11 #renungkan

26 3 0
                                    

Allah tak sayang?

Kita selalu cakap Allah tak sayang kita. Kalau benar Allah tak sayang hambanya, kenapa kita masih dapat bernafas dengan percuma walau selalu membuat dosa? Alhamdulillah hari ini kita masih hidup dan diberi masa dan peluang untuk jadi lebih baik.

Kalau betul Allah tak sayang, kenapa kita masih diberi rezeki walau kita kurang bersyukur dengan mengingatinya?

Cuba ingat balik betapa banyak dosa dan aib kita. Hanya Allah tahu betapa hinanya kita dibelakang manusia. Jika aib dan dosa itu dibuka satu persatu, pasti ia berbau lebih busuk dari najis. Tapi baiknya Allah, Dia jaga aib kita dari pengetahuan manusia lain.

Kita selalu marah pada Allah bila kita diuji. Kita selalu menyalahkan takdir kerana sering membuat kita menangis. Kita cakap Allah kejam dan tak sayang kita. Tapi cuba ingat balik, adakah kita mengingatinya saat kita berasa senang? Adakah kita mengucapkan nama-Nya saat kita berhibur dan gembira. Malah disaat kita berasa nyaman dan gembira, kita semakin jauh dari Allah. Kita semakin lupakanNya. Kita semakin hidup seperti tidak berTuhan.

Dan untuk semua ini, layakkah kita untuk mengatakan bahawa Allah itu kejam dan tak sayang pada hambaNya. Bukankah kita sendiri yang kejam pada Tuhan dan tak sayang padaNya. Kita yang bersalah pada Tuhan.

Ingatlah, Allah sentiasa sayang pada kita😁.

@warriorsoul

1,2,3 Quotes Where stories live. Discover now