak di atas para disambar oleh Adi. Mak Siah hanya menggelengkan kepala. Alysha sudah mula menempek di sisi Adi.

"Jangan main sampai lewat senja. Nanti hantu ikut balik rumah barutau!"bebel Mak Senah sambil mengoncang-goncang laju air milo dalam botol, untuk si Alysha.

"Abang nak gi mengaji malamnie.. aL nak ikut?" Gelas kosong diletak kemas ke dalam sinki. Mak Siah tersenyum. Adi memang seorang anak yang sangat mengambil berat dengan saudara maranya.

AL menggelengkan kepala laju-laju dengan matanya yang sudah mula berair.

"Dia tanak latue.. Mak Som kan garang.. Mak Lang ingat si aL dah tadika nanti, baru Mak Lang nak hantar dia mengaji.. "Ujar Mak Lang sambil membetulkan ikatan kain batiknya.

"Mmm.. Takpalah.. Kalau taknak Mak Som ajar pun, Tok Jah kat hujung kampung tue pun boleh. Adi boleh hantarkan si aL kalau Mak Lang nak.. "Balas Adi dengan ikhlas. Memang Alysha dianggap seperti adiknya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan.

"Assalamualaikumm... "Terdengar suara seseorang memberi salam.

"Wa'alaikumussalam.. Haaa.. Ina dah balik yaa.. "Mak Siah mengukir senyum lebar. Anak dara sulungnya sudah pulang dari kelas tuisyen.

Ina menyambut tangan ibunya dan mencium penuh taat.

"Oii Adi.. Busuknya kau.. Balik mandila woii!"kepala Adi disekeh sepintas lalu oleh Ina. Mata Ina buntang melihat Alysha yang masih berkepit dengan Adi.

"Aku rasa anak beruang nie ja sanggup menempek dengan kau Adi... Urghh!"

Alysha terkebil-kebil melihat perilaku kakaknya. Adi hanya tersengih-sengih.

"Abang balik dulu Si comel aL.. "Pipi gebu Alisya dicubit lembut dan Adi mula menyalam laju tangan Mak Siah.

"Ishhh.. Budak nie.. Hehe.. "Mak Siah hanya tersenyum melihat Adi berlari keluar dari dapur rumahnya dengan hanya berkaki ayam.

"Jom mandi.. Nanti Kak Long bising lagi..aL bau macam kambing.. "tangan anak kecilnya dipimpin ke bilik air berbumbungkan zink.

Mak Siah merupakan surirumah sepenuh masa. Tetapi turut membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih muih pada setiap pagi di hadapan jalan rumahnya. Dengan gaji kecil Pak Jamil sebagai Ketua Kerani di sebuah pejabat tanah, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan mereka sekeluarga.

------------

Aloo geng! Mmm.. Alysha merupakan watak utama 'THUVARIA'..  Seorang perawan yang dipilih untuk menyelesaikan masalah yang melanda kota itu.

Selami siapa Alysha sebenarnya... Sebelum dia bergelar seorang manga artist dan bertemu dengan Leo, lelaki yang akan menemani beliau ke THUVARIA...

Enjoy!!  Baiiii!!! Tak banyak chapter nie.. Tapi aku usaha settlekan sebaik mungkin... Muahss!!😽 😋

 Muahss!!😽 😋

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AL [•C•] Where stories live. Discover now