AL - 11 tahun | AD - 15 tahun
Petang yang mendamaikan di Kampung Beronok. Sebuah basikal berwarna merah dikayuh oleh Alysha dengan tenang. Lokasi utama yang dituju adalah rumah guru mengajinya, Tok Jah.
Setibanya si rumah Tok Jah, pintu rumah itu tertutup rapat. Usai menongkat basikalnya, Alysha melabuhkan punggung di anak tangga rumah papan itu.
'Mana ya Tok Jah pegi? Mmm.. Rasanyaa.... Time-time macamnie.. Dia mesti kat... 'Fikirannya terus tertumpu pada satu tempat.
Selipar jepunnya disarung kemas. Beg kain berisi Al-Quran diletakkan di dalam bakul hadapan basikalnya. Kakinya melangkah pantas ke arah denai kecil dan merimbun dengan pokok-pokok renek liar di kiri kanannya. Pokok jejawi tumbuh merimbun dengan akar pokoknya yang berjuntai, sedikit sebanyak menimbulkan cuak di hati kanak-kanak tembam itu.
Pantas melangkah dengan mata tertancap pada atap zink yang dijadikan sebagai pelindung di sebuah telaga. Ya. Tok Jah tengah sibuk mencuci pakaiannya di telaga.
"Assalamualaikum Tok... Ehemm.. "Tegur Alysha dengan sopan dan menunduk sedikit, takut-takut kehadirannya tidak disedari oleh gurunya itu.
"Wa'alaikumussalam.. Laaa.. Alysha... Tok tengah membasuh baju nie... Dengan mandi sekali.. Nak mengaji ya?"Balas Tok Jah dengan senyuman manis. Dia hanya berkemban kain batik yang agak lusuh. Tangan tua dan berkedut itu cuba memerah dalam keadaan terketar-ketar.
"Meh Sha bantu ya... "Terkocoh-kocoh Alysha menyambut kain batik yang cuba diperah tangan tua itu. Sememangnya Alysha kerap membantu Tok Jah jika dia datang mengaji. Sama ada menolong memasakkan air dan membancuh air kopi dicicah bersama biskut kering cap Ping Pong atau biskut Marie. Air bersih bagi minuman dan memasak, diperolehi daripada ihsan paip jiran sebelah rumah Tok Jah. Tok Jah hanya mempunyai seorang anak dan anak perempuannya itu telah berpindah ke Kuala Lumpur mengikut sang suami. Tinggallah dia sebatang kara di Kampung Beronok.
Usai membilas dan memerah, kain baju Tok Jah diletakkan di dalam baldi untuk dijemur nanti di bawah rumah papan itu.
Alysha hanya memerhati Tok Jah mandi. Bersusah payah dijatuhkan timba berikat tali ke dalam telaga kemudian ditarik semula ke atas dan dijirus ke tubuhnya.
"Mmm.. Tak lama lagi.. Habislah mengaji.. Bolehlah khatam... Beberapa juz sahaja lagi kan..? "Ujar Tok Jah sambil berjalan di hadapan Alysha menuju ke arah rumahnya.
"Ya, Tok.. Mmm.. Tapi.. Sha ingat dah abis mengaji pun, nak datang jenguk Tok lagi... "
"Mmm.. Sampai saat dan ketika itu, Tok rasa mesti dah jarang sangat Sha datang mengaji dengan Tok.. Dah darjah lima kan? Mmm.. "Suara Tok Jah kedengaran gusar.
"Kenapa Tok?"tanya Alysha kehairanan. Pelik tiba-tiba dengan tutur bicara Tok Jah.
Tok Jah menoleh sekilas memandang wajah Alysha, senyuman manis berkuntum di bibirnya.
"Nanti kamu tahulah... Hehe.. "
Perbualan mereka berakhir dengan Alysha yang membantu menjemur pakaian Tok Jah dan menyambung semula pengajiannya sebelum pulang ke rumah dengan penuh tanda tanya.
'Tok Jah nie kan.. Suka bermain dengan teka teki la.. '
------------
Kringgggg!!! Loceng Sekolah Rendah Kampung Beronok menjerit panjang.
Kelas 5A agak lenggang. Murid-murid ada yang sudah di padang dan ada juga masih di tandas sekolah, menyalin pakaian. Pagi itu 5A terlibat dengan kelas Pendidikan Jasmani (PJ) . Alysha menyarungkan tshirt putih lengan pendek dan tracksuit berwarna biru gelap. Rambutnya diikat kuda dan cermin mata besarnya dibetul-betulkan seketika. Rimas betul memakai cermin mata. Tapi semua itu salah si anak kecil itu juga. Sedari kecil sangat manja dan suka menangis. Televisyen pula suka sangat ditonton dalam jarak tidak selamat aka dekat.
YOU ARE READING
AL [•C•]
Short StoryBukan Sebuah Kisah Cinta Klise.. Tetapi Kisah AL dan Dia.... Dia yang bernama AD... Start : 10 May 2019 End : 25 November 2019 Cover by : SashaChubby -------------------------@@@--------------------------- WARNING! Individu di bawah umur 18 tahun DI...