Seorang budak lelaki berusia dua tahun berlari-lari anak menghampiri Adi. Didukung dan dikucup pipi anak kecil itu kiri dan kanan.
"Anak ayah.. Rindu ayah ya??"
Anak kecil itu hanya tersengih sambil memeluk leher si ayah. Tidak keluar dialog yang jelas dari bibir anak kecil itu. Hanyalah suara yang menuturkan perkataan yang tidak difahami. Tetapi anak kecil itu sudah pandai memanggil 'ayah' dan Adi sangat bangga.
Isterinya, Rubiah tidak pulang bersama. Alasannya adalah mahu beraya di rumah orang tuanya. Adi hanya akur dan malas mahu berbalah dengan isterinya itu.
"Mmm.. Kau sorang lagi?"
Ibu Adi, Mak Lia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak tahu di mana silapnya Adi atau jodohnya itu sendiri.
"Susu dan lampin Hafiz ada lagi kan mak?" Soal Adi cuba mengubah topik.
"Yaa.. Ada lagi.. Tiap minggu kau balik jenguk anak kau.. Dia tak balik.. Takkan raya setahun sekali pun tak boleh datang jenguk mertua dengan anak dia nie??"
Ternyata taktik Adi tidak berhasil. Dia perlu mengadap kata-kata berbaur sindiran ibunya lagi.
"Adi dah tak tahu nak buat cemana lagi mak.. Adi dah cuba.. Dia sendiri tanak sentuh Hafiz.. Apalagi nak susukan.. Bukannya mak tak tahu.. Adi cuba nak jadikan dia ibu susuan Hafiz.."
Ya.
Hafiz, bukan anak kandung mereka berdua. Kali ini bukanlah alasan menjaga badan seperti janda pertamanya. Tetapi, Rubiah sendiri yang tidak sukakan kanak-kanak.
Rubiah yang telah menjanda untuk kali keduanya itu, berkenalan dengan Adi pada satu pertemuan reunion sekolah mereka. Mereka dapat menemui keserasian dan merancang untuk berkahwin.
Kahwin. Kali kedua untuk Adi dan kali ke ketiga untuk Rubiah.
"Harinie adik beradik kita ada yang nak berbuka bersama.. Nanti belikan juadah berbuka lebih sikit ya.. " ujar Mak Lia dengan nada suara yang sudah kembali tenang.
"Assalamualaikum... "
"Wa'alaikumussalam... "
Adi menoleh ke arah suara yang amat dikenali olehnya.
Alysha.
Raut wajah yang lain dari kebiasaan. Gadis itu tidak mengenakan kaca mata. Terserlah matanya bundar dan galak itu.
Alysha sedikit gugup. Tidak menyangka yang dia akan bertembung dengan abang sepupunya.
Tiga tahun mereka tidak bertemu. Tempoh yang lama bagi orang yang rapat sedari kecil.
"Bila balik?"
YOU ARE READING
AL [•C•]
Short StoryBukan Sebuah Kisah Cinta Klise.. Tetapi Kisah AL dan Dia.... Dia yang bernama AD... Start : 10 May 2019 End : 25 November 2019 Cover by : SashaChubby -------------------------@@@--------------------------- WARNING! Individu di bawah umur 18 tahun DI...