TEMAN

15.9K 177 63
                                    

AL - 7 tahun | AD - 11 tahun

Hari ini hari pertama persekolahan. Ibu bapa dan penjaga kelihatan berkerumun di kantin sekolah. Sekolah Rendah Kampung Beronok. Masing-masing tekun dan bangga melihat anak-anak yang baru pertama kali menjejak kaki ke sekolah. Tak kurang juga anak murid yang sangat manja dan tidak dapat berenggang langsung dengan si ibu. Salah seorangnya adalah Alysha.

"AL dapatlah kawan nanti tue.. Jangan nangis.. Buruknya muka menangis tue.. Mak tunggu kat kantin nie ya.."janji Mak Siah pada anak bongsunya. Rambut Alysha ditocang dua dan si comel itu menyarungkan baju kurung putih berkain biru gelap. Sangat comel.

"Mak janji tauuu.. Jangan balikkk... "Anak kecil itu merayu sambil berjalan dalam barisan untuk masuk ke kelas masing-masing. Alysha ditempatkan di kelas 1A dan duduk dalam kumpulan. Kedudukan enam meja kayu yang dirapatkan dan diduduki oleh enam murid bagi setiap kumpulan. Kedudukan kelas 1A ini adalah berhadapan dengan gelanggang bola keranjang dan kantin sekolah.

Cikgu Munirah merupakan guru kelas 1A. Selesai memberikan keterangan ringkas kepada anak-anak muridnya, kelas terus dimulakan dengan sesi membaca dan menulis ABC.

Alysha sekali sekala memanjangkan leher memandang ke arah kantin sekolah. Kelihatan Mak Siah menanti penuh sabar. Alysha mengukir senyum.

'Mak sayang dengan aku.. Sebab tue mak tunggu.. 'Bisik hati kecil itu.

"Alysha.. Ini huruf apa?"suara nyaring Cikgu Munirah menjerut leher Alysha. Cikgu Munirah turut mengecilkan mata memandang ke arah kantin.

"Huruf P.. Cikgu.. "Jawab Alysha lancar.

"Bagus.. Seterusnya.... Semua murid-murid.. Baca dari mula.. Ikut cikgu.. "

Itulah keistimewaan hadir ke sekolah Tadika terlebih dahulu sebelum masuk ke sekolah rendah. Ada di antara murid-murid darjah satu yang masih merangkak untuk mengenal huruf dan nombor disebabkan tidak pernah didedahkan dengan semua itu.

"Kringgggg!!!"

Waktu rehat. Alysha mencapai botol air merah jambunya di bahagian belakang kelas. Mak Siah telah membekalkan air milo kesukaannya.

Langkah kaki Alysha terus pantas menuju ke arah Mak Siah. Si ibu memandang penuh kasih sayang.

"Seronok?"dikeluarkan bekal nasi lemak daun pisang dan diletakkan di hadapan Alysha. Alysha mengangguk laju-laju dan dengan kelam kabut membuka balutan nasi lemak sambal sotong.

"Maaf Puan.. Puan ibu Alysha ya... "

Mak Siah membalas dengan anggukan. Cikgu Munirah mula menerangkan serba sedikit tentang sekolah dan juga sesi pembelajaran.

"Puan tak payah tunggulah. Tak apa.. Kami selaku cikgu nie, dah kira ibu bapa kedua diorang dah.. Lagi lama puan tunggu, hal rumahtangga puan pula terbengkalai.. "Terang Cikgu Munirah panjang lebar.

Mak Siah memandang Alysha. Memang lambatla lauk tengahari disediakan hari itu. Mak Siah berharap suaminya Pak Jamil dapat memahami keadaannya.

"Yelah cikgu.. Hari ini ja.. Esok saya pasti, Alysha akan dapat biasakan diri.. "balas Mak Siah lembut. Cikgu Munirah hanya tersenyum dan meminta diri ke pejabat guru.

"Whoaa... Adik abang makan tak toleh kiri kanan dah!"suara Adi mengejutkan Alysha. Alysha terus memeluk lengan Adi. Gembira sangat dapat bertemu Adi pada hari pertama persekolahannya.

