GANGGUAN

22.8K 175 346
                                    

AL - 14 tahun | AD - 18 tahun

Tangan comel itu melambai-lambai Mak Siah yang mula hilang dari pandangan.

Alysha kini kembali semula ke ASPURI, Sekolah Menengah Tanjung Seri dengan semangat baru. Semangat ingin belajar bersungguh-sungguh.

Keputusan peperiksaan akhir tahun yang lepas amat memberangsangkan. Subjek kegemarannya, Pendidikan Seni mendapat markah paling tinggi seluruh tingkatannya.

Markah 98% dengan menggunakan pewarna cecair berkualiti jenis Buncho. Hadiah yang dimenangi dalam pertandingan mewarna peringkat sekolah semasa darjah enam.

"Wahhh! Adik kakak makin comel.. "Senior Amy mengusap-usap kepala Alysha, adik angkat kesayangannya.

"Awalnya kak Amy sampai.. Ohh... Lupa plak.. Ada kemasukan baru budak form 1 ya?"soal Alysha sambil membuka mangga kunci lockernya. Senior Amy hanya menganggukkan kepala. Matanya tertancap pada seorang junior Form 1 yang agak menarik perhatian.

"Dik... Kau tengok budak junior tue dik.. Kenapa akak nampak macam hensem pulak ek... "Alysha mengecilkan matanya melihat ke arah pintu masuk ke dorm A. Berdiri seorang gadis berambut pendek dengan bentuk tubuh yang tinggi, tegap besar. Wajahnya ditundukkan, tetapi dapat dilihat raut wajahnya seperti lelaki. Ah.. Sudah... Tomboy lagi! Biarpun berbaju kurung, memang terserlah wajah comel seperti lelaki.

"Kak Amy nie kan.. Pantang kan kalau adik junior yang kiut-kiut... Semuanya kak Amy berkenan.. "Balas Alysha dengan pandangan mata sinis.

"Alaaa.. Kawan biar beribu dikkk... Eh.. Jangan lupa masuk sekali ke surau masa sesi suaikenal nanti.. "

Tubuh gempal senior Amy menghilang di sebalik hiruk pikuk ibu bapa yang menghantar anak masing-masing ke dorm itu. Alysha melabuhkan punggungnya di atas tilam berspring tidak bercadar.

Dikeluarkan walkman kesayangan dan disumbat earphone ke telinganya. Kaset diputar. Lagu kumpulan SKRU.

Dalam keralitan dia melayan lagu rap, terasa bahunya ditepuk dari belakang. Alysha menoleh. Seorang gadis berambut kerinting dan bertubuh berisi sepertinya tersengih-sengih. Budak junior ke?

"Kakak comel.. Kiter nak dok sebelah katil akak boleh? Kosong kan? Mak kiter dah balik lepas kemaskan untuk kiter tadi. Tapi kiter nak tukar tempatlah.. "Rungut budak perempuan di hadapannya.

"Errr... Napa tiba-tiba? Duduk jelah kat katil adik sekarang. Sama jer mana-mana pun. Kita still satu dorm kan.. "Pujuk Alysha sambil menguntum senyum manis. Wajah budak perempuan junior bernama Mimi itu berubah.

"Tapi.. Tapi... Mmm... Kakak-kakak kat katil kiter tak comel macam akak.. "

Jawapan yang merimaskan dan kebudak-budakan itu dipandang sepi oleh Alysha.

'Kenapalah aku nak kena hadap benda-benda mengarut macamnie pada hari pertama aku di ASPURI?'keluh hati kecil Alysha.

--------------

Dua minggu sudah berlalu....

Petang itu kebanyakan penghuni Dorm A berpusu-pusu untuk mandi awal. Hari Jumaat biasanya mereka dibenarkan untuk menonton televisyen di bilik rehat bersebelahan perpustakaan ASPURI.

Alysha menyangkutkan timbanya di lengan. Baju kotor dan pakaian seragam sekolahnya perlu direndam terlebih dahulu.

Dia masih berdiri menanti di muka pintu bilik air yang mempunyai empat tandas jenis cangkung dan tiga lagi bilik mandi jenis shower.

Full. Ada yang mengambil kesempatan untuk mandi di dalam tandas jenis cangkung, tak kurang juga yang mandi terbuka dengan berkemban di bawah paip air laju yang biasanya digunakan untuk mengambil wuduk.

AL [•C•] Where stories live. Discover now