DUDA

24.7K 220 96
                                    

AL - 22 tahun | AD - 26 tahun

"Aku tak suka balik rumah mak kau!!! Aku tak suka!! Aku tanak keja okey? Kau takyah paksa aku!"

Masih terngiang-ngiang di telinga Adi suara bekas isterinya, Ana. Meninggi suara setiap kali bercakap dengannya.

Perkahwinan yang mampu bertahan setahun setengah sahaja, sedikit sebanyak membuatkan lelaki kacak itu terkilan.

'Bini lawa tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan... '

--------

Bulan puasa di kampung dengan masakan berbuka hasil air tangan ibu, membuatkan Alysha bagai berada di syurga.

"Haaa.. Makan banyak! Nanti nak terawih malass!!!"bahu Alysha ditepuk dari belakang.

Dia hanya menarik muka melihat kakaknya yang sedang memboyot membawa perut. Anak ketiga.

"Boleh tak jangan tampar bahu dan belakang aL?? Nanti cepat pelupa tahuu!! Abeh lingkup apa yang aL study! Urghh!"Alysha mula berleter. Mulutnya memuncung sambil mengunyah ekor ikan keli goreng yang rangup.

"Mmm.. Adi kirim salam.. Kak Long jumpa dia kat bazaar tadi..."

Hampir nak tercekik tulang rasanya. Tersembur sedikit isi ikan keli yang tengah gigih dikunyah.

"Kak Long!! Cemana dia tahu aL ada kat kampung? Aduhhh!! Spoil la kau kak!!"Alysha terkocoh-kocoh bangun dan mengangkat pinggan yang bersisa tulang ikan ke sinki.

Hilang selera makan.

Dia tahu Adi kini seorang duda. Tapi itu tidak akan menggugat rasa meluatnya pada lelaki itu.

'Ohhh.. Dah duda, cari aku! Dasar!'

Jerit batin Alysha. Tidak kusyuk solat tarawihnya. Fikirannya menerawang. Apa nak jadilah dengan kau nie Alysha!

-------

Takbir raya berkumandang jelas di televisyen. Alysha yang baru pulang dari kubur bapanya, menanggalkan selendang yang tersarung di kepala.

Wajahnya dibelek-belek di cermin meja solek. Dioles gincu berwarna peach ke ulas bibirnya yang ranum. Wajahnya sudah dibedak tadi.

"aL..  Kita nak ke rumah Mak Jang jap lagi.. Ikut mak ya... Dah lama sangat mak sedara kau tue nak tengok kau ha.. "Mak Siah bersuara lembut. Mata tuanya hanya merenung Alysha dari belakang.

Anak gadisnya itu hanya melemparkan senyum tawar.

'Mmmm.. Raya kan.. Takpalah jumpa dengan dia pun.. Hari yang mulia, orang bermaaf-maafan gitu.. 'Getus hati kecil Alysha.

Beberapa buah kenderaan kelihatan memarkir dengan susunan memanjang di hadapan rumah Pak Husin dan Mak Lia.

"Wahh.. Balik semua sepupu sepapat kau, aL.. Jenuh melayan nie.. "Ujar Mak Siah sambil memanjangkan lehernya ke arah rumah abang iparnya.

Ina yang memboyot membawa perut turun terlebih dahulu. Diikuti oleh Alysha dari belakang.

Salam yang diberi, disambut meriah dari dalam rumah. Berpeluk-pelukan, berlaga pipi sesama sendiri. Alysha memeluk erat Mak Lia yang sudah lama tidak ditemui.

Ya. Hampir dua tahun dia tidak menjejak kaki ke rumah itu. Sejak Adi dan dia bermasam muka. Eh, Adi okey jer.. Alysha yang terasa hati.

Riuh rendah suara melatah Mak Siah yang berlagu diusik oleh anak-anak saudara dan cucu saudara.

Alysha melangkah ke tangga batu yang menuju ke ruang bilik atas. Dia mencari seseorang.

"Hai adik abang... "Tiba-tiba sahaja jari jemarinya diraih oleh seseorang. Dia kenal suara itu.

AL [•C•] Where stories live. Discover now