"Napa Mak Lang tak balik lagi? Tak masak nasik ke? Si aL wat pangai lagi?"Adi melabuhkan punggung di bangku panjang kayu bersebelahan Alysha.

"Tahu jela pangai manja dia.. Di.. Urmm... Esok boleh ke Di balik sekali dengan aL?"

"Maaf sangat Mak Lang.. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat ja boleh balik sekali dengan aL... Selasa dan Rabu kelas agama sampai petang.. "Ujar Adi sambil mencuri minum air bekalan Alysha. Alysha hanya memandang sepi.

"Mmm.. Adi masuk kelas dulu la Mak Lang.. Khamis dan Jumaat nie, aL balik dengan abang ya.. "Kepala Alysha diusap lembut sambil bibirnya mengukir senyum. Tangan Mak Siah disalam dan dicium.

Alysha tersenyum memandang Adi yang sudah berlalu pergi.

"Makk.. aL sayang abang Adi.. "Spontan kata-kata itu keluar dari mulut comel Alysha. Mak Siah hanya tersenyum.

"Dah... Makan cepat.. Nanti cikgu marah masuk lambat ke kelas... "

-------------------------------------

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun sangat memberangsangkan bagi kelas 1A. Alysha mendapat nombor 5 di dalam kelasnya dengan subjek terbaiknya Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni.

Alysha sudah mempunyai kawan karib. Namanya Siti. Ke mana saja Siti pergi, di situ ada Alysha. Begitulah sebaliknya.

Hari itu, hari Khamis. Alysha dan Siti berehat seketika di bawah pohon pokok mangga berdekatan parkir kenderaan sekolah. Alysha menanti abang sepupunya untuk pulang bersama.

"Lama dah tunggu abang?"suara garau seseorang memecah kesunyian. Alysha terkejut sedikit. Sejak bila suara Adi bertukar? Adi tersenyum memandang Alysha yang memandangnya dengan pandangan pelik. Beg sekolah Alysha disambut dan digalas ke bahu kirinya sementara menanti Alysha memanjat basikalnya yang agak tinggi.

"Bye-bye Siti.. Esok kiter jumpa lagi... "Alysha melambai-lambai mesra ke arah sahabat karibnya.

"Pegang pinggang abang kuat-kuat aL! Abang nak pecut nie..."

"Abangg!! Janganlaa... aL takuttt jatuh!! " belakang tubuh Adi ditampar berkali-kali oleh Alysha yang ketakutan. Rengekan manja Alysha disambut dengan gelak kuat Adi.

"Abangg... aL nak tanya... "pelukan di pinggang Adi sedikit melonggar. Alysha menjengukkan wajahnya di celah lengan Adi.

"Oiii.. Nak tanya abang.. Tanyalah.. Jangan tengok gitu.. Pegang kuat-kuat..! "Marah betul Adi. Alysha hanya memuncungkan mulut.

"Kenapa dengan suara abang? Abang kena batuk ker?"

Soalan Alysha menjerut tengkuk Adi. Ahhh.. Sudah..

"Errr.. Takderlah.. Memang suara abang macamnie apa.. aL mana perasan.. aL masih budak kecik lagi... Mmm... Makan apa tadi kat kantin?"

Sengaja Adi mengubah topik. Dia agak segan untuk menjawab soalan si anak kecil itu. Masih naif dan suci.

Beberapa bulan lalu, dia telah bermimpi basah. Mimpi dirinya melakukan hubungan badan dengan seorang perempuan yang tidak dikenali. Apabila tersedar pagi itu, bercakan air mani membasahi selimutnya. Ah... Adi sudah baligh.

Alysha seorang anak kecil yang sentiasa sarat dengan persoalan dan tanda tanya... Adakah Alysha senaif itu sehingga tiba masanya nanti, dia turut melalui fasa akil baligh? Tetapi sampai bila?

 Adakah Alysha senaif itu sehingga tiba masanya nanti, dia turut melalui fasa akil baligh? Tetapi sampai bila?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AL [•C•] Where stories live. Discover now