AL - 8 tahun | AD - 12 tahun
Pagi itu kelas 2A agak riuh rendah. Bukan kerana tiada cikgu yang menjengah, tetapi rasa cuak melihat sekumpulan jururawat datang membawa peralatan yang tidak diketahui jenisnya.
"Baik.. Semua beratur.. Kita nak check mata hari ini.. Nampak cik Misi yang datang tue? Haaa.. Jangan nak main banyak.. Nanti kena cucuk barutau.. "Sengaja Cikgu Zamri mengertak anak-anak murid kelasnya.
Alysha sedikit cuak, tetapi masih terus menapak mengikut barisan kelasnya. Siti di hadapannya dan di belakangnya, Hasnah.
"Adik-adik semua.. Harinie misi nak check mata ya.. Sebut ja apa yang misi tunjuk kat papan nie ya.. Kalau nampak, adik-adik sebut ja.. Kalau tak nampak, bagitau terus terang ok.. "Seorang jururawat memberikan keterangan ringkas.
Sesi pemeriksaan berjalan dengan lancar. Alysha mula berpeluh. Tapak tangannya berpeluh, hatinya berdegup kencang. Matanya dikecilkan. Ya. Memang pandangannya agak kelabu, tapi dalam keadaan macam sekarang, dia perlu mencari jalan.
"Psst... Hasnah.. Nanti kau bantu aku wey.. Aku tak nampakla yang huruf kat depan tue.. Nampak kembang.. "Alysha berbisik ke telinga Hasnah. Sepakat membawa berkat. Hasnah hanya mengangguk setuju.
"Ok.. Adik Alysha.. Ini apa..?"
Alysha dapat membaca dengan lancar walau dengan mata dikecikkan. Ketua Jururawat yang awalan tadi memberikan penerangan, memandang gelagat Alysha.
"Weyy.. Huruf apatue.. Aku tak nampak.. Kelabu.. "Sengaja Alysha menyinggung Hasnah yang berada rapat di belakangnya dengan siku. Hasnah sampai ternganga-nganga sambil mengecilkan mata sefesyen macam Alysha.
"Aku pun tak nampak weyyy!"
Alysha cuak. Berpeluh dahinya walau suhu bilik itu sejuk dek kerana kipas angin berputar dengan kelajuan maksima.
"Alysha.. Duduk dekat situ ya... Nanti jumpa misi lepas abis sesi nie ya.. "Jururawat yang bertugas menjadi penunjuk huruf itu bersuara lembut sambil tersenyum.
Seorang demi seorang beransur pergi. Kini hanya tinggal Alysha seorang. Air mata mula berkuntum di bibir mata bundar itu.
"Alysha.. Meh kat misi meh.. "
Sambil melangkah ke arah meja panjang yang menempatkan para jururawat dan peralatan, air mata Alysha sudah mengalir laju di pipi.
"Duduk sini.. Laaaa... Dah kenapa nangis nie.. Aduhh... Shhh.. Shhh.. "
"Takut misi cucuk mata dengan jarumm... Uwaaaaaa... "Tangisan Alysha sudah mula tersedu-sedan. Kata-kata Alysha disambut dengan ketawa oleh akak-akak jururawat.
"Ishh.. Takkanlah kakak yang cantik macam kami nak cucuk mata adik yang comel nie... "balas seorang jururawat yang sedikit gempal badannya. Alysha terdiam. Mata bundar memandang setiap satu wajah jururawat di hadapannya.
Salah seorang jururawat memanggil guru kelas Alysha, Cikgu Zamri sambil menghulurkan sekeping kertas.
"Anak murid cikgu nie boleh buat cermin mata di Kedai Optik Siong ya.. Kiranya ini adalah bantuan cermin mata untuk pelajar daripada kerajaan.. "terang jururawat itu sambil sesekali matanya melirik pada Alysha.
'Ohhh.. Jadi... Tak adalah cucuk-cucuk mata ek...?' getus hati anak kecil itu.
Jadi.. Bermulalah hidup Alysha sebagai manusia bermata empat seawal usia 8 tahun. 🤓
-----------------
"Mak dan bapak balik lewat sikit malamnie.. Nak carikan barang kak Long di bandar.. Nanti abang Adi temankan aL ya.." Pipi gebu Alysha dikucup lembut oleh Mak Siah.
YOU ARE READING
AL [•C•]
Short StoryBukan Sebuah Kisah Cinta Klise.. Tetapi Kisah AL dan Dia.... Dia yang bernama AD... Start : 10 May 2019 End : 25 November 2019 Cover by : SashaChubby -------------------------@@@--------------------------- WARNING! Individu di bawah umur 18 tahun DI